Wow! Kali ini RASA ingin kongsikan resipi karipap tetapi bukan karipap goreng, sebaliknya karipap bakar. Istimewa sungguh resipi karipap ini kerana bagi anda yang ingin kurangkan pengambilan minyak, bolehlah cuba resipi ini.
Jom kita lihat resipinya.
KARIPAP BAKAR
BAHAN INTI KARIPAP
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (dicencang)
5 ulas bawang merah kecil (dicencang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 tangkai daun kari
3 sudu besar pes kari
200 gram keledek oren (kupas dan potong dadu)
250 gram kentang (kupas dan potong dadu)
Air secukupnya
1/2 biji limau purut (diambil jusnya)
CARA MEMBUAT INTI KARIPAP
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah kecil dan bawang besar.
2. Setelah bawang layu, masukkan daun kari. Kacau seketika.
3. Masukkan pes kari. Kacau lagi. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan keledek oren. Kacau rata.
5. Masukkan kentang. Kacau lagi.
6. Masukkan air secukup untuk memasak keledek oren dan kentang sehingga lembut.
7. Masukkan juga garam secukupnya. Kacau seketika. Tutup kuali.
8. Apabila keledek oren dan kentang semakin masak, air akan semakin kurang. Cuba dulu sedikit keledek dan kentang. Jika sudah lembut, tidak perlu tambah air.
9. Masukkan jus limau purut. Kacau seketika dan matikan api. Masukkan bahan ini ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Ads
BAHAN DOH KARIPAP
460 tepung gandum
40 gram tepung jagung
4 sudu kecil gula kastor
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
250 gram mentega
1 biji telur ayam
6 sudu besar air ais
CARA MEMBUAT DOH KARIPAP
1. Dalam bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula kastor, garam dan serbuk penaik. Kacau sebati.
2. Masukkan mentega yang sejuk. Kacau mentega supaya sebat dengan tepung.
3. Masukkan telur yang telah dipukul. Gaul lagi seketika.
4. Masukkan air ais. Masukkan sedikit demi sedikit sambil menggaul.
5. Sekarang, gunakan tangan untuk menguli semua bahan ini. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekit di tangan.
6. Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama sejam.
7. Kemudian, ambil sejemput doh dan bulat-bulatkan. Tekan leper. Gunakan penggelek, gelekkan doh menjadi bulatan leper sebesar 5 inci.
8. Ambil mangkuk dan jadikan mangkuk sebagai acuan bulat. Letakkan inti karipap di atas doh yang telah diukur dengan acuan tadi. Rapatkan kulit karipap. Kelim tepinya.
9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga habis doh dan inti.
Ads
10. Dalam mangkuk kecil, pecahkan sebiji telur ayam. Masukkan 1 sudu besar air. Kacau sebati.
11. Ambil berus sapuan, sapu karipap dengan bancuhan telur. Taburkan bijan jika suka.
12. Bakar karipap dalam oven pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
Biasakan makan Kuih Buah Melaka, sangat sedapkan, kali ini RASA nak kongsikan versi kuih yang sama saja cara membuat dan bentuknya, korang hanya perlu tukar tepung pulut dengan keledek. Rasa tetap sedap, lembut dan sangat senang membuatnya, jadi buatlah senaman jejari korang dengan menguli keledek untuk jadikan Onde-Onde Keledek ini.
.
ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit dan kukus
1 cawan tepung ubi | jika kurang tambah lagi
1 cawan kelapa parut | gaulkan bersama sedikit garam
Gula Melaka | potong dadu kecil
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur.
Kemudian tambahkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.
Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.
Setelah timbul angkat dan gaulkan dengan kepala parut.
Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan atau dibawa sebagai bekal.
Kalau dapat makan Kuih Bahulu homemade yang baru siap dimasak memang sedap. Lemak-lemak manis, kena pula dengan secawan kopi. Aduh…memang padu. Ramai yang sangka Bahulu ni susah nak buat. Mudah je sebenarnya. Tak perlu guna sabut pun. Guna sahaja segala gajet yang ada di dapur kita. Macam resipi yang saudari Azirah Muktar kongsi ni. Bakar guna sandwic maker je. Sangat mudah. Jom cuba!
RESIPI BAHULU HOMEMADE GUNA SANDWIC MAKER
.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula – boleh kurangkan kalau taknak manis
3 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Kisar telur dan gula hingga sedikit gebu dan kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum. Adun sebati. 3. Panaskan sandwic maker dan sapukan sedikit minyak pada permukaannya.
4. Tuang adunan bahulu tadi dan masak hingga kekuningan. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Satu adunan ini boleh dapat sekitar 12 biji Kuih Bahulu.
Nak try resipi ni tapi tak ada Sandwic Maker dekat rumah? Jangan risau. Pilih dekat SINI. Ada pelbagai pilihan & pstinya pada harga mampu milik.
Kuih Tepung Bungkus ni memang sedap dan disukai ramai. Kalau di bandar, agak susah nak jumpa peniaga yang jual kuih ni. Kalau ada, mungkin kurang kena dengan selera. Jadi kalau nak cuba buat sendiri kuih yang ada rasa ‘kampung‘, resipi perkongsian saudari Norfazleen Azliana ni antara yang terbaik. Mudah rupanya nak buat kuih ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN TEPUNG:
3 cawan santan pekat
Sedikit gara,
2 cawan tepung beras
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan garam ke dalam kuali. Kacau sebati tanpa api.
Masukkan tepung beras. Kacau sampai sebati dan tidak berketul.
Buka api sederhana dan masak bancuhan tepung dan santan tadi. Kacau hingga mendapat tekstur berketul sebegini.
Untuk membuat tepung bungkus, sudukan adunan tepung ke atas daun pisang. Lubangkan sedikit untuk letak inti. Sudukan inti kelapa secukupnya.
Bungkus dengan kemas dan sedia untuk dikukus selama 20 minit.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa – ambil bahagian putih sahaja
1 keping gula kerek / gula melaka/nisan/manisan
2 cawan air
3 sudu makan gula
Gula merah secukupnya – ikut citarasa. Tujuan untuk dapatkan warna inti yang cantik.
2 sudu teh tepung pulut
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak air bersama gula kerek, gula makan dan gula merah. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan tepung. Masak lagi hingga inti kering.
Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih.
INFO: Jika suka, inti boleh dibulatkan dan golekkan ke dalam tepung pulut sebelum dimasukkan ke dalam adunan kuih. Ia bertujuan untuk hasilkan kuih tepung bungkus yang cantik.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!