Malas nak berasap-rasap atau mengeluarkan ketuhar, korang boleh juga bakar ikan guna kuali, tak ada masalah. Jangan takut ikan akan hangus atau lekat dan tak sedap macam bakar guna pemanggang. Ikut je petua yang RASA nak kongsikan ini. Ia mudah dan paling penting ianya lebih sihat kerana rendah kalori jika dibandingkan dengan ikan yang digoreng.
Guna Kuali Non Stick
Sekarang ramai yang mempunyai kuali non stick atau kuali tak melekat, jadi manfaatkan kuali ini untuk memanggang ikan. Bila tidak melekat, ikan lebih mudah diterbalikkan dan kulit lembutnya juga tidak akan melekat pada permukaan kuali. Sebagai cadang sebaiknya, guna kuali lebih lebar dari ikan.
Sapukan Kuali Dengan Sediki Minyak
IKLAN
Sapukan sedikit minyak , mentega atau margarin pada permukaan kuali, ia akan memberikan hasil ikan panggang akan lebih cantik, berkilat dan tanpa ada kesan kulit terkopek. Anda juga boleh sapukan sedikit mentega pada ikan , selain sebagai penambah rasa, ia membantu melindungi kulit ikan dari terlalu kering atau hangus.
Guna Api Kecil
Pastikan anda guna api kecil kerana api besar tidak membantu ikan masak cepat atau sempurna, sebaliknya ikan akan cepat hangus sedangkan isi dalam masih mentah. Sebagai saranan, panaskan kuali dengan api sederhana, bila kuali sudah panas, kecilkan api dan mulakan proses memanggang ikan.
IKLAN
Tos Ikan Sebelum Dipanggang
Apapun bahan perencah yang anda gaulkan dengan ikan yang ingin dibakar, anda perlu toskan ikan sebelum sedia diletakkan dalam kuali, ini kerana ikan yang basah akan menyebabkan kalu lembab dan anda akan mengambil lebih masa uantuk memanggang.
IKLAN
Terbalikan Ikan Bila Bahagian Bawah Sudah Masak
Isi ikan adalah lembut ia mudah hancur jika kerap dibalik-balikkan. Oleh itu balikkan bila bahagian bawah sudah masak. Cara mudah untuk memastikan ia masak atau tidak, Angkat ikat menggunakan senduk. Jika belum masak letakkan semula dan bila masak terus terbalikkannya.Sebagai saranan , semasa proses memanggang jangan tinggalkannya atau bersambil kerja lain yang jauh dari dapur, bimbang ikan akan hangus.
Senangkan, anda boleh gunakan ikan kegemaran anda, namun yang terbaik adalah menggunakan fillet ikan seperti salmon, tuna, siakap dan dori. Selamat mencuba!.
Macam tak percaya je stok ayam serbuk boleh buat sendiri secara homemade, biarpun pembuatannya sedikit rumit, tetapi dari mengguna perasa tambahan segera, lebih baik buat sendiri stok ayam serbuk sendiri demi kesihatan anda dan keluarga. Berikut RASA kongsikan resipi dan cara yang perlu korang boleh buat untuk menghasilkan serbuk perasa ayam sendiri di rumah.
.
STOK AYAM SERBUK BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam tanpa kulit
100gm lobak merah | dadu halus
25 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
Kisar semua bahan tanpa air menggunakan foof processor atau pengisar kering.
Kemudian goreng sangai (goreng tanpa minyak) hingga kering.
Masukkan bahan sangai ke dalam loyang kemudian bakar dalam ketuhar dengan sekali sekala kacau, supaya garing sekata dan tidak hangus.
Setelah garing kisar menggunakan mesin pengisar kering biasa.
Kemudian masukkan semula ke dalam loyang dan bakar seketika untuk memastikan ia betul-betul kering.
Biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas atau botol kedap udara.
Setuju tak kalau dikatakan makanan sedap belum tentu baik untuk kesihatan. Contohnya makanan yang dimasak dengan cara goreng, ia memang sedap dan rangup tapi kandungan minyak yang terperangkap dalam makanan bergoreng itu yang tidak elok. Maknanya kenalah korang kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Berikut beberapa rahsia korang boleh cuba untuk kurangkan minyak dalam masakan.
Goreng Cara Tumis/Sautee:
Tumis atau sautee adalah satu teknik menggoreng menggunakan minyak sedikit yang mengabungkan banyak bahan dalam satu tumisan. Tetapi bahan-bahan mesti dipotong kecil dan dimasak sekejap. Contoh tumis sayur-sayuran.
Guna Kuali Non Stick:
Sekarang terdapat pelbagai jenis kuali jenis tidak melekat yang sangat praktik digunakan kerana anda tidak bimbang ikan yang digoreng lekat bila diterbalikkan dan membantu makanan yang digoreng masak sekata. Mudahkan?
Gunakan Oil Mister
Teragak-anak nak tuang minyak dalam kuali? Cara paling selamat adalah menggunakan oil mister atau menggunakan penyembur minyak. Ia seperti cooking spray. Di mana korang Cuma perlu semburkan minyak dalam kuali dan terus goreng atau tumis makanan. Lebih jimat dan sihatkan.
Gunakan Air Fryer
Air fryer adalah alat menggoreng yang menggunakan suhu udara panas untuk memasak bermacam bahan masakan tanpa menggunakan minyak langsung.. Apa yang perlu anda lakukan hanya setkan waktu memasak dan tekan butang. Paling mudah!.
Kanak-kanak sukakan ubi kentang goreng. Namun jika beli yang ‘readymade’, biasanya kandungan garam serta lemaknya agak tinggi. Jika anak-anak nak makan hidangan ni setiap hari, pastinya ia boleh menjejaskan kesihatan. Untuk tidak menghampakan permintaan anak, anda boleh cuba hasilkan sendiri kentang goreng homemade ni di rumah. Namun bila buat sendiri, masalahnya ialah kentang yang anda masak akan menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur. Kecewa kan? Kalau anak-anak cerewet, pasti tak nak makan. Ada petua yang boleh dicuba untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik. Anda boleh cuba.
CARA MASAK KENTANG GORENG HOMEMADE YANG SEDAP & TIDAK LEMBIK
1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin. Ia menunjukkan ubi kentang ini masih baru, tiak lembik dan segar.
2. Untuk menyediakan kentang goreng, kupas dan potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.
3. Rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.
4. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan airnya. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air.
5. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap.
6. Goreng secara ‘deep fried’. Angkat, toskan lebihan minyak dan sedia untuk dinikmati.