Melalui facebook, Deyana Hatazad berkongsi resipi membuat kek mentega yang simple. Tak perlu ambil masa lama pun. Kalau anak tiba-tiba minta kek, bolehlah kita buatkan mereka kek yang macam ni. Senang sangat.
Hanya menggunakan empat bahan asas untuk membuat kek. Mentega, gula perang, telur ayam dan tepung naik sendiri. Resipi ini juga sangat senang. Hanya menggunakan sukatan cawan. Jadi kita tak perlu ada penimbang pun. Jom cuba!
KEK MENTEGA SIMPLE
Ads
BAHAN-BAHAN
250 gram mentega
1 cawan gula perang
4 biji telur ayam
2 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMBUAT
1. Panaskan ketuhar dahulu. Dengan menggunakan pemukul telur, pukul mentega dengan gula perang sampai kembang.
2. Kemudian, masukkan telur ayam satu persatu. Pukul telur perlahan-lahan.
3. Masukkan tepung naik sendiri. Kacau rata sampai jadi adunan.
4. Sapu bekas pembakar menggunakan mentega. Tuang adunan dalam bekas pembakar.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit, api atas bawah.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak belajar buat KekMarble? Ini ada resipi mudah dan sedap perkongsian saudari Eita EMi yang boleh dicuba. Memang tak renyah. Pendek kata, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam bidang baking ni, kekjenis ni antara yang mudah dicuba. Malah rasanya pun tidak mengecewakan. Jom cuba!
1. Pukul marjerin, gula dan ovalette sampai putih dan kembang. 2. Kemudian masukkan telur satu sebiji demi sebiji, esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul dalam 5 minit. Hentikan mixer. 3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder. Kaup balikkan hingga rata. 4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk coklat. 5. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapukan marjerin dan tuang adunan berselang seli sehingga habis. Diatas adunan, boleh tabur cip coklat (jika suka). 6. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Waktu membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing. 7. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Selamat mencuba!
1. KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
370gm marjerin
380gm gula halus
500gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
8 biji telur
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
280gm cawan marjerin
285gm cawan gula halus
5 biji telur
185gm cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk penaik
3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
130gm susu pekat
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK BAHULU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
285gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
90gm minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH-BUAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm tepun gandum | diayak
190gm gula perang
185gm mentega
180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
40gm kulit limau campuran
60gm ceri | dipotong kecil
5 biji telur | asingkan kuning dan putih
1 sudu makan golden syrup
CARA MEMASAK:
Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS
BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
185gm tepung gandum
4 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu makan ovalette | jika suka
1/4 sudu teh garam
7 sudu makan susu sejat
1 sudu teh esen vanilla
60gm minyak jagung
3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN
BAHAN-BAHAN:
310gm tepung gandum | diayak
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
230gm mentega
190gm gula halus
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
260gm susu pekat manis
80gm buah prun | dicincang kasar
Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum | diayak
190gm gula pasir
90gm mentega | dicairkan
180ml air suam
1/2 bungkus yis segera
5 biji telur
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
230gm mentega
260gm susu pekat
380gm gula
375 tepung gandum
85gm serbuk koko
310gm milo
Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN
BAHAN-BAHAN:
125gm tepung gandum
130gm susu pekat
90gm marjerin
5 biji telur
190gm gula pasir
250ml air
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
Info chef: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.
10. KEK PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
230gm marjerin
190gm gula halus
1/4 sudu teh garam halus
4 biji telur
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh esen ros
Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.
Raya tinggal beberapa hari je lagi. Bagi yang belum cukup bekalan biskut raya, boleh cuba resipi Chocolate Chip Cookies ni. Rangup dan sangat sedap! Nak buat pun mudah. Jom cuba!
CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
3/4 buku mentega ( mentega yang seberat 250gm. Ambil 3/4 sahaja)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan cip coklat
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati sahaja.
2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul lagi hingga rata.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.