Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk masakan apa sekali pun kalau cukup asam garam ia memang terbaik. Bak kata orang dulu-dulu mak mentua lalu di belakangpun tak perasan.  Apa kata, korang padankan cili untuk masak beberapa jenis sambal ikan yang kering dan garing. Gerenti terangkat sedapnya, semakin pedas kian berselera, tak percaya cuba empat sambal ikan yang RASA kongsikan ini.

KERISI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan kerisi | buang sisik dan bersihkan
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  •  Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • 20 biji cili padi | hiris

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan kerisi yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan cili, kacau rata.
  5. Masukkan pula air asam jawa, kecilkan api dan terus kacau.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api dan masukkan ikan dan gaul rata.
  8. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

SAMBAL  CILI PADI  KERING IKAN SELAR

BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 ekor ikan selar | siang dan bersihkan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 15 biji cili padi
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan  ayam dengan  garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumikan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan air asam jawa.
  5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
  7. Ikan sedia dihidangkan panas-panas.

 IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ketul ikan tongkol yang telah direbus

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

CAR MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi.
  6. Gaul rata dan tutup api.
  7. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.

IKAN ANAK TAMBAN  GORENG CILI BAWANG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan kering Tamban | basuh dan toskan
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih titik
  • 2 biji  cili merah
  • 8 biji cili padi
  • Sedikit gula
  • Garam jika perlu
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit, tumis bawang putih, bawang merah serta cili merah dan cili padi.
  3. Tumis hingga wangi dan layu.
  4. Masukkan ikan masin. Kacau rata.
  5. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam bersama gula secukupnya.

 

Komen anda