Setelah makan besar hari cuti panjang dengan segala makanan berlemak dan berminyak, hari ini apa kata anda cuba pula menu yang lebih sihat namun sedap dan mudah disediakan. Jika ingin mencuba, berikut dua jenis menu ikan yang tak sampai 15 minit siap. Sesuai sangat bila dah kembali bekerja ni.

Ini 2 Menu Ikan, Rebus-Rebus Je Pun Sedap.

 IKAN KERISI TUMIS PINDANG  TERUNG TELUNJUK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 ekor ikan kerisi | buang sisik, bersih dan tos
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 batang bunga kantan | belah dua
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 4 biji terung telunjuk | belah dua tidak putus
  • 1 batang serai | titik
  • 1 hiris lengkuas | titik
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10 biji  cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan air, asam gelugor, bunga kantan, serai dan lengkuas.
  3. Setelah mendidih masukkan ikan dan terung telunjuk.
  4. Selepas beberapa minit perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, ikan sudah masak , terung empuk. Tutup api dan masukkan tomato.
  6. Singgang sedia dihidangkan.

Ini 2 Menu Ikan, Rebus-Rebus Je Pun Sedap.

IKLAN

ASAM REBUS IKAN SUSU

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 hirisan lengkuas | titik
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 batang bunga kantan | belah dua
  • 5 tangkai daun kesum
  • 4 biji kacang bendi
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
  3. Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
  6. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI