Biarpun sudah penat bekerja seharian, sekembalinya di rumah terpaksa pula membuat persiapan untuk menyediakan hidangan makan malam. Kebiasaannya ia memerlukan masa yang agak lama. Rutin harian seperti ini pasti memenatkan anda. Namun tahukah anda, ada tip dan teknik yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan proses penyediaan hidangan lebih cepat dan mudah.Boleh ikut langkah berikut untuk manfaat bersama.
1. Kisar ramuan
Pastikan kisar terlebih dahulu lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia secara berasingan. Kemudian simpan di dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda ingin menyediakan hidangan, anda hanya perlu mengambil bahan tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penyediaan hidangan.
2. Siang ikan dan ayam terlebih dahulu
Pastikan ikan dan ayam yang telah dibeli daripada pasar raya di siang terlebih dahulu dan dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ini dapat membantu anda mempercepatkan proses penyediaan hidangan tanpa perlu membuang masa untuk melakukan pelbagai perkara sebelum memasak.
3. Rancang menu
Selalu fikirkan masakan yang hendak disediakan untuk keluarga lebih awal. Perancangan menu yang berjadual dapat mengelakkan anda daripada membuang masa terlalu lama untuk memikirkan menu yang ingin dimasak. Jika anda mempunyai jadual menu harian, pasti setibanya di rumah anda terus dapat menyediakan hidangan dengan serta-merta.
4. Kupas kulit
Jika anda tidak gemar mengisar bahan-bahan seperti bawang merah dan bawang putih terlalu awal untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi anda hanya perlu kupas terlebih dahulu kulit bawang dan cuci bersih. Kemudian toskan dan simpan di dalam bekas berpenutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Ads
5. Ketumbar biji dan jintan biji siap disangai
Bila hari minggu, ada baiknya ketumbar biji dan jintan biji disangai (digoreng tanpa minyak). Kemudian kisar dan simpan di dalam bekas berpenutup. Cara ini akan dapat mengekalkan aroma dan paling utama cara ini dapat membantu anda menyediakan hidangan istimewa dengan lebih cepat proses penyediaannya.
6. Adakan stok makanan dingin beku Nugget, kentang, tempura isi ikan burger, karipap dan sebagainya perlu ada di dalam peti sejuk. Menyediakan hidangan ini lebih mudah dan cepat.
Ads
7. Perapan ayam
Jika anda telah merancang untuk menyediakan menu ayam goreng pada esok hari. Sebaiknya pada malam itu anda telah gaulkan serbuk kunyit dan garam terlebih dahulu. Kemudian jangan disimpan di dalam freezer, tetapi letakkan ayam tersebut di dalam peti sejuk sahaja. Jadi setelah pulang ke rumah anda boleh terus menggoreng ayam tersebut dan ia cukup.
Sumber gambar: 123 royalty free
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi ini adalah disebabkan oleh kualiti santan yang digunakan kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi, ada tip dan petua mudah yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
CARA ELAK SANTAN CEPAT BASI
1. PILIH KELAPA BARU
foto: mobile-cuisine.com
Untuk pastikan masakan bersantan lambat basi, pilihlah kelapa yang baru dikupas dari sabut, kelapa yang betul-betul tua dan isinya putih. PAstikan juga kelapa tersebut tidak berbau masam atau busuk. Jika anda membeli kelapa di kedai, minta pekedai belah kelapa baru supaya anda tidak terbeli kelapa yang kurang baik.
2. GUNA JENIS KELAPA YANG SESUAI
Jenis-jenis kelapa juga memainkan peranan yang penting dalam mengelakkan masakan cepat basi.Jika anda ingin membuat rendang, kari, opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Ini kerana kelapa yang cukup tua mengeluarkan santan yang bagus untuk masakan serta mempunyai kandungan minyak yang banyak. Jika ingin membuat inti, sebaiknya pilihlah kelapa yang lebih muda kerana rasanya yang lebih sedap serta lembut.
3. TEKNIK PERAH SANTAN
foto: foodandremedy.com
Teknik memerah santan juga menjadi sebab santan cepat basi. Jika anda menggunakan cara tradisional, kelapa hendaklah diparut ikut arah melintang. Namun jika anda membeli kelapa yang sudah siap diparut, pastikan ia diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama bila disimpan.
4. CARA MENYIMPAN SANTAN
Sebaiknya apabila anda membeli santan segar dari kedai, segera simpannya dalam peti sejuk sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa hari. Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang bertutup rapat. Cairkan pada suhu bilik sebelum menggunakannya.
Sekarang ni banyak restoran mahu pun cafe-cafe yang menyediakan menu yang pedas berapi, dek kerana sedap ada yang sanggup tahan pedas walaupun mulut bagaikan terbakar kepedasan. Malah ada yang kata lagi pedas lagi berselera makan.
Bagi anda yang tidak tahan dengan kepedasan berapi ini, petua berikut sangat membantu dan ia sangat mudah. Caranya adalah dengan meminum jus buah. Jus buah bukan hanya boleh menuteralkan rasa pedas di mulut tetapi juga boleh menenangkan seseorang yang dalam keadaan kepedasan.
Jika anda makan di restoran atau cafe-cafe, anda disarankan memesan jus buah siap-siap sebelum makan kerana apabila pedas, terusnya minum jus yang sudah siap di hadapan mata. Semoga tip ini member manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba.
Pernah tak terfikir, minuman berais yang kita minum tu selamat tak. Ketulan ais yang di order tu biasanya datang berguni dan berkilo kilo, anda pasti ke ketulan ais dari air mentah atau air paip tu tak digunakan untuk membuat minuman.
.
Air tak dimasak memang membahayakan kesihatan, bila ketulan ais dari air tak dimasak dimasukkan dalam minuman memang boleh mencemarkan air kerana wujudnya bakteria dan kuman di dalamnya.
Tapi macam mana nak tengok beza ketulan ais yang dibuat dari air paip dengan ais yang dibuat daripada air masak. Apa bezanya ya. Cuba perhatikan ciri ini.
.
AIS DARI AIR PAIP
.
Untuk membezakan ais dari air paip dengan air masak, pertama kali perhatikan warna dia. Ais dari air paip biasanya berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas tak elok diminum kerana biasanya ia digunakan untuk menyejukkan ikan dan daging di pasar basah
AIS GUNA AIR MASAK
.
Ais dari air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepas ketika proses merebus air. Biasanya ais seperti ini disebut ais kristal. Kini ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.
Tak salah jika kita memeriksa dulu ciri-ciri ais sebelum meminumnya.
.
.
Kredit : @ Kebahagiaan & Kesihatan Dari Segi Islam
JIKA ANDA BERCADANG NAK MEMBELI PENAPIS AIR UNTUK DAPATKAN AIR YANG DIJAMIN BERSIH, BOLEH MELAYARINYA DI SINI.
Rahsia dapur tenang tanpa letupan! Ketahui 6 bahan semula jadi paling berkesan untuk elak minyak meletup ketika goreng ikan. Petua mudah, murah dan selamat yang wajib cuba di dapur anda.