Ada yang suka sup ikan? Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sup ikan siakap yang sangat sedap. Resipi ini dikongsikan oleh Haerme Abd Rahman di facebook group RASA Share Resepi. Jom cuba.
BAHAN REMPAH SUP HOMEMADE
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih dan jintan manis
1/2 sudu kecil lada sulah biji dan lada hitam
4 biji cengkih
2 helai daun salam
2 ulas bawang putih kering
1 inci halia kering
2 kuntum bunga lawang
CARA BUAT REMPAH SUP HOMEMADE
Sangai semua bahan dan kisar kering.
BAHAN SUP
300 gram tulang lembu
2 inci halia (diketuk)
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 sudu besar rempah sup homemade
2 biji tomato (potong kecil)
3 tangkai daun sup dan daun bawang
Garam secukup tasa
1 ekor ikan siakap
1 biji limau nipis
Daun sup, daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
6 tangkai cili padi
Ads
CARA MEMBUAT SUP
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu kemudian masukkan halia. Biarkan mendidih.
.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bawang putih, bawah merah dan halia sehingga sedikit garing.
3. Masukkan rempah sup homemade. Tumis lagi.
4. Kemudian masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan tulang tadi.
Ads
5. Masukkan tomato dan daun sup yang disimpul. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih lagi.
6. Masukkan ikan. Terus tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam keadaan ini selama 15 minit.
7. Kemudian perah limau nipis, tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
.
Sedapnya Puding Milo Oreo. Jika dimakan sejuk-sejuk, pastinya sangat menyegarkan. Resipi yang dikongsi oleh saudari Fauziah Yahya ini pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Memang ‘ngam’lah. Malah beliau juga berkongsi perua membuat puding ini supaya setiap lapisannya melekat elok dan tidak terpisah bila dipotong. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
CARA MEMBUAT PUDING MILO OREO SEDAP & MELEKAT SEMPURNA
CARA MEMASAK: 1.Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. 2.Kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan hingga larut baru masukkan susu cair. Masak hingga mendidih. Kacau betul-betul ya. 3. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo. Kacau hingga sebati. 4. Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk adunan Milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk elak agar2 membeku. 5. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua Oreo.
6. Apabila permukaan agar-agar putih oreo sudah mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar milo. (puding akan ada 3 lapisan) 7. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah dingin baru masukkan dalam peti sejuk.
TIP UNTUK MELAPIS SUPAYA PUDING MELEKAT SEMPURNA
1.Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya. 2. Jika sudah mengeras, guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya. 3. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.
Mood berhari raya masih belum habis. HUjung minggu masih dipenuhi dengan undangan rumah terbuka. Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Kuih cara berlauk, makan bila-bila pun sedap. Kalau dah tak tahu menu apa nak makan malam ni jom kita buat kuih cara berlauk. Penuh dengan inti, pedas dan cukup rasa.
Kuih cara berlauk Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 cawan santan 1/2 cawan air Secubit garam Secubit gula – optional 1 sudu besar marjerin 1 titik pewarna kuning
Cara membuat: 1.Kisar semua bahan hingga sebati, tapis dan masukkan dalam jug kecil.
Bahan inti: 1/2 pek daging kisar 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 sudu besar rempah kari daging-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI 1 kiub pati ikan bilis (saya guna 1 sudu kecil secukup rasa) Garam secukupnya
Hiasan: Daun sup/bawang-dihiris halus Cili merah- dihiris halus
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, tumiskan bawang. 2.Dah layu masukkan serbuk kari. 3.Masukkan daging. 4.Biarkan daging masak seketika dan masukkan serbuk lada hitam, secukup rasa dan garam. 5.Dah masak tutup api, ketepikan. 6.Sediakan bekas untuk kuih cara, saya guna acuan tart. 7.Letakkan sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. 8.Letakkan inti daging, daun sup/daun bawang dan cili. 9.Panaskan oven suhu 180. 10.Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. 11.Siap untuk dihidang. Kredit: Hidayati Hana
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!