Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Ads
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Ads
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Ads
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kuah kacang memang enak dimakan dengan nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan. Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba dan beberapa daripadanya dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah ini.
TIP HASILKAN KUAH KACANG SEDAP
Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak.
Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh..
Banyak resipi kuah rojak tak tahu nak pilih yang mana, masih tercari-cari resipi kuah rojak buah yang sedap. Cuba buat resipi akak ni yang sudi kongsikan petuanya hasil beliau buat berniaga. Mestilah sedap kalau asik kena serbu jerkan. Jom cuba!
Garam ni ada pelbagai jenis. Meh kita imbas balik pelajaran Sains kat sekolah dulu. Ya garam terdiri daripada dua elektrolit iaitu klorida dan natrium. Kita semua memang dah sedia maklum garam ni memang tak boleh dimakan berlebihan, boleh darah tinggi dibuatnya.
Foto Kredit : thinkstock
Tapi kalau takde langsung, habislah tawar hebeh masakan Jadi penting untuk anda mengetahui bagaimana caranya memilih garam yang tepat bagi kesihatan anda. Pilihan di tangan anda, jom kita kenali jenis-jenis garam yang ada dalam dunia masakan ni..
1. Garam Batu (Rock Salt)
Foto kredit :gourmetfoodstore.com
Garam batu ni juga dikenali sebagai Sendha Namak dan dalam bahasa Inggerisnya Rock Salt. Ia adalah jenis garam paling murni (semulajadi) yang tidak memiliki komponen kimia dan lingkungan pencemaran. Garam ini mengandung lebih sedikit natrium klorida dan mengandung berbagai nutrisi seperti potassium, tembaga dan kalsium.
2. Garam Laut
Foto Kredit : thinkstock
Hasil dari pemeluhwapan (sejatan) air laut, garam laut pun terhasil. Garam yang kaya akan mineral seperti potasium, magnesium, kalsium dan zat besi ini berguna untuk meningkatkan cita rasa makanan.
Dapatkan pelbagai jenis garam dan produk organik lain di Love Earth:
3. Garam Meja
Ini adalah jenis garam industri yang melalui proses penyulingan menjadi 99 persen natrium klorida. Selain sifatnya yang mudah larut garam yang kaya akan kandungan sodiumnya ini adalah jenis garam yang paling umum digunakan di rumah.
4. Garam Rendah Sodium
Kredit Foto : thinkstock
Garam jenis ini amat sesuai untuk pesakit darah tinggi. Dengan bahan potassium sebagai bahan utamanya membuat kandungan sodium dalam gula jenis ini hanya 30 persen.
5. Garam Kosher
Teksturnya yang kasar dan tidak megandung zat aditif apapun menjadi daya tarik garam ini. Istilah garam kosher sendiri, diberikan oleh orang Yahudi yang biasa menggunakan garam jenis ini dalam olahan dagingnya.
6. Garam Merah Jambu Himalaya
Garam pink Himalaya ditemukan di Pergunungan Himalaya, Pakistan. Garam ini jauh lebih sihat daripada garam biasa kerana ia mengandungi sedikit sodium. Warna merah muda pada garam ini berasal dari kesan mineral di garam, seperti magnesium, potassium dan kalsium.
7. Garam Celtic
Garam berwarna abu ini diambil dari dari laut Celtic di pantai Barat Laut Prancis. Rasanya kurang masin daripada garam biasa yang digunakan serta tiada penggunaan kimia. Garam ini lebih alami dan mempunyai khasiat mineral di dalamnya.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...