Anak-anak ni selalu suka makan piza. Nak membeli, boleh tahan harganya. Jadi apa kata buat sendiri piza di rumah. Caranya mudah. Tak perlu buat doh. Beli saje doh piza yang sedia ada di kedai. Cuma sediakan topping sahaja. Ibu ini ajar cara buat piza cara mudah, ringkas dan cepat nak dimakan. Cubalah.
Ads
PIZA AYAM ALA HAWAI
Ads
BAHAN-BAHAN
Roti piza sedia dimasak
5 sudu besar sos pasta
1 labu bawang holand | dihiris
30 gram hirisan ayam
Hirisan nanas dalam tin
Hirisan keju mozzarella
Ads
CARA MEMBUAT
1. Letak roti piza dalam dulang kecil. Sapukan sos pasta di atas roti pizza.
2. Letakkan hirisan bawang holand, hirisan ayam, hirisan nanas.
3. Letak topping ikut suka berapa banyak yang sesuai. Lagi banyak ini, lagi sedap.
4. Letak keju mozzarella. Bakar dalam ketuhar ikut suhu oven masing-masing sehingga masak.
Roti canaiyang sedap dan lembut tentunya menjadi kegemaran ramai. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, memang berbaloi kalau belajar buat sendiri. Kos penyediaannya lebih murah dan boleh makan puas-puas. Rasanya pun lebih sedap dan kebersihan terjamin. Anda nak cuba buat sendiri roti canai homemade untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya menggunakan resipi perkongsian saudari Tg Khuzanika. Sangat mudah dan dijamin menjadi.
CARA BUAT ROTI CANAI SIMPLE YANG LEMBUT, RANGUP & SEDAP
1. Satukan susu, gula, garam dan telur bersama air. Kacau hingga larut. 2. Masukkan tepung dan juga marjerin. Uli hingga menjadi doh kemudian rehatkan selama 10 minit.
3. Kemudian uli doh sekali lagi, kemudian rehat sebentar diikuti diuli kembali hingga mendi doh yang licin, elastrik dan kenyal. 4. Untuk doh ini, jika lembik, tabur tepung secukupnya dan uli hingga dapat tekstur yang elastrik. Jika doh nampak keras, renjis sedikit air dan uli hingga doh nampak lembut. 5. Bila doh sudah sempurna, bulat-bulatkan doh kemudian sapu marjerin di permukaannya. Masukkan ke dalam bekas. 6. Ulang proses membulatkan doh hingga habis. Bila selesai, tuang sedikit minyak ke atas doh tadi.
7. Perap doh selama 4 jam dan keatas. Lagi lama diperap, lagi lembuh tekstur roti canai apabila dimasak nanti. 8. Jika menggunakan Bread Maker, masukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti tepung. Guna mood ‘knead’ 3-4 kali hingga doh menjadi elastik dan kenyal. 9. Untuk memasak, canai doh roti pada dulang hingga nipis.
10. Simpulkan sebegini kemudian bolehlah dicanai sekali dan dimasak.
Bosan makan nasi tapi ingin hidangan yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
• 3 keping roti pita
• 200gm isi ayam | dipotong dadu
• 1 ulas bawang putih | dicincang halus
• ½ biji bawang besar | dimayang halus
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos lada hitam
• 1 sudu besar mayones
• 8 helai daun salad | dibersihkan
• 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam.
4. Potong roti pita dan letakkan daun salad.
5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti Naan ni kalau dihidangkan dengan kuah kari memang padu. Bukan hanya sedap malah buatnya pun mudah. Kalau rasa tak lalu nak makan nasi buat roti nanti pasti berselera nanti.
ROTI NAAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2.Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
3.Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Daging Masak Kicap Kerisik yang empuk, berkuah pekat dan beraroma wangi. Ikuti resipi mudah ini untuk menghasilkan hidangan makan tengahari yang lazat dan menyelerakan.