Nak tau apa rahsia, kesedapan Mi Celup ini? Ia bergantung kepada sup yang disediakan kerana bahan-bahan lain hanya sekadar bahan isian pelengkap rasa. Kali ini Cikgu Afy Al Habibi tidak kedekut berkongsi ilmu dalam menyediakan sup mi celup yang menjadi kesukaan ramai bila mengunjungi restoran atau gerai makanan Siam atau Kelantan. Tak sangka, kita pun boleh sediakan sendiri di rumah. Berikut cikgu kongsikan resipinya.
RESEPI MI CELUP KELANTAN BAHAN-BAHAN: BAHAN SUP: Air secukupnya | jika kurang boleh tambah Daging secukupnya | cuci bersih , kemudian tos dan jangan hiris Tulang secukupnya | cuci bersih dan tos Perut secukupnya | dibersihkan dan tos 1 keping dada ayam | bersih dan tos 1 sup bunjut 3 pokok akar ketumbar Segenggam tauge BAHAN PERASA SUP: 1 sudu makan kicap lemak manis 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan sos ikan BAHAN ISIAN ANEKA MI: Mi Kuetiau Mi Segera Bihun Kangkung secukupnya Tauge secukupnya BAHAN PENYEDAP RASA TAMBAHAN: Gula secukupnya Garam halus secukupnya Kacang tanah goreng dan ditumbuk kasar Air lada Bawang goreng Bawang putih goreng Cili siap jeruk Sos ikan Serbuk cili flakes Limau nipis | hiris Daun sup | hiris Serbuk lada sulah
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Masukkan daging, tulang, sup bunjut dan tulang dalam periuk , masak hingga daging separuh empuk. Jika kurang air tambah lagi, ikut keperluan.
Masukkan pula perut dan isi ayam dan perasakan dengan sedikit garam ( sup tidak perlu masin) kerana semasa menghidang akan ditambah bahan sampingan lain.
Setelah isi ayam dan perut masak. Keluarkan dan toskan.
Kemudian tambah ke dalam kuah sup, kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan (tiga bahan perasa ini boleh kurang atau lebih, ikut kesesuaian kuantiti sup).
Masukkan segenggem tauge (untuk kelainan rasa sup)
Terus renehkan sup dengan api perlahan.
Daging yang dikeluarkan tadi dihiris nipis dan masukkan ke dalam bekas.
Isi ayam digoreng seketika dahulu, untuk rasa lebih sedap, kemudian carik-carik kasar dan masukkan dalam bekas. Perut dihiris kecil memanjang dan masukkan dalam bekas.
Untuk menyediakan mi, kuetiaw, mi, bihun atau mi segera, renehkan air dan celur sekejap dan toskan.
Kemudian celur pula kangkong dan tauge dengan celur angkat (tidak lama) dan toskan untuk kekalkan kerangupannya. (Untuk kekalkan kerangupan dan warna kangkong yang dicelur rendam dalam air sejuk).
Akhir sekali sediakan cara menghidangkannya, masukkan mi/kuetiau, bihun, mi segera atau bubur nasi dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup yang panas-panas ke dalamnya. Masukkan hirisan daging, perut dan isi ayam.
Kemudian lengkapkan dengan tambahankan serba sedidkit dengan penyedap rasa lain yang telah disediakan tadi.
Ads
Mi Celup sedia dihidangkan.
SUMBER: AFY AL HABIBI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu berbuka selera kampung semestinya menjadi pilihan ramai. Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian-sajian begini. Andai berkunjung ke bazar Ramadan di negeri Pantai Timur misalnya, pasti kagum melihat aneka lauk pauk berbuka yang enak dan menggiurkan. Mungkin sesetengah darinya ada yang anda tak pernah cuba. Keenakannya pula, hmmm… sukar diungkapkan dengan kata-kata. Situasi pandemik membataskan perjalanan balik kampung untuk berbuka bersama keluarga. Jadi apa kata cuba resipi-resipi ini untuk ubati kerinduan anda.
ANEKA RESIPI LAUK BERBUKA SELERA KAMPUNG INSPIRASI BAZAR RAMADAN
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
2kg daging
2 biji bawang besar | dihiris
20 sudu makan kicap lemak manis
4 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
24 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
8cm halia
30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawing
6 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
INFO CHEF: Untuk memendekkan waktu memasak, guna daging batang pinang.
2. ACAR TIMUN MASAK
BAHAN-BAHAN:
6-7 batang timun saiz besar
800ml air
12 sudu makan cuka
3 biji bawang Holland | belah 4
8 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
12 ulas bawang putih
10 sudu makan cili kisar
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan timun, belah 3 bahagian dan hiris memanjang. Buang bijinya. Rendam dalam air garam seketika.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan air dan cuka masak. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Kuih tradisional tetap menjadi hidangan popular untuk sajian minum petang atau pagi. Untuk kamu yang gemarkan kuih tempatan ini, RASA kongsikan resipi kuih yang menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah dan gerenti jadi. Selamat mencuba.
Lempeng adalah salah satu masakan yang lazim dihidang ketika sarapan. Bagi masyarakat Melayu, lempeng dimakan dengan sambal sebagai pencecah. Memang sedap apatah lagi kalau lempeng itu lembut teksturnya.
Melalui facebook, Yasmin Fami memberikan resipi bancuhan adunan lempeng menggunakan tiga bahan. Resipi ini menjadikan lempeng lebih lembut dan sangat sedap sehingga menjadi kegemaran anaknya.
LEMPENG 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
2 biji telur ayam
Air panas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Campurkan tepung gandum, telur ayam dan air panas.
2. Bancuh agak cair supaya lebih cantik lempeng itu.
3. Letak sedikit perencah Maggi Cukup Rasa jika suka.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Tuang 1 senduk bancuhan tepung tadi. Biarkan masak dan terbalikkan.
6. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.
7. Siap dihidang dengan sambal tumis ikan bilis, madu, atau mentega yang disukai.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!