Korang suka makan Bubur Kacang Hijau, tapi selalu ambik masa nak rebus kacang hijau tu kan. Sebenarnya masalah ini boleh selesai dengan cara ikut tip yang RASA kongsikan ini. Boleh cuba sebab mudah sangat.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Ads
Masukkan Kacang Bila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Api Sederhana
Disarankan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Ads
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Ads
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bawang merah memang jadi bahan asas memasak hampir setiap hari. Jaranglah masakan tak gunakan bawang.
Dan bukan bawang saja yang berguna, malah kulit yang selalu kita buang itu juga ada kegunaannya terutama untuk tanaman.
Berguna untuk yang suka bercucuk tanam
Bagi yang suka bercucuk tanam di rumah boleh gunakan kulit bawang ini untuk kesuburan pokok sayur.
Caranya:
1. Selepas mengupas bawang merah, kumpul kulitnya.
2. Letakkan dalam besen dan tuangkan air. Rendam semalaman.
3. Keesokan hari gunakan air ini untuk menyiram atau menyembur tanaman.
4. Selain itu boleh juga tabur terus kulit bawang ini dalam pasu tanaman.
Manfaat kulit bawang pada tanaman
Bantu pokok jadi lebih subur.
Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah selain membunuh hama serangga pokok.
Sumber: Hazimah lmn Ismail lmn Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Ramai yang menanam pokok kunyit di laman rumah memandangkan bahan ini banyak digunakan dalam masakan. Jika pokok kunyit sudah membiak banyak apa kata tuai dan buat sendiri serbuk kunyit.
Serbuk kunyit yang dihasilkan sendiri sememangnya ada kelebihan, dah tentu asli, tak menggunakan pengawet dan bahan kimia lain. Caranya boleh ikut seperti dikongsi oleh Sue Tiez yang turut menghasilkan sendiri serbuk kunyitnya.
Buat sendiri serbuk kunyit
Beberapa hari lepas saya ada tuai kunyit dan cuba buat serbuk kunyit sendiri. Inilah hasilnya. Dapatlah satu botol serbuk kunyit dari isi kunyit yang tak seberapa jumlahnya itu.
Warna dan aroma kunyit buatan sendiri lebih terang dan wangi. Yang pasti ia lebih bersih dan bebas bahan pewarna, bebas pengawet dan asli.
Cara buat:
1. Cuci bersih kunyit, guna berus. Tak perlu kupas kulitnya. Kalau guna berus pasti bersih.
2. Potong nipis-nipis dan jemur hingga kering di bawah panas matahari. Nak cuba keringkan guna oven atau air fryer pun boleh.
3. Selepas kunyit betul-betul kering gunakan pengisar untuk bahan-bahan kering dan kisar kunyit tadi sampai halus.
4. Kemudian tapis guna pengayak tepung. Kalau perlu ulang beberapa kali proses ini sampai dapat serbuk kunyit yang dikehendaki.
Nak pakai sikit tapi dah dibungkus kuantiti banyak jadi terpaksa beli juga. Ini masalah biasa bila menggunakan daun bawang dan juga daun sup dalam masakan. Sudahnya lebihan jadi lembik dan buruk bila tak disimpan cara yang betul.
Bagi memastikan lebihan daun bawang dan daun sup ini tidak membazir dan merugikan boleh gunakan cara yang dipraktikkan oleh Zanariah Zain ini. Kaedah ini katanya membolehkan daun-daun ini tahan lama hingga berbulan-bulan.
1. Basuh daun sup dan daun bawang yang mahu disimpan. Toskan.
2. Kemudian hiris siap-siap daun ini.
3. Tuang sedikit minyak masak lalu gaulkan dengan daun bawang atau daun sup hingga rata.
4. Masukkan dalam bawang yang siap digaul ini ke dalam bekas atau ziplock dan simpan dalam freezer.
5. Fungsi minyak tadi adalah untuk memastikan ia hirisan daun tadi tidak melekat antara atu sama lain dan memudahkan kita mengambilnya dalam kuantiti yang diingini.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.