Ubi rebus yang dinikmati bersama dengan sos karamel manis yang diperbuat dari gula melaka. Untuk rasa lebih enak, boleh juga dihidangkan bersama santan.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 batang ubi kayu bersaiz sederhana
250gm gula perang
100gm gula Melaka
1 helai daun pandan
400ml air
Ads
CARA MEMASAK:
Ubi kayu dibersihkan dan dibuang kulit. Potong sepanjang 10cm.
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam periuk yang bersesuaian.
Rebus sehingga ubi empuk dan gula menjadi pekat. Kacau bahagian bawah bagi mengelakkan gula menjadi hangus.
Setelah ubi empuk, angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom sesekali kita cuba buat sarapan berbeza sikit. Asyik makan nasi goreng je kan. Jom try roti bawang putih dengan sup cendawan.
Bahan Roti Bawang Putih
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
Cara membuat
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
Bahan Sup Cendawan
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum
Cara membuat
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.
Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.
BINGKA DURIAN PALING SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak.
3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.
Donut red velvet, donut yang tengah viral sekarang ni. Tak susah pun cara nak membuatnya, kerana kaedahnya sama seperti membuat donut biasa.
Resipi yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad ini, menggunakan emulco red velvet bagi menambahkan lagi warna red velvet pada donut.
DONUT RED VELVET
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum 1 sudu besar yis instant 1 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar emulco Red Velvet ¾ cawan air suam Secubit garam 1 sudu besar marjerin
1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin. Gaul dan uli sampai sebati. 2. Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap 30 minit – 1 jam.
3. Bentukkan jadi donat guna acuan/tangan. Perap lagi 20-30 minit. 4. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Siap untuk dihidang.
Kunafa Moden semakin popular dengan pelbagai perisa seperti Biscoff, Nutella dan Red Velvet. Namun adakah trend viral ini menghilangkan identiti asal kunafa dan menjadikannya makanan sampah?