Tauhu bukan sahaja enak dimakan dengan nasi panas, malah sedap diratah begitu sahaja. Tak cukup sekali makan, asyik nak mengulang aje.
Boleh aje diratah begitu sahaja, jadi juadah yang sangat mengenyangkan dan ‘favourite’ sepanjang masaf
TAUHU TERBALIK
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
tauhu bulat (selalu guna dalam mi kari tu)
isi ayam | dicincang
isi udang |dicincang
jejari ketam| dicincang
bawang besar | dihiris halus
daun sup | dihiris halus
kiub ayam
lada hitam
telur ayam
CARA MEMASAK : 1. Lakukan belahan T kecil keatas tauhu itu dan keluarkan isi tauhu tersebut dan dan asingkan 2. Perlahan-lahan terbalikkan tauhu tersebut (inside out)
3. Isikan tauhu tersebut dicampurkan dengan semua bahan-bahan yg selebihnya. gaul sehingga sebati
4. Kemudian sumbatkan bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam tauhu
5. Goreng tauhu sehingga keperanggan
Sos Hainan @ sos nasi ayam sebenarnya
Bahan-bahan sos : cili merah bawang putih
bawang kecil
halia
sos nam pla (sos ikan)
garam
gula
cuka/asam limau
CARA MEMASAK :
1. Kisar semua bahan-bahan.
2. Masak sehingga naik bau
p/s : Sukatan ni agak-agak sahaja, ikut jumlah yang anda ingin buat
Sumber resepi : Aneka resepi Via FB : Suka Makan.Dot.Com
TAUHU BERLAUK
.
. Bahan A :
Ads
200 gm Isi Udang/Ayam
4 keping Tauhu Keras
2 tiub Tauhu Jepun
3 biji Telur
1 sudu teh Serbuk Lada Sulah
2 tudu teh Minyak Bijan
Bahan B :
Daun Bawang | dihiris
Karot | dicincang
Cili Merah ~ dicincang
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (optional)
Bahan Celupan :
2 biji Telur
Sedikit hirisan Daun Bawang & Cili Padi
Secubit Garam
CARA MEMASAK :
1, Kisar Bahan A
2. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas
3. Masukkan Bahan B, gaul rata
4, Kukus dalam loyang/bekas plastik selama 30 minit atau sehingga masak (jika guna loyang, griskan sedikit minyak pada loyang)
5, Sejukkan dahulu sebelum dipotong
6. Potong mengikut saiz yang disukai
7. Celup dalam telur dan goreng sehingga kekuningan
Atau cara lain; selepas dicelup telur, golekkan dengan breadcrumbs dan goreng
SAMBAL GORENG JAWA
Ads
.
BAHAN-BAHANNYA :
1/4 bahagian kobis bulat, hiris, cuci dan toskan
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tempe, dadu dan goreng
1 keping tauhu, didadu dan goreng
1 keping tauhu kering @ fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1 cekak sohoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1/3 cawan isi udang
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 kuib ikan bilis (optional)
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, kurang lebih 3 camca besar. 2. Tumis serai, lengkuas, bawang merah dan bawang putih hingga harum. 3, Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram, pes asam jawa dan kiub ikan bilis (hancurkan). Kacau rata dan tuang sedikit air. 4, Masuk udang dan masak hingga berubah warna, tambah tauhu dan tempe goreng, kacau rata. Masukkan tauhu kering (toskan), kacang panjang dan kobis. Gaul hingga rata. 5, Tambah soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga kering sedikit dan soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 6. Hidangkan bersama nasi putih atau ketupat.
kredit:blogopsi Via FB : Suka Makan Dot Com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buah cempedak memang mahal. Alang-alang harganya tinggi tu, selain makan isinya, kulit pun jangan dibuang. Anda boleh hasilkan jeruk kulit cempedak atau juga dikenali sebagai mandai. Ia merupakan sajian tradisi masyarakat Banjar. Menu ni sangat mudah disediakan malah rasanya juga sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-cara penyediaan mandai perkongsian dari saudari Mariana Zainal.
CARA MENJERUK KULIT CEMPEDAK @ MANDAI
BAHAN-BAHAN MENJERUK MANDAI:
1 biji cempedak bersaiz sederhana
Air masak suam secukupnya
3 sudu makan (penuh) garam
Bekas atau botol bersih | untuk menjeruk mandai
CARA MENJERUK:
1. Belah buah cempedak dan keluarkan isinya.
2. Kemudian bersihkan kulit cempedak dengan membuang bahagian durinya dan hanya bahagian isi putih sahaja diambil.
3. Potong kulit cempedak berbentuk kiub dan cuci bersih. Toskan.
4. Gaul kulit cempedak dengan garam hingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas atau botol bersih.
5. Tuang air masak suam hingga kulit cempedak tenggelam. Tutup botol dengan penutup.
6. Simpan jeruk mandai di tempat gelap dan terlindung dari matahari dan peram selama seminggu sebelum dinikmati.
CARA MEMASAK JERUK MANDAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mandai @ jeruk kulit cempedak yang dihiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 biji cilimerah | hiris
10 biji cili padi hijau | hiris (boleh diabaikan)
1 genggam ikan bilis | dibersihkan & rendam sekejap
CARA MEMASAK:
Keluarkan secukupnya kulit cempedak @ mandai jeruk tadi, cuci bawah air paip dan perah airnya.
Hiris nipis dan goreng hingga agak-agak garing. Ketepikan.
Ikan bilis ditoskan dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Tinggalkan kurang lebih 4 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah mandai yang digoreng garing tadi, gaul rata dan masukkan ikan bilis goreng.
Kacau dan masak sekejap hingga kering. Rasa dan jika perlu, baru tambah sedikit garam.
Apa juadah untuk raya korban tak lama lagi? Salah satunya pasti ada menu daging yang disukai ramai. Masih takt ahu nak masak menu apa, boleh cuba menu yang dikongsikan oleh Nurlia Mohd Nor. Menurutnya ia menjadi permintaan Abah untuk masakkan daging ini. Resipi ni dipelajari daripada ibu. Makan dengan nasi sangat sedap. Nak pula regu dengan ikan goreng, memang bertambah makan. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun boleh.
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
Daging
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Jintan manis
Minyak secukupnya
Air
Kicap
Garam & gula secukupnya
Asam keping
Cara memasak:
1.Goreng cili kering, bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan jintan manis dengan sedikit minyak (sukatan agak-agak saja)
2.Dah goreng blend dengan sedikit air.
3.Gaul daging dengan bahan blend tadi bersama kicap dan gula (saya guna kicap kipas udang yang manis). Perapkan. Lagi lama lagi sedap. Kalau tak sempat perap pun ok je.
4.Panaskan kuali. Letakkan minyak. Letak bahan-bahan perap tadi dalam kuali yang dah dipanaskan.
5.Letakkan asam keping dan sedikit garam. Kacau sampai masak dan daging empuk.
6.Bila dah masak, tutup api. Angkat daging tadi dari kuali, letak dalam mangkuk, sedia untuk dihidang.
Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumnar
1 biji bawang Holland kecl
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
I sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.