Mencari makanan yang manis untuk berbuka puasa? Jom buat Popiah Pisang Berkeju. Cukup senang cara membuatnya. Hanya ambil sekeping kulit popiah, letakkan pisang, keju serta coklat cip, lipat dan goreng. Boleh juga masak menggunakan air fryer. Mudah kan? Nak hidangan bertambah lazat, gunakan Anchor Cheese Slices. Kepingan keju ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga.
POPIAH PISANG BERKEJU
Bahan-bahan:
8 keping kulit popiah
8 keping Anchor Cheese Slices
4 biji pisang – potong dadu
50gram coklat cip
150gram Anchor Unsalted Butter
Kuning telur
Cara Memasak:
Ambil sekeping kulit popiah. Letak sekeping Anchor Cheese Slices.
Letak potongan pisang dan coklat cip secukupnya.
Sapu bahagian hujung kulit popiah dengan kuning telur. Gulung kulit popiah dan rapikan.
Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Goreng popiah hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
Steamboat mudah dan teramatlah sedapnya. Rebus air dan masukkan dua jenis pes, iaitu pes tom yam dan pes asam pedas, dah menjadi pun supnya. Pastu boleh masukkan sosej, bahan mix steamboat (dalam peket) laut, cendawan dan mi segera, hmm memang mengenyangkan. Kuah ni kalau dihirup pun puas. Jom buat, mudah sangat hanya tiga langkah memasak aje. Resipi Steambot Mudah ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.
1 pes tom yam
1 pes asam pedas | Adabi ada
2 kiub ayam
1.5 liter air
1 peket Mix steamboat
Sosej secukupnya
Ikan fuchok goreng secukupnya
Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
Mi segera
1. Rebus air 1.5 liter dan masukkan 2 kiub ayam, 1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas Adabi.
2. Dah menggelegak, campurkan mix steamboat, sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
3. Dah pun siap. Senang kan.
Kredit : FB : Masak Ape Ye ?
Steambot Mudah ini menjadi pilihan kerana cara memasaknya yang ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Hanya menggunakan dua pes asas, supnya terus menjadi pekat, berperisa dan menyelerakan. Ia sangat sesuai untuk hari yang sibuk, bila kita nak makan sesuatu yang sedap tetapi tak mahu ambil masa lama di dapur. Campuran bahan seperti sosej, mix steamboat, fuchok dan cendawan menjadikan hidangan ini lengkap dan mengenyangkan.
Jika anda suka rasa lebih pedas, boleh tambahkan sedikit cili padi atau serbuk lada. Untuk sup yang lebih kaya, tambahkan sedikit susu cair atau santan bagi menghasilkan kuah ala tomyam creamy. Kalau suka lebih masam, tambah sedikit jus limau nipis sebelum dihidangkan. Kaedah ini membuatkan Steambot Mudah jadi lebih seimbang dan membuka selera.
Steambot Mudah ini sangat sesuai dihidangkan untuk keluarga atau makan bersama kawan-kawan. Hidangkan bersama cili kicap atau sos Thai untuk rasa tambahan. Anda juga boleh tambah aneka sayur seperti kobis Cina, bayam Jepun atau carrot, mengikut selera masing-masing. Jika mahukan versi lebih sihat, kurangkan bahan proses seperti sosej dan lebihkan sayur atau cendawan.
Steambot Mudah juga sangat sesuai dijadikan hidangan hujung minggu, terutama bila cuaca sejuk atau hujan. Kuah panas yang pedas masam menyegarkan, dan mi segera pula menjadikan hidangan lebih mengenyangkan. Dengan hanya tiga langkah, sesiapa pun boleh sediakan hidangan ini tanpa tekanan dapur yang rumit.
Macam ni rupanya buat Keropok Nasi. Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Mazura Esha. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
1. Rendam nasi sejuk dengan air panas selama 1 jam. Kemudian tapis. 2. Satukan semua bahan (kecuali tepung ubi) ke dalam blender. Masukkan sedikit air (cukup sekadar untuk bagi blender berputar sahaja) 3. Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi. Uli hingga jadi doh. Boleh rasa jika doh sudah cukup perasa atau tidak. Jika tidak cukup, boleh tambah. 4. Jika suka, boleh letak pewarna kesukaan. 5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan mengikut saiz kesukaan anda.
6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan keropok tadi. Masak hingga doh keropok terapung. 7. Angkat doh dan lalukan di bawah air mengalir. Toskan. Sejukkan dan simpan doh dalam peti sejuk beku semalaman.
8. Keluarkan ketulan doh keropok dan hiris nipis-nipis. 9. Susun dalam bekas bersesuaian dan jemur hingga kering. Biasa kalau cuaca panas dan matahari terik, boleh jemur dalam 2 hari.
10. Bila kepingan keropok sudah kering, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digoreng pada bila-bila masa.
Teringin nak makan Roti Titab tapi malas betul nak bangun pagi bersesak dekat Kopitiam musim Covid ni. Sedap memang kalau dapat sarapan Roti Titab ni! Nasib baiklah haritu buka Facebook ternampak resipi Roti Titab ni boleh buat lebih untuk sarapan di rumah makan bersama keluarga yang penting tak payah bangun awal pagi semata-mata nak lepak kopitiam, lepak di rumah sahaja dah boleh menikmati Roti Titab dengan tenang. Resipi Roti Titab ini dikongsikan oleh Mie Sara Abdul di Facebook mendapat perhatian saya untuk mencuba sendiri di rumah. Jom kita cuba?
RESIPI ROTI TITAB
BAHAN-BAHAN:
Roti Kosong
Butter
Kaya
Kicap Cair
White Pepper
Telur
Air untuk merebus
CARA MEMASAK:
1.Rebus air kosong dalam periuk api sehingga gelegak
2. Perlahankan api. Masukkan telur dalam periuk dlm 4-5 minit. Pastu Tutup api.
3. Rendam lagi telur tadi tanpa api selama 3minit lagi.
Cara Mie Sara Abdul, cuba ketuk telur tu dalam mangkuk lain dah puas hati telur separuh masak tu, tuang air panas tu sejukkan dengan air paip telur tadi) dan biarkan dulu.
4. Roti kosong – Sapu butter depan belakang pastu letakkan dalam kuali sampai garing.
5. Lapiskan 2 keping roti untuk lebih tebal.
6. Lekatkan 2 keping roti tadi dengan kaya.
7. Ketuk semua telur separuh masak tadi satu2 untuk setiap roti. Letak perlahan ke atas roti yang di biar garing atas kuali tadi.
8. Sapu ‘kaya’ atas 4 penjuru roti.
NOTA TAMBAHAN: Boleh juga di tambah rasa dengan kicap cair dan white pepper.
Musim perayaan Hari Raya ni ramai yang ambil kesempatan buat biskut dan kuih raya sendiri di rumah untuk dihidangkan buat para tetamu yang datang nanti. Namun, nak buat biskut perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.