Buat yang menyukai makanan manis, pasti tidak menolak andai dihidang kek sarang semut atau kek gula hangus . Bentuknya yang unik dan tekstur yang kenyal menjadikan ia tidak jemu dimakan. Sekali cuba pasti nak lagi. Bukan hanya boleh dihidang buat keluarga malah boleh dibawa untuk juadah pemanis mulut bagi acara potluck dan sebagainya. RASA kongsikan resipi buat yang ingin mencubanya.
BAHAN GULA HANGUS:
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
1/2 cawan mentega
BAHAN KEK:
2 cawan tepung gandum | ayak
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat | ayak bersama tepung
1/2 cawan susu pekat manis
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. Setelah gula kelihatan perang, masukkan air panas. Apabila gula dah larut, padamkan api dan masukkan mentega. Biarkan sejuk.
2. Kisar telur selama 10 minit.
Ads
3. Dalam bekas berlainan, satukan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan telur yang telah dikisar, esen vanila dan susu pekat manis. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan air gula hangus yang telah benar-benar sejuk. Kacau sebati.
5. Griskan loyang dan lapik ‘baking paper’. Tuang adunan.
Ads
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja. Bakar kek selama 1 jam. Kemudian bakar lagi selama 10 minit menggunakan api atas sahaja.
7. Kek ini juga boleh dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Siapa tak suka dengan kek batik. Kali ni kita cuba buat kek batik premium hasil perkongsian Mr. Ali. Menurutnya ini versi moden dan jenama produk yang di guna juga memainkan peranan penting dari segi rasa walaupun guna resepi yang sama. Selain itu teknik pun kena betul. Resepi ni menggunakan loyang 8 inci.
*kalau pakai loyang 5 inci dapat dua bekas saiz 5 inci
*kalau pakai 6 inci akan dapat saiz 6 inci 1 bekas + 2 bekas sq450
*kalau pakai sq450 dapat 6 bekas
KEK BATIK INDULGENCE
Bahan-bahan kek batik:
300 gram biskut merry
Butter ada 3 pilihan boleh pilih nak yang mana satu
1.Masukkan butter ke dalam kuali biar sampai cair. Api jangan kuat sangat.Dah cair tutup api biarkan dalam 3-4 minit
2.Masukkan susu pekat,serbuk koko,milo,susu full cream dan telur.
3.Buka api balik kacau perlahan-lahan sampai sebati dan tak berketul sangat.Kalau ketul-ketul kecil tu takpe. Kemudian tutup api.
4.Masukkan biskut merry 300 gram, patahkan kecil-kecil dan gaul sebati. Nak sedap pakai muncyhs atau jenamaTesco.
5.Dah sebati masuk dalam loyang. Loyang lapikkan dengan baking paper atau plastik supaya senang nak keluarkan nanti.
6.Sejukkan dalam peti sejuk 20 minit.
LAYER KEDUA :CREAM CHEESE / INDULGENCE
1.Pukul 250g cream cheese pada suhu bilik. Jangan pukul lama-lama dah agak-agak tekstur cantik masukkan gula icing atau gula kastor.Mana-mana yang ada.Masukkan esen vanila, yogurt. Yogurt ni pilihan. Tak nak masuk pun tak apa. Sukatan yogurt: 1 sudu makan untuk adunan resepi ini.Pukul sebati.
2.Pada bekas yang lain,pukul 125g whipping cream dairy sampai kental. Dah kental gaulkan sekali dengan cream cheese tadi guna kaedah kaup balik. Jangan pakai mixer. Pakai spatula sahaja.
3.Tuang atas lapisan kek batik dan sejukkan 30 hingga 40 minit dalam peti bahagian chiller
LAYER KETIGA: CHOCOLATE GANACHE
1.Pastikan semua bahan kering tak tercampur dengan air.
2.Double boil.Letak whipping cream- butter. Dalam 2 minit, masukkan pula dark chocolate.
3.Kacau perlahan-lahan. Dah agak tak berketul, licin dan cantik ganachenya tutup api.
4.Bagi ganache suam dulu dalam 15 minit baru ke atas lapisan cream cheese tadi.
5.Ratakan ganache jangan pakai sudu. Cuma alih-alihkan loyang ke kiri dan ke kanan supaya rata.
6.Setkan dalam peti semalaman atau lebih dari 7 Jam. WAJIB 7 JAM KE ATAS SEBAB KITA TAK PAKAI GELATIN. Kalau nak pakai gelatin juga boleh tambah pada lapisan cream cheese.
1 sudu besar gelatin + 50 ml air panas. (kalau letak dalam bekas, tak perlu gelatin)
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kek marble pucci Oreo. Teksturnya gebu dengan rasa lemak mentega dan juga manis-manis biskut Oreo.
Jika anda penggemar kek mentega, pastinya anda akan menyukai cita rasa kek marble pucci Oreo ini. Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
125 gram mentega
80 gram gula kastor
2 biji telur ayam (gred A)
1 sudu kecil esen vanila
125 gram tepung gandum/tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam halus
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil emulco red velvet
1 bungkus biskut Oreo
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
2. Apabila sudah gebu dan putih, masukkan satu biji telur ayam. Pukul. Kemudian masukkan satu lagi telur ayam. Pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila. Kacau.
4. Satukan tepung gandum dengan serbuk penaik. Ayak dan masukkan dalam adunan. Gaul sebati.
5. Masukkan pula susu pekat manis dan garam garam halus. Gaul lagi.
6. Apabila sudah sebati, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan serbuk koko. Satu bahagian lagi letakkan emulco red velvet.
7. Lapikkan loyang 7 inci dengan baking paper dan tuangkan habis adunan serbuk koko.
8. Letakkan bahagian red velvet di atas adunan tadi dan guna lidi untuk lorek-lorekkan. Hiaskan dengan biskut Oreo.
9. Panaskan oven pada suhu 150 dan bakar selsius selama 50 minit
10. Apabila kek sudah masak, angkat dan terbalikkan atas redai kek.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Hidayati Hana
Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak try buat kek carrot? Sedap kan kek carrot ni. Korang boleh try resipi yang dikongsikan oleh Hidayati Hana di dalam facebook group Rasa Share Resipi. Resipinya nampak mudah je. Boleh try hujung minggu nanti ye.
BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
1 cawan gula perang
1 sudu kecil ovalete (tak letak pun tak apa)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji lobak merah (diparut jadikan 1 cawan)
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
Sedikit kismis atau walnut
BAHAN TOPING
250 gram cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
Sebelum dibakar.
Selepas dibakar.
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam, gula perang dan ovalete sehingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan lobak merah. Kacau sikit.
3. Masukkan minyak masak.
4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
5. Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut.
6. Lapikkan loyang dengan baking paper di bawahnya dan tuangkan adunan.
7. Panaskan oven pada suhu 175 darjah dan bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak bergantung pada oven masing-masing.
8. Selepas masak, sejukkan kek. Kemudian toping dan taburkan lebihan lobak merah serta walnut.
9. Untuk buat toping, satukan cream cheese, susu pekat manis dan gula sehingga kembang.
10. Masukkan esen vanila. Gaul sebati. Sapukan atas kek.