Biskut ni memang sedap. Sangat terkenal pada tahun 1980-an dulu. Boleh dianggap sebagai biskut lejen ni. Tapi dulu kalau makan kadang suka makan aising saja. Selalu kena marah dengan emak. Nah, kali ni melalui facebook, Ismail Abdul berkongsi resipi biskut lejen ni. Jomlah try buat. Boleh kembalikan nostalgia.
Ads
BISKUT LEJEN GULA AISING
BAHAN A
4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
BAHAN B
1 buku mentega
1 cawan gula
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
TOPPING ICING
500 gram gula aising
3 biji telur putih
Piping bag dan pewarna
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan garam. Ketepikan.
2. Ambil mangkuk lain. Masukkan mentega. Putarkan sampai gebu. Masukkan gula dan putar lagi.
3. Masukkan telur ayam dan esen vanila. Masukkan tepung dan garam yang sudah diayak tadi. Putar lagi.
4. Kemudian leperkan dan balut dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Kemudian leperkan jadi setebal 1 inci dan cetak guna acuan.
6. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 10 minit.
7. Untuk membuat aising, ambil satu mangkuk dan isikan gula aising dan putih telur. Kacau sehingga gebu.
8. Kemudian bahagikan kepada bahagian ikut jumlah warna yang hendak dibuat.
9. Letakkan pewarna dan kacau sebati.
10. Masukkan dalam piping bag. Paipkan atas biskut yang sudah dibakar tadi.
11. Biarkan mengeras. Siap.
Biskut batik yang sedap dan mudah dihidangkan. Selepas masak hanya perlu gulung dalam plastik dan bila sudah sejuk boleh potong ikut ketebalan yang kita suka.
BISKUT BATIK GULUNG BAHAN-BAHAN:
Biskut marie sepeket, (patah-patahkan)
480gm milo sepeket
250gm Butter/Mentega
Suku tin susu pekat (ikut citarasa anda)
Esen vanila (pilihan)
Kacang campuran (pilihan)
CARA MEMASAK:
Masukkan butter, susu, & vanila dalam kuali dan kacau rata.
Masukkan milo bila butter sudah cair sepenuhnya. Gunakan api sederhana.
Kemudian masukkan biskut dan kacang. Kacau hingga sebati.
Masukkan dalam plastik bungkus makanan dan bentukkan macam dalam gambar (langkah ini kena cepat buat sebelum adunan sejuk, kalau dah sejuk susah nak bentuk)
Masukkan dalam peti sejuk, lepas sehari dah boleh potong.
Info: Biasa buat ikut resipi ini boleh dapat dalam 7 plastik. Dalam 15 minit dah siap bungkus.
Kek Chiffon Oren ni memang sedap dan gebu. Sama seperti Kek Chiffon pandan, ia merupakan antara kek popular yang diminati dari dulu hingga kini. Teksturnya yang ringan dan gebu serta lembut dimakan membuatnya amat digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon Oren ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
Min cukup tertarik dengan resipi Kek Hummingbird dari Nor Azlita Abdul Aziz dalam blognya Azlita Masam Manis , lebih dikenali sebagai Ita . Resipinya sudah diubahsuai mengikut citasa keluarga dan dikurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan rasa manis.
Menurut catatan Azlita atau lebih dikenali sebagai Ita, kek ini cukup popular di Amerika Syarikat dan cukup diminati di sana. tapi sebenarnya ia berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an.
Menariknya sejarah kek ini nama asalnya adalah Doctor Bird Cake, ia kemudiannya dinamakan Hummingbird bertepatan dengan pemakanannya yang menghisap madu. Jadi kek ini rasanya manis dengan ramuan daripada buah-buahan dan kekacang menjadikan ia sangat enak untuk dinikmati.
Menurut Ita lagi untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesin pemutar @ mixer. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata. Pada ita pula penyediaan kek ini lebih mirip kepada kek karot.
Dalam resipi ini Itaa tak menggunakan karot atau lobak merah , sebaliknya mengantikan dengan pisang. Badam pula di gantikan dengan kacang pecan atau kekacang lain yang di rasakan bersesuaian.
Resipi asal boleh sahaja diambil dari Joy of Baking, tetapi resipi Ita ini sesuai bagi mereka yang mahukan kek yang sederhana manis bak kata Ita sedang-sedang aje.
HUMMINGBIRD CAKE
BAHAN-BAHAN :
100 gm kacang pecan | Ita campur 50 gm pecan dan 50 gm walnut
390 gm tepung gandum
300 gm gula halus | resepi asal 400 gm
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cinamon
3 biji telur | saiz A
180 ml minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanilla
227 gm nenas dalam tin | tak perlu toskan
400 gm pisang masak ranum
CARA MEMASAK :
Cara buat kek :
1.Kacang pecan walnut dibakar dahulu dalam oven pada suhu 170 selama 8 minit.Ita guna dua kacang iaitu pecan dan walnut
2. Bila dah bakar sejukkan sebentar kemudian di cincang kasar
3. Pisang pula ita guna pisang montel , yang masak ranum. Kemudian lenyek halus.
4. Nenas pula ita jangan ambil semua airnya , ita cuma ambil 2 sudu besar besar sahaja , tapi nenas tu ita tak perah. Kemudian nenas pun di cincang, dan campurkan dengan 2 sudu besar air nenas dari tin.
5. Untuk mudah sediakan kek ini, asingkan bahan kering iaitu, tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam disatukan dan ayak.
6. Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen satukan dalam satu bekas yang lain.
7. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja.
8. Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata. Bila sebati masukkan gula dan gaul lagi
9. Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah diayak tadi. Gaul hingga sebati.
10. Akhir sekali masukkan kekacang pecan dan walnut yang telah cincang.
11. Sediakan 2 loyang 8 inci, lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan mentega. Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak.
12. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing
13. Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika lidi kering , ini bermakna kek telah masak sepenuhnya. Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.
14. Sementara kita tunggu kek sejuk, sediakan Krim kejunya pula
KRIM KEJU PECAN
* gandakan adunan ini untuk lapisan dalam dan sapu keseluruhan kek
BAHAN-BAHAN :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising | diayak
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes lemon
Pecan Croqan
Bahan pecan croqan :
100 gm pecan di cincang
100 gm gula
20 gm mentega
Cara buat pecan croqan:
Masukkan pecan, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan pecan dan nampak kuning keemasan.
Tutup api dan masukkan mentega. Kacau rata hingga ia berderai dan sejukkan.
Cara buat krim keju :
Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
Tambahkan mentega, esen vanilla dan pes lemon.
Pukul adunan hingga sebati, akhir sekali masukkan pecan croqan yang telah sejuk
* Kalau tak nak gaul sekali , tabur semasa layer atas kek pun boleh
KARAMEL SOS
BAHAN-BAHAN :
113 gm mentega
120 gm whipping cream Dairy
3 sudu besar air
60 ml sirap jagung
200 gm gula halus
Cara Buat Karamel Sos :
Masak gula dan air hingga perang
Tambahkan sirap jagung syrup dan masak lagi
Kemudian masukkan whipping cream dan gaul rata
Bila dah pekat, tutup api dan masukkan mentega
Cara melayerkan kek
Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping. jadi semuanya akan ada 4 keping kek.
Letakkan kek atas lapik kek, sapukan krim keju yang telah kita sediakan tadi rata
Ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim ,simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum dihias.
Hiaskan dengan sos caramel, ikut hiasan yang anda sukai. Sedia untuk dihidangkan.an
Sumber resipi dan foto : Nor Azlita Binti Abdul Aziz
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...