Bosan dengan  asyik ulang lauk yang sama? Ini  RASA nak kongsi tiga resipi yang simple dan  sedap, Ayam Cili Daun Selasih,  Daging Goreng Berempah Bersama Nanas dan Kupang  Tumis Tauchu Bersama Sawi Cina. Bolehlah dijadikan hidangan untuk makan tengahari atau malam yang ringkas bersama keluarga.

Jom Masak 3 Menu Ringkas & Sedap Tengahari Ni.

AYAM CILI DAUN SELASIH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil
  • 15 helai daun selasih
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 2cm belacan | jika suka
  • 4 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
  7. Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
  8. Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.

Jom Masak 3 Menu Ringkas & Sedap Tengahari Ni.

KUPANG TUMIS TAUCU BERSAMA  SAWI AIR

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kupang | bersihkan dan tos
  • 250gm sawi air | ambil pucuk dan daun sahaja
  • 2 sudu makan tauchu | kisar
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 6 biji cili padi | titik
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Sedikit perasa dan gula

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering dan taucu terus kacau. Kemudian masukkan kupang.
  3. Setelah kulit kupang berubah warna dan terbuka. Masukkan sawi air dan terus kacau.
  4. Akhir sekali perasakan dengan sos tiram, garam dan perasa secukup rasa.
  5. Kacau lagi seketika , kemudian tutup api.
  6. Kupang sedia dihidangkan.

 Jom Masak 3 Menu Ringkas & Sedap Tengahari Ni.

IKLAN

DAGING GORENG BEREMPAH  BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging batang pinang | hiris nipis
  • 200gm nanas dalam tin
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu makan  serbuk cili
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • Sedikit cili benggala merah dan hijau | potong dadu
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1/2  sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak secukupnya

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan hirisan daging yang telah dicuci dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, daging hingga berubah warna. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis rempah penumis bersama hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  4. Setelah wangi masukkan pula campuran rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Masukkan cili benggala dan gaulkan rata dengan daging yang ditolak ke tepi tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI