Lepas ni kalau korang makan apa sahaja jenis limau, jangan buang kulitnya kerana buah yang kaya dengan vitamin C ini, kulitnya juga boleh dimanfaatkan untuk dipelbagaikan kegunaannya di dapur anda. Untuk membuktikannya, anda kena cuba.
Menyegarkan Ruang Dapur
Ads
Limau terkenal dengan aroma yang menyegarkan, oleh itu jangan sia-siakan kulitnya , kupas dengan elok kemudian letak di beberapa sudut dapur. Dengan cara ini ia aromanya akan menyegarkan ruang dapur.
Menghalau Serangga
Selain menghasilkan aroma segar, kulit limau juga boleh menghalau serangga seperti lipas dan semut. Ia kerana serangga ini tidak menyukai aroma sitrus, jadi anda boleh letakkan kulit limau di tempat-tempat spot serangga. Berita baiknya anda tidak perlu keluarkan duit untuk halau serangga.
Menuteralkan Bau Tidak Menyenangkan
Ads
Ada bau tidak menyenangkan di ruang dapur kerana sampah basah terlupa buang atau bau hanyir selepas anda cuci ikan atau ayam. Maka penyelesaian mudah adalah dengan meletakkan kulit limau di beberapa sudut dapur, secara tidak langsung bau kulit limau akan menuteralkan bau hanyir atau tidak sedap di dapur anda.
Membersihkan Ketuhar
Bahagian dalam ketuhar kerap kotor terutama selepas anda memanggang ikan, ayam atau sebagainya. Cara paling mudah membersihkannya adalah dengan menggosokkan kulit limau yang masih segar di bahagian dalam ketuhar kotor, kemudian bersihkan dengan kain lap basah. Masakan kesan memanggang segera hilang.
Ads
Diharapkan dengan lima mafaat mengujakan dari kulit limau . Maka selepas ini jangan dibuang kulit liamu selepas memakannya.
Langgan Rasa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kain pengelap atau kain lap memang sangat penting dan perlu ada di dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan sisa kotoran, sisa minyak masak dan sebagainya. Bila dah diguna untuk mencuci kotoran, kesan yang melekat itu tentunya agak susah dibersihkan.
Ada kalanya, walau dibasuh dengan sabun yang banyak, kain pengelap tetap kelihatan kurang bersih dan berbau. Khas untuk anda, RASA kongsikan satu petua mudah yang mampu menjadikan kain pengelap anda kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Jom cuba.
Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawang putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging.
Ketuk Atau Tumbuk Daging Hingga Nipis
Ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 tangkai cili kering
300ml air kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika. 2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk. 3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan. 4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis. 5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja. 6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing. 7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging. 9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MASAK DENDENG DAGING, JOM LAYARINYA DI SINI.
Tidak kira kerabu mi segera, somtam, kerabu sotong atau apa sahaja kerabu atau salad Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan lima tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15 minit siap dan gerenti super sedap.
Bahan mesti segar.
Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.
Bahan yang dimasak, perlu dipanggang atau dicelur tidak terlalu lama.
Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.
Bancuh sos secara berasingan.
Semua bahan sos seperti hirisan cili, jus limau, cuka garam, sos cilia tau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.
Segera dihidangkan
Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.
Penyedap rasa yang unik
Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.
Untuk menikmati keenakan rasa sebenar kerabu Thai, ini RASA kongsikan Kerabu Sotong yang ringkas dan sedap, 15 minit siap.
SALAD SOTONG DAUN PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Kemudian masukkan sotong. Gaul rata
Masukkan pula hirisan bawang serai, daun bawang dan pudina.
Gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.