Ramai diantara kita pasti meminati makanan yang berasaskan coklat terutamanya kanak-kanak. Jadi, sekali-sekala boleh lah kita variasikan menu coklat ni jadikan ia lebih menarik dan enak!
WOOPY PIE
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega bergaram
200gm gula perang
1 biji telur gred A
260gm tepung serbaguna
60gm serbuk coklat
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
250gm yogurt asli
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan air suam
BAHAN INTI:
250gm krim keju
1 cawan krim putar
4 sudu makan gula kastor
CARA MEMBUAT: 1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt. 2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati. 3. Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150˚C. 4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chiller dengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan. 5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa pai yang berlemak dan sedap dimakan ketika minum petang Anggaran perbelanjaan: RM40
INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju
ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN INTI:
Ads
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
BAHAN GANACHE:
2/3 cawan cip coklat
1/2 cawan krim putar
CARA MEMBUAT: 1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak. 2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur. 3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda. 4. Bakar pada suhu 170˚C selama 20 minit. 5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan. 6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 50 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa manis inti eclair sesuai digabungkan dengan ganache coklat Anggaran perbelanjaan: RM45
INFO CHEF: Selain menggunakan ganache, anda juga boleh membuat fruit compote untuk diletakkan atas eclair.
NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
250gm mentega asli
70gm gula aising
1 sudu teh garam
BAHAN TOPPING:
Ads
226gm krim keju
226gm krim putar
2 sudu makan gula
170gm nutella
CARA MEMBUAT: 1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150˚C. 2. Untuk membuat topping pula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan. 3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa manis nutella digabungkan dengan kulit tat yang rangup Anggaran perbelanjaan: RM50
INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
130gm gula perang
150gm oat
170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
Ads
160gm coklat gelap
80gm krim putar
40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb
50gm emping badam
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan cake crumb dan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan. 2. Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan. 3. Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap. 4. Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumb dalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya. 5. Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi. 6. Bakar pada suhu 150˚C selama 30 minit.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 45 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Rasa coklat dan nutella yang kuat Anggaran perbelanjaan: RM40
INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
250gm gula perang
3 biji telur
310gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm cip coklat
CARA MEMBUAT: 1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati. 2. Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan. 3. Kemudian dibakar pada suhu 150˚C selama 40 minit.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Bakar Keistimewaan: Gabungan rasa kek dan brownies yang sedap Anggaran perbelanjaan: RM30
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sesiapa yang nak buat mi kuning sendiri di rumah tapi tak ada mesin untuk buat mi, jangan risau, boleh cuba resipi ini. Mi tetap menjadi persis yang dibeli di kedai. Mi yang dibuat secara manual ini, lagi puas hati kerana boleh ikut ketebalan yang anda inginkan. Saudari Siti Aisyah ada kongsikan resipi dan cara-caranya. Jom cuba!
CARA BUAT MI KUNING HOMEMADE TANPA MESIN
BAHAN-BAHAN:
½ kg tepung gandum – beli online di sini Air (saya agak-agak je, tuang sedikit demi sedikit) Pewarna kuning/kunyit – beli online di sini 1 biji telur Garam sikit
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur semua bahan sehingga menjadi doh. Kemudian uli tapi jangan lembik sangat.
2. Kemudian, canai doh tadi senipis yang boleh.
3. Tabur tepung nk elak doh melekat masa potong.
4. Lipat lagi doh macam dalam gambar. Tabur tepung lagi.
5. Potong dua doh yang dilipat tadi. Tindihkan macam dalam gambar.
6. Kemudian, potong dari tepi secara nipis-nipis.
7. Lepas potong terus leraikan macam dalam gambar sebab takut nanti melekat.
8. Kemudian, celur mi tadi tapi jangan sampai jadi terlalu lembik.
9. Lepas celur, letak dalam bekas, gaul dengan minyak sikit. Kalau tak letak minyak, nanti takut melekat.
10. Mi Kuning sudah siap. Bolehlah masak apa-apa menu yang kita nak. Selamat mencuba.
Ikan Golek @Percik Terengganu sememangnya menu yang begitu menggamit selera. Tambahan pula Ramadan semakin mendekat, tentunya menu yang satu ini dirindui. Bagi mereka yang teringin hendak makan menu Ikan Golek @Percik ini apa kata anda cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini.
RESIPI IKAN GOLEK @ PERCIK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung saiz besar 4 ekor (disiang bersih dan dilumur kunyit dan garam)
Bahan kuah percik: (bahan nombor 2)
4 biji bawang merah –BELI SINI
2 biji bawang putih putih – BELI SINI
1 inci kunyit – BELI SINI
1/2 inci halia – BELI SINI
6 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam dgn air panas)
3 batang serai (2 batang diketuk dan 1 batang dimayang nipis untuk dikisar)
Belacan sebesar hujung jari
5 biji cili api ( kalau suka pedas)
Kelapa 1 biji (diambil santan perahan pertama sahaja…kita mahu santan yang pekat)
1/2 sudu besar halba
1/2 keping gula nisang (gula Melaka)- BELI SINI
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa
3 keping asam keping –BELI SINI
1/2 sudu besar tepung ubi (supaya kuah percik melekat cantik di ikan) –BELI SINI
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula kisar semua bahan kuah percik (bahan nombor 2) termasuk tepung ubi kecuali serai yang diketuk.
2. Kemudian masukkan santan panaskan hingga mendidih.
3. Masukkan serai yang diketuk. Kena selalu kacau.
4. Apabila mendidih masukkan bahan kisar. Kacau bagi sebati. Tunggu hingga kuah percik menjadi sedikit pekat.
5. Masukkan garam, gula Melaka, asam keping dan serbuk perasa.
6. Didihkan kuah tersebut dengan api yang paling kecil, sampai kuah pekat (kena selalu kacau ya)
7. Masukkan halba. Kacau lagi dan tutup api.
8. Bakar ikan kembung( saya guna sabut dengan tempurung kelapa) biar ikan setengah masak.
9. Kemudian kita sapukan dengan kuah percik (selalu kena balik-balikkan pemanggang untuk elak ikan hangus).
10. Bakar sampai ikan masak (boleh diulang sapu kuah 2 ke 3 kali). Siap.
Apabila hendak dihidangkan, boleh masukkan ikan dalam kuah percik. Terpulang cara masing-masing. Selamat mencuba.
Bagi anda yang suka makan ikan sardin, menu Ikan Sardin Homemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.
IKAN SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan selayang/sardin – nak guna mackerel pun boleh
Sos tomato – boleh guna sos tomato readymade atau boleh juga buat sos tomato homemade
Sos Cili – untuk beri rasa pedas.
Air secukupnya
( jumlah sos bergantung pada jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.
2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukan air pada paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pada jumlah yang sepatutnya sahaja.)
5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.
6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) hingga ke 59. ( untuk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yang sama untuk 30-35 minit lagi.
7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lepaskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pada sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun boleh.
8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, boleh padamkan api dan masukkan sardin dalam bekas bersesuaian.
9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!