Bahan-bahan memasak seperti lengkuas, kunyit, halia dan serai sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
Serai
Lengkuas
Kunyit
Halia
Bekas berpenutup
Air bersih
CARA-CARA:
Ads
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
Ads
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
Ads
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kredit gambar & petua: Myra AR via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak tahu petua masak telur rebus? Telur rebus ni mudah sahaja cara memasaknya tetapi disebalik menu mudah ini terdapat pelbagai masalah yang biasa kita hadapi yang kadang-kadang buat kita rasa geram je. Ada ramai yang gagal nak masak telur rebus yang sempurna.
Antara masalahnya ialah telur mudah pecah sewaktu direbus, susah dikupas, telur menggerutu dan tak berapa masak. Jika anda seorang peniaga Nasi Lemak dan selalu rebus telur dalam jumlah yang banyak, andai berlaku masalah-masalah ini tentunya akan membantutkan masa dan merugikan.
Min ingat lagi dulu-dulu pernah terbaca petua untuk dapatkan telur rebus yang sempurna, kena letak bers lah, rendam air sejuk lah. Macam-macam. Ada yang berhsil dan ada juga yang tak menjadi. Naik geram juga kita. Paling tak suka bila telur pecah waktu rebus. Habis seperiuk jadi bersalut.
Menerusi perkongsian saudari Basiroh Kz, beliau kongsikan petua yang diperolehi dari kenalan dari Indonesia. Menurut beliau sebelum ini beliau memang selalu gagal bila masak telur rebus tetapi bila sudah tahu petua ini, masalah yang terjdi sebelum ini sudah tidak berulang lagi.
Jadi beliau bermurah hati untuk berkongsi petua tersebut bersama orang ramai. Jom lihat cara-caranya.
CARA MUDAH REBUS TELUR SUPAYA MASAK SEMPURNA & MUDAH KUPAS
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1.Masukkan garam halus dan cuka ke dalam periuk.
2.Masukkan air. Paras air pastikan menggelami telur.
3.Terus masukkan telur dan masak hingga mendidih. Tidak perlu tunggu air mendidih dulu baru masukkan telur. Masukkan terus sejak dari awal.
4.Rebus telur selama 10 minit sahaja.
5.Cukup masa, padam api dan buang air rebusan.
6. Teknik untuk mudah kupas kulit telur: ketuk kulit telur menggunakan belakang sudu. Ketuk-ketuk manja sahaja hingga retak kulitnya. Barulah mudah untuk dikupas.
Sebut sahaja limau, ada pelbagai jenis yang terbayang di fikiran. Namun untuk limau yang biasa diguna dalam masakan Melayu, ada tiga jenis dimana ia digunakan untuk tujuan aroma dan rasa dalam masakan. Ketiga-tiga jenis limau itu tidak lain tidak bukan adalah Limau Nipis, Limau Purut dan Limau Kasturi.
Walaupun semuanya digunakan di dalam masakan, namun ada juga yang tidak bersesuaian. Nak tahu apa yang membezakan limau-limau ini? Jom baca.
FIZIKAL DAN TEKSTUR:
Sekali pandang, ketiga-tiga limau ini kelihatan hampir sama dari segi rasanya iaitu masam dan berwarna hijau. Namun ada sedikit beza.
Limau Purut dan Limau Kasturi berwarna hijau lebih pekat berbanding Limau Nipis yang biasanya berwarna hijau muda atau hijau kekuningan.
Dari segi saiz, Limau Kasturi paling kecil manakala Limau Purut dan Nipis hampir sama saiznya namun tekstur kulit Limau Purut bergerutu berbeza dengan Limau Nipis dan Kasturi yang lebih licin.
JUMLAH AIR DAN WARNA AIRNYA:
Bila dibelah kesemuanya hampir sama, tapi jumlah air dan warnanya tidak sama. Limau nipis dan Purut, airnya berwarna hijau cerah dan jernih sedangkan Limau Kasturi hijau kekuningan.
Bila diperah jumlah airnya juga berbeza. Limau Kasturi paling banyak, diikuti Limau Nipis dan Limau Purut paling sikit airnya.
FUNGSI DALAM MASAKAN:
Ketiga-tiga air limau ini mempunyai rasa masam, namun rasa masam itu tidak sama. Limau Kasturi lebih masam tapia da sedikit manis berbading Limau Nipis dan Purut. Sebab itu Limau Kasturi lebih banyak dicampur dalam masakan seperti sambal belacan. Malah lulitnya juga dicampur bersama bagi menaikkan keenakan rasa.
Sementara itu, Limau Nipis biasanya diambil airnya sahaja. Kulitnya jarang digunakan di dalam masakan kecuali diparut nipis pada bahagian hijaunya untuk ditambah dalam adunan kek.
Bagi Limau Purut pula, amat jarang ia digunakan dalam masakan. Mungkin ada namun tidak secara menyeluruh. Biasanya daun pokok limau ini lebih banyak digunakan dalam masakan berbanding dengan buahnya.
Limau Nipis dan Limau Purut juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan mahupun organ dalaman.
Banyak gunanya limau-limau ini. Namun jangka hayatnya tidak terlalu lama membuatkan ia cepat busuk atau kering, Jangan risau, boleh simpan guna petua-petua di bawah ini. Kalau nak tanam pun ada petuanya. Selamat mencuba & moga bermanfaat buat semua.
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
HALIA
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!