Kek Fruits Pastry menjadi trending di media sosial sekarang. Pernah viral suatu masa dahulu ketika tahun 2010 kini resipi ini seperti membuat ‘comeback’ mengejutkan semua yang gemar mem’baking’. Rugi jika kamu tidak mencuba resipi ini memang mudah dibuat dan sedap! Selamat mencuba.
Resepi adalah dari gabungan dari Glazed, Kak Rima dan juga Kak Azlita Aziz. Sebenarnya bila tengok balik resepi ketiga tiga ni lebih kurang sama. Beza 10 – 20 gram saja.
RESIPI KEK FRUITS PASTRY
BAHAN-BAHAN:
Butter 100 gram. Boleh pakai apa saja brand butter / spread. Tolong jangan bergaduh isu Buttercup kat sini. Haha.
3 biji Telur Ayam saiz A atau B saja. Saiz Z kecil sangat.
Tepung Gandum 210 gram + baking powder 1tsp. Diayak bersama. Kalau rajin ayak 3 kali. Kalau malas tak payah ayak langsung.
Vanilla Flavor 1tsp. Tapi sebab saya guna Premium Silky Vanilla by Chef Amer, guna half saja. Sebab bau dia mengaum. Nak beli roger tepi. ( taktik iklan secara halus).
Lemon Zest / kulit orange 1tsp.
Sourcream / Greek Yogurt 100 gram
Buah buahan yang masam. Kalau rasa diri tu masam pun boleh letak juga. Saya guna Strawberry, Blueberry, dan Peach dalam tin. Kalau nak beli Peach yang segar, harga nya mahal nak arwah.
Daun Keladi sekadar hiasan. RM 4 sehelai tu.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 : Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik. Dan bukan juga keras kejong. Yang sedang sedang saja . Pukul bersama dengan gula caster sehingga menjadi creamy.
LANGKAH 2: Okay, cun dah. Adunan menjadi creamy, dan bertukar warna menjadi sedikit putih.
LANGKAH 3: Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan lahan. Sampai telur hilang dari pandangan saja. Jangan over beat masa ni.
LANGKAH 4: Masukkan campuran bahan kering yang sudah diayak tadi. ( ayat buku resepi)
Ads
LANGKAH 5: Kau orang pun mesti hampir hampir terlupa pasal dua benda alah ni kan. Haha. Sepatutnya kena masuk masa selepas masuk telur tadi. Layan Tik Tok la ni sampai lupa.
LANGKAH 6: Terakhir sekali, masukkan Greek Yogurt atau Sourcream. Beli dah lama dah Yogurt ni tapi baru kesempatan nak buat. Expired date pun di saat hari kek ini dibuat. Haha.
LANGKAH 7: Ini adunan yang dah sebati serasi bersama. Wangi sungguh. Bau Vanilla, bau masam lemon zest, bau butter lagi.
LANGKAH 8: Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8inc yang telah diglis dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu. Basic baking tu kan.
LANGKAH 9: Maka susun lah buah buahan mengikut kreativiti masing masing ya. Seeloknya cari buah yang masam masam dan tidak ‘watery’. Tapi kalau nak rare, letak buah tembikai pun boleh.
Ads
LANGKAH 10: Sedia untuk diseksa didalam oven selama 45 minit. Suhu 160c atas bawah.
TIP:
Cucuk dengan lidi / cake tester untuk pastikan kek dah betul masak. Nak cucuk dengan jari pun boleh kalau kebal. Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan.
Untuk dekorasi, boleh dust dengan snow powder atau icing sugar. Kalau nak buat jual, seeloknya guna snow powder, ianya tahan lama berbanding icing sugar. Tak larut dalam kek.
Ads
Potong siap siap. Buat minum petang ibu ibu di taman petang ini sambil membawang.
Jika diikutkan resepi nya seakan Sourcream Buttercake saja, kemudian diletakkan buah buahan diatas adunan sebelum dibakar. Maka terhasil lah satu gabungan rasa masam manis kehidupan.
NOTA: Ini adalah Vanilla Flavour jenis oil based. Banyak brand dijual. Antara nya brand Chef Amer. Beza antara Vanilla Essence kebanyakkan ialah jenis water based. Bau nya akan hilang akibat dari sejatan semasa proses pembakaran kek. Jadi bertukar lah pada Vanilla jenis oil based, bau tetap kekal dalam produk sekalipun diseksa berjam jam di dalam oven.
Anda suka pai yang berinti pedas, ini RASA kongsikan lima jenis pai yang sangat mudah disediakan dengan inti pedas, Memang kena dengan tekak orang Malaysia yang suka pedas. Risau tak pandai atau malas nak menguli tepung, beli je pastri puff segera, banyak dijual di pasaraya. Korang cuma sediakan inti je. Kalau ada sambal atau rendang lebih bagus jadikannya sebagai inti, lagi jimat.
PAI DAGING
BAHAN-BAHAN:
PASTRI:
250gm tepung gandum
180gm mentega | lembutkan
80gm yoghurt
1biji kuning telur
Secubit garam
BAHAN A:
300gm daging kisar
1 sudu makan tepung jagung
2 batang saderi
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
BAHAN B:
100gm kentang | potong dadu dan rebus
150gm mix vegetables
60 gram cendawan butang | hiris
1 ulas bawang merah | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt.
Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh.
Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
Sementara itu, panaskan kulai non stick, masukkan bahan A, kacau rata hingga daging masak.
Kemudian tutup api dan masukkan saderi dan gaul sebati. Ketepikan.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi sebelum masukkan cendawan, mix vege dan kentang.
Setelah semua bahan siap, panaskan ketuhar pada suhu200C.
Canai kulit pai dan letak dalam acuan pai, kemudian masukkan inti daging tadi,
Canai kulit pai untuk tutup bekas pai. Sapu sedikit air di permukaan tepi kulit pai supaya meniadi pelakat pastri.
Hiris lebihan kulit pai dan kelim pastri Sapu telur ke atas pastri pai.
Bakar selama 20 minit atau sampai keperangan.
Pai sedia dihidangkan.
PAI CHOWDER KUPANG DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ulas bawang merah
2 keping daging bacon | dicincang halus dan goreng tanpa minyak
1 sudu makan mentega
2 biji kentang | potong dadu dan direbus
300ml stok ayam
2 sudu makan susu UHT
100gm kupang
100gm udang | buang kulit
Kulit puff pastri segera
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega, tumis bawang merah dengan daging bacon hingga naik bau.
Masukkan kentang, stok ayam, susu dan kupang. Masak lebih kurang dua minit.
Seterusnya tambahkan udang. Perasakan sedikit garam
Tuang inti ke dalam mangkuk casserole bulat untuk acuan pai, sapu telur di mulut mangkuk pai, tutup bekas dengan puff pastri.
Sapu puff pastri dengan telur dan tabur serbuk parsli.
Bakar 200C selama 20 minit.
Pai sedia dihidangkan panas-panas.
PAI COTTAGE
BAHAN-BAHAN:
Kentang Lenyek:
6 biji kentang | buang kulit dan rebus
200 ml susu
25gm mentega
150gm keju cheddar
Sedikit garam dan lada sulah
Inti Pai :
1 biji bawang besar | potong dadu
200gm daging cincang
2 batang saderi
2 ulas bawang putih
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tomato puri
100ml stok daging / 1 kiub daging
3 sudu makan sos Lea & Perrins
1 sudu teh serbuk Thyme
1 helai daun bay
1 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Untuk kentang lenyek masukkan mentega, susu, keju, garam dan lada sulah. Ketepikan,
Sediakan inti: Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi, kemudian masukkan daging cincang, kacau rata.
Seterusnya masukkan tepung gandum, tomato puri, sos lea &perrins, serbuk Thyme dan daun bay.
Kacau rata dan perasakan dengan stok daging, garam dan daun saderi.
Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
Masukkan inti pai di dalam mangkuk casserole kecil , kemudian tutup permukaan dengan adunan kentang tadi.
Bakar dengan suhu 200C selama 15 minit.
Setelah masak, pai sedia dihidangkan.
PAI AYAM
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ayam
1 1/2 cawan susu
1 kiub ayam
1 sudu teh serbuk Thyme
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit lobak mera dipotong dadu
1 batang saderi dipotong
1 biji bawang putih dihiris
50 gm mentega
50gm tepung gandum
50gm keju parmesan
1/2 cawan kacang pis
Puff Pastri segera
CARA MEMASAK:
Panaskan susu atas api sederhana, masukkan kiub ayam dan serbuk Thyme. Masukkan ayam dan masak 10 min. keluarkan dan carik ayam. ketepikan.
Panaskan mentega, tumis bawang besar bawang putih, lobak merah, saderi. Kacau rata.
Seterusnya, masukkan tepung, lebihan air rebus ayam tadi. Masak sampai kuah hampir pekat.
Kemudian masukkan keju, ayam yang dicarik dan kacang pis. Gaul sebati dan sejukkan inti.
Letakkan inti dalam mangkuk casserole bulat kecil, sapu sedikit telur dimulut mangkuk casserole, kemudian tutup dengan puff pastri.
Sapu telur atas permukaan puff dan bakar 180C selama 20 minit.
Pai sedia di hidangkan.
PAI BAWANG DAN KEJU
BAHAN-BAHAN:
PASTRI:
250gm tepung gandum
180gm butter | lembut
80gm yoghurt
1 biji kuning telur
Secubit garam
INTI:
1 biji kentang | potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar | hiris nipis
1 sudu makan tepung gandum
50ml susu penuh krim
50 ml susu UHT cream
150gm keju Cheddar
1/2 sudu teh English Mustard
1/2 sudu teh Cayenne pepper
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk inti: Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yogurt. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Seterusnya tambahkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh. Jika terlalu lembut, tambah sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya.
Simpan doh dalam peti ais selama satu jam.
Canai doh dan terap ke acuan pai. Bakar sebentar dengan suhu 180C selama 15 minit.
Untuk inti: Rebus bawang besar sampái lembut. Kemudian tapis.
Masukkan bawang dalam periuk, campurkan dengan susu penuh krim susu UHT dan tepung gandum, kacau rata di atas api sederhana.
Seterusnya masukkan pula kentang, keju, mustard, serbuk cayenne, garam dan lada sulah. Kacau hingga pekat.
Tuang adunan ke dalam acuan pastri dan bakar dengan suhu 200C selama 20 minit.
Mencari menu untuk minum petang? Apa kata buat agar-agar yang mudah dan ringkas ini. Walaupun ringkas tetapi rasanya sangat sedap. Sesuai sungguh untuk dimakan seisi keluarga. Kami kongsikan beberapa resipi agar-agar yang boleh anda cuba buat di rumah.
Lauk ayam yang sangat popular dan senang untuk di masak. Selalunya lauk ini akan di makan bersama dengan nasi tomato dan sayur jelantah. Tetapi ia sudah cukup menyelerakan bila makan bersama nasi putih sahaja.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar – dimayang bulat
1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai – dititik
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
(bahan menumis kalau lagi banyak, lagi sedap)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!