Cuti sekolah yang panjang ni pasti mak-mak nak kena fikir lebih sikit nak masak apa.. Kalau hari persekolahan tak payah fikir snek atau dessert waktu petang, ni tengah cuti kenalah masak ekstra menu.. Masuk dalam bekas kedap udara atau simpan dalam peti sejuk, jadi anak-anak waktu petang tak lah ‘kelaparan’.

Jom Ubah Selera Dengan ‘Dessert” 3 Negara. Perancis, Jepun dan Afrika Selatan…
Posing penuh gaya

Ni ada resipi hebat dari team chef dan pengajar dari Pusat Pengajian Makanan dan Seni Kulinari, Taylor’s University iaitu Chef Massyittah Omar, Chef Nur Syirin Mohd Said, Chef Zaishahrizal Zamani, Chef Azuralisa Mohd Ghazali, Chef Mohd Zamri Idri dan Chef Norrizan Ramudin.

Nah ini dia resipinya…

MATCHA KASUTERA  (JEPUN)

Jom Ubah Selera Dengan ‘Dessert” 3 Negara. Perancis, Jepun dan Afrika Selatan…

BAHAN-BAHAN :

  • 8 biji telur
  • 300 gm gula kaster
  • 200 gm tepung roti | diayak tiga kali
  • 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
  • 100ml susu
  • 4 sudu makan madu 

*sedikit mentega untuk menggris dasar loyang pembakar

CARA MEMASAK :

  1.  Sediakan loyang segi empat tepat.
  2.  Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
  3.  Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
  4.  Panaskan susu dan madu.
  5.  Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
  6.  Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
  7.  Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
  8. Kemudian tuang di dalam loyang  segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
  9.  Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
  10.  Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
  11.  Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
  12.  Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.

Saiz hidangan  : 8 orang

Masa memasak : 1 jam 15 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : Kek

Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan

INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.

CHERRY PUDDING CLAFOUTIS ( PERANCIS) 

Jom Ubah Selera Dengan ‘Dessert” 3 Negara. Perancis, Jepun dan Afrika Selatan…

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm ceri hitam segar | dibelah dua dua dan buang biji
  • 50gm badam hiris
  • 3 biji telur
  • 150gm gula
  • 60gm tepung kek
  • 150ml susu
  • 150ml krim
  • 1sudu teh esen vanila
  • Garam secukup rasa
  • 20gm mentega untuk sapuan
  • 50gm krim putar
  • 10gm gula aising

CARA MEMASAK :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C.

2 .Sapukan mentega pada acuan seramik berukuran 12 inci dan ayak sedikit tepung. Tabur badam hiris dan buah ceri di bahagian tengah acuan.

IKLAN

Membuat adunan telur:

    Pukul telur dan tepung hingga sebati. Lebih mudah jika menggunakan pengisar.

3. Satukan susu, krim, gula, vanila dan garam dalam periuk. Panaskan campuran dengan api kecil sehingga gula cair.

4. Gabungkan campuran susu panas sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati. Tapis adunan tersebut.

5. Tuang adunan ke dalam acuan seramik, letakkan ceri dan badam.

6.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 40 minit atau sehingga bahagian atasnya kental apabila disentuh dan berwarna perang.

7. Keluarkan dari ketuhar untuk dan biarkan sejuk selama 15 minit.

8. Puding Clafoutis akan mengecut sedikit apabila sejuk.

9. Setelah itu, keluarkan dari acuan dan potong mengikutkesukaan anda.

10.  Susun di atas pinggan, taburkan gula aising dan hiaskan dengan krim putar diatasnya.

Saiz hidangan  : 8 orang

Masa memasak : 1 jam

Cara memasak : Bakar

IKLAN

Jenis masakan : Puding

Keistimewaan : Lebih sedap dimakan bila dihidangkan suam atau pada suhu bilik

INFO CHEF : Ceri segar boleh digantikan dengan ceri tin. Buah ceri perlu tapis jusnya dan dikeringkan di atas tuala kertas sekurang-kurangnya 5 minit. Puding ini akan tahan selama 3 hari jika disimpan dalam bekas yang ditutup rapat dan diletakan dalam peti sejuk.

MELKTERT (AFRIKA SELATAN)

Jom Ubah Selera Dengan ‘Dessert” 3 Negara. Perancis, Jepun dan Afrika Selatan…

BAHAN-BAHAN :

Bahan kulit pastri :

  • 100gm mentega
  • 20gm gula halus
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur
  • 200gm tepung gandum | campur dan ayak
  • 1gm serbuk penaik

Bahan untuk inti :

  • 250gm susu segar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji kuning telor
  • 65gm gula
  • 35gm tepung jagung
  • 80gm krim putar

CARA MEMASAK :

Cara masak kulit pastri :

1. Pukul mentega dengan gula halus hingga ringan.

2. Masukkan garam dan essen vanilla.Kacau rata.

3. Masukkan telor.Kacau hingga sebati .Akhir sekali masukkan tepung gandum

IKLAN

4. Uli hingga menjadi doh.

5. Simpan dalam peti ais lebihkurang 5 minit.

6. Akhir sekali tekankan doh dan ratakan di dalam dan keliling acuan tat dan bakar hingga masak 180°C selama 15-20 minit.

 Cara masak inti :

  1. Didihkan susu dengan kayu manis.
  2. Di dalam satumangkok ,campurkkan kuning telor ,gula dan tepungjagung .Pukul hingga sebati.
  3. Satukan susu dengan  campuran kuning telor tadi.Kacau rata.Keluarkan kayu manis .
  4. Kacau di atas api perlahan sehingga pekat.
  5. Akhir sekali masukkan whip cream dan kacau hingga sebati.
  6. Isi inti didalam acuan tat yang telah di masak tadi.Sejukkan
  7. Hidangkan dengan hiasan serbuk kulit kayu manis, gula aising dan krim putar.

Saiz hidangan  : 25 biji tat

Masa memasak : 1 jam15 minit

Cara memasak : Bakar

Jenis masakan : Tart

Keistimewaan : Sajian pencuci mulut moden yang disukai masyarakat setempat  

INFO CHEF : Melktart adalah nama Afrika Selatan untuk milk tart atau tat susu. Kulit pastri manis dengan intinya lemak berkrim yang dibuat dari susu, tepung, gula dan teluk.

Terima kasih : TAYLOR’S UNIVERSITY,1, Jalan Taylors, Subang Jaya, Selangor. https://university.taylors.edu.my/

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI