Wow…Nampak sedapCoklat CheeseBrowniesBakar perkongsian saudari Azza Ahsani ni. Menurut beliau resipi yang dikongsi ini adalah Brownies versi bakar namun memounyai rasa yang sangat sedap, gebu dan juga tidak kering. Sangat sesuai dicuba bagi anda yang tercari-cari resipi brownies yang sangat enak dimakan bersama keluarga. Jom cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
1.Masak semua bahan A dengan api perlahan. Mentega perlu dicairkan terlebih dahulu barulah diletakkan bahan-bahan lain.
2. Bila sudah agak sebati dan menggelagak, boleh tutup api dan sejukkan. Pada masa yang sama, sudah boleh panaskan ketuhar pada suhu 170°c mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
3. Sementara menunggu bahan A sejuk, pukul telur dan esen vanilla hingga kembang.
4. Begini rupa telur yang sudah kembang.
5. Masukkan telur yang dipukul kembang tadi ke dalam bahan A. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit sambil dikaup balik sampai sebati.
7. Rupa adunan yang siap diadun.
8. Sediakan loyang yang bersesuaian. Sapu sedikit mentega dan alas dengan wax paper. (empunya resipi guna loyang saiz 7″x7″. Masak 2 kali sebab boleh dapat banyak keping bila dipotong.)
9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°c selama 45 minit atau hingga brownies masak. Nak tahu masak atau belum, cucuk dengan lidi. Kalau lidi kering masa ditarik keluar, itu menandakan brownies telah masak sempurna.
10. Untuk topping brownies, pukul krim keju, gula dan telur hingga sebati.
11. Letak bahan C atas brownies yang sudah masak tadi. Ratakan dan bakar balik selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
Tip: Brownies tadi empunya resipi bakar dalam ½ jam sahaja. Masa ni kek lembap sikit. Bila letak cream cheese dan bakar balik, tekstur kek tak akan jadi kering.
12. Chocolate Cheese Brownies yang sedap dan gebu sedia untuk dinikmati.
NOTA: Semasa menyukat bahan, sila guna 1 cawan yang sama sahaja supaya sekata timbangannya.
Bagi anda yang sudah mula mengumpul resipi biskut raya, salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba adalah biskut Milo Cookies ni. Malah resipi biskut perkongsian saudari Ahriany Ahmad ini tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan rasa coklat. Kanak-kanak pasti gemarkannya.
CARA BUAT BISKUT MILO COOKIES
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Kek apa yang menjadi kegemaran anda? Kek chiffon lemon orange ni rasanya tak muak langsung dan sangat sedap, lemak-lemak dan masam manis.Sepotong pasti tak cukup. Ikut langkah yang tepat pasti menjadi.
Chiffon Lemon Orange
Bahan-bahan: 2 loyang saiz 22 inci atau 8 atau 9 Cairkan 1 ketul 250g butter lurpak 5-6 sudu besar majerin 10 biji telur 2 cawan gula 4 cawan tepung- ayak 2 kali dengan 1/2 sudu besar rata baking powder 3 sudu besar susu tepung 1 sudu besar ovalate 1/2 sudu besar lemon flavour 2 sudu besar orange oil( kat bakery ada pakai ni bau oren lebih sedap) 2 sudu besar pewarna oren 1/2 cawan santan kara
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali butter cair tadi. 2.Adun sampai gebu. 3.Masukkan butter cair masa tengah panas atau suam sukatan 1/2 cawan. Adun laju dan matikan mixer. 4.Masuk loyang dan gariskan dengan majerin.
5.Suhu oven 190-200 bagi panas effect pecah 10 minit pertama.Turunkan suhu 170-180 biarkan sampai masak 35-40 minit. Kredit:Azlina Ina Fans
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cekodok Roti Gula yang gebu, manis dan mudah dibuat menggunakan lebihan roti sandwic. Resipi ringkas untuk sarapan atau minum petang yang menyelerakan.