Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Jimat masa dan mudah sangat, takdelah nak memasak baru nak kopek bawang!.. Macam-macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Jom lihat bahannya:
Pes Ikan Bakar
1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Ads
Pes Sambal Tumis
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan
1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
Ads
Kuah Black Pepper
1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis
1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.
Ads
Pes Asam Pedas Tumis
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dlm minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Selamat mencuba!
Kongsi resipi : Sapina Shahabudin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bihun, antara mi yang kerap menjadi pilihan untuk sarapan kerana rasanya yang sedap dan mudah disediakan. Tapi kalau tak kena cara membuatnya bihun boleh menjadi lembik atau terus hancur atau kadang-kadang keras selepas digoreng. Kalau korang pernah mengalami ini jangan risau, ada cara bagaimana nak menyediakan bihun goreng yang lembut, sedap dan cantik bila dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu.
Pilih Bihun Berkualiti
Jenis bihun dan kualiti bihun adalah perkara pertama anda perlu pastikan. Sebaiknya korang beli bihun yang diakui berkualiti dan dalam keadaan masih elok digunakan. Misalnya bihun dalam keadaan kemasan yang tidak koyak atau pecah. Warna bihun lebih jernih, tidak kusam dan pastikan mempunyai Tarikh luput yang lama lagi.
Usah Rendam Bihun Terlalu Lama
Kalau kebiasaannya korang rendam bihun dengan air panas supaya cepat lembut, ia adalah salah. Tetapi kalau terlalu lama menrendamnya, bihun akan hancur dan tidak boleh digunakan lagi. Sebaiknya jika ingin merendam bihun gunakan air suam atau air biasa, tetapi ia memerlu masa lebih lama tetapi hasil bihun yang digoreng lebih lembut dan kenyal.
Guna Api Sederhana
Pastikan korang guna api sederhna, walaupun sedikit mengambil masa, tapi hasil bihun yang digoreng tidak mudah hancur, mudah sebati dengan bahan tumisan serta sangat sedap bila dimakan.
Jangan Kerap Kacau Semasa Menggoreng
Apabila bihun sudah sebati dengan bahan tumisan, jangan terlalu kerap dikacau untuk mengelakkana ia mudah hancur atau patah. Jika perlu boleh tambah sedikit air untuk memastikan bihun bercampur sebati dengan bahan tumisan.
Diharapkan dengan info ini, ia dapat membantu korang memasak bihun tanpa gagal dan hasailnya lebih sedap dan hidangan lebih menarik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Boring dah asyik sambal yg sama tiap minggu? Kak Mazliza berkongsi resipi sambal yang sedap untuk kamu buat hari-hari gerenti memukau! Boleh simpan buat koleksi aneka jenis sambal ni.
Ada banyak stok bihun di rumah? Boleh cuba 10 resipi yang mudah dan sedap ini untuk hidangan sekeluarga di rumah.
Selain daripada goreng biasa yang selalu dibuat, bolehlah pelbagaikan menu berasaskan bihun yang dikongsikan ini.
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN
1 bungkus bihun *5 biji bawang merah | cincang *5 ulas bawang putih | cincang *3 batang serai | dititik *Udang geragau segenggam | cuci bersih *Udang segar *2 sudu pes thai tom yam *Lobak merah | dihiris Sayur sawi
CARA PENYEDIAAN
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi. 2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa. 3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut
1 peket bihun | rendam dan toskan 200 gm bunga kobis 1 batang lobak merah | potong halus-halus ¼ biji kobis 2 biji cili (merah dan hijau) 1 labu bawang besar | potong dadu 5 ulas bawang putih | racik halus 15 ekor udang basah 2 ekor sotong sederhana besar | potong bulat 2 keping isi ayam | potong kecil 1 peket bebola ikan (fishball) | belah 2 1 peket kek ikan (fishcake) | potong nipis ¾ sudu kecil lada hitam (yang telah dikisar) ½ sudu kecil lada sulah 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram Sedikit air untuk melembutkan bihun Garam
BAHAN SOS CILI KICAP (DIKISAR BERSAMA):
15 tangkai cili padi ¼ cawan kicap pekat 3 sudu besar kicap cair 1 sudu teh cuka Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan ayam, kacau sebentar. 2. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang. Kacau lagi. 3. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam. 4. Tambah air sedikit dan masukkan bihun. Kacau rata hingga bihun lembut (tambah air jika perlu). 5. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng.
1 bungkus bihun (rendam sebentar dengan air hangat/panas hingga lembut, toskan) 300 – 400gm tauge (bersihkan)
BAHAN-BAHAN (RENCAH MEE):
1 ¾ cawan lada kering kisar 4 biji bawang besar * 8-10 ulas bawang putih * 300gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja) | digoreng sebentar 80 gm udang kering * (rendam) Sedikit belacan * (Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi) Minyak untuk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan) 2 sudu besar gula pasir 1 sudu teh garam (atau secukup rasa tapi jangan bubuh terlalu banyak kerana belacan dan udang kering juga memberi kemasinan pada bahan ini)
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa. 2. Keluarkan setengah bahagian rencah ini untuk dibuat kuahnya. Seterusnya, masukkan tauge ke dalam rencah dalam kuali tadi lalu digaul rata sebentar. 3. Kemudian, masukkan pula udang yang telah digoreng sebentar tadi dan bihun lalu dikacau hingga sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.
BAHAN (KUAH):
½ bahagian rencah mee siam 8 cawan air ¾ – 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yang lain dibiarkan kasar-kasar) 180gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan) Air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan) 1 sudu teh garam (atau secukup rasa) 100gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar-kasar)
CARA PENYEDIAAN KUAH:
1. Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam. 2. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya. 3. Tambahlah apa lagi yang perlu (kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam dan masin sedikit je. Kemudian matikan api.
BAHAN TABURAN/SAMPINGAN:
10 biji telur rebus 2 keping tahu | dipotong dadu & digoren Daun kucai | dihiris Limau kasturi | dibelah dua Sambal tumis
SAMBAL TUMIS RINGKAS:
1 cawan cili kering kisar 1½ – 2 biji bawang besar Sedikit belacan (semua bahan di atas dikisar) 2 sudu makan gula 1 sudu teh air asam (sedikit je) Garam secukup rasa Serbuk perasa (optional) Minyak secukupnya untuk menumis
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar dan belacan) sehingga garing. 2. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.
1. Bubuh secukup mee siam yang digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan. 2. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap!
3 biji bawang merah | dihiris 2 inci kayu manis 4 biji buah pelaga 1 kuntum bunga lawang 4 kuntum bunga cengkih 2 sudu minyak bawang putih untuk menumis
BAHAN B (DIKISAR BERSAMA):
1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 sudu teh lada hitam
BAHAN C:
½ kg tulang ayam 1 keping dada ayam (kalau suka) 2 batang akar ketumbar 1 liter air (boleh tambah ikut kesesuaian)
BAHAN D:
1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar kicap cair Gula dan garam secukup rasa
BAHAN E (KALAU SUKA):
1 keping dada ayam | dihiris halus 1 sudu teh kicap cair ½ sudu teh lada sulah
BAHAN SAMPINGAN:
Bihun secukupnya | dicelur hingga lembut Isi ayam yang dicarikkan halus Chili flakes Kacang tanah digoreng & ditumbuk kasar Lobak asin | dicincang halus Kangkung | dicelur Tauge | dicelur Daun ketumbar Limau kasturi Bawang putih | dicincang & digoreng
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dalam kuali, buat dulu bawang putih goreng. Goreng bawang putih yang dicincang hingga keperangan, angkat dan toskan. 2. Keluarkan anggaran 2 sudu minyak dan masukkan ke dalam periuk berasingan. 3. Dengan sedikit lebihan minyak bawang putih didalam kuali tadi, gorengkan Bahan E hingga isi ayam masak dan kering airnya. Angkat dan ketepikan. 4. Panaskan kembali minyak bawang putih didalam periuk dan tumiskan Bahan A. 5. Goreng hingga bawang agak garing dan wangi, masukkan Bahan B kacau hingga rempah agak garing dan berbau wangi. 6. Masukkan Bahan C dan perasakan dengan Bahan D. Masak hingga kuah mendidih dan biarkan merenih anggaran 30 minit. 7. Keluarkan dada ayam dan carikkan halus ataupun siat menggunakan garpu. 8. Ambil bihun yang sudah dicelur, hidangkan bersama bahan sampingan yang lainnya dan curahkan sup panas ke atas bihun tadi. 9. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa masam pada sup.
NOTA: Boleh guna daging dan tulang menggantikan ayam. Boleh juga dihidangkan bersama sambal kicap. Resipi asal menggunakan gula siam atau gula untuk buat somtam tu
¼ bungkus bihun | direndam ½ jam Segenggam taugeh (jika suka)
BAHAN B:
Sedikit minyak untuk menggoreng ¾ mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)
BAHAN C:
1 biji bawang besar | dihiris sederhana tebal 4 ulas bawang putih | dikisar kering 3 biji cili kering | dikisar kerin
BAHAN D:
1 camca besar sos tiram 2 camca besar Kicap Manis ABC 2 camca besar kicap masin ½ camca teh lada hitam Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah
BAHAN E:
4 ekor udang besar | dibuang kepala & kulitnya Sedikit sayur (kucai @ lobak merah atau sawi) Sedikit minyak bijan
CARA PENYEDIAAN:
1. Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma dibasuh bersih sahaja. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng, aroma udang akan keluar semerbaknya. 3. Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam pengisar dengan sedikit air dan kisar sehingga halus (kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi) 4. Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu. 5. Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan. Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali. 6. Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit. 7. Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali. Siap untuk dihidangkan.
Bihun (untuk seorang makan) | direndam @ dicelur 1 biji telur 1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak 4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis) Sedikit daun kucai | hiris Sedikit hirisan lobak merah Sedikit kubis 1-2 ulas bawang putih | cincang Udang secukupnya Sedikit fishcake Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak. 2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata. Masukkan cili boh masak. Sebatikan. 3. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
½ bungkus bihun | digoreng dalam minyak panas seperti bihun soto 2-3 ulas bawang putih cincang Isi ayam secukupmya Fishcake secukupnya Udang (jika suka) Kailan secukupnya Hirisan lobak merah secukupnya Bunga kubis secukupnya 1 kiub pati ayam Serbuk lada sulah secukupnya 1 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air) 1 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan masukkan bihun. Goreng hingga bihun kembang. Toskan. Buat hingga habis. 2.Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi. 3. Masukkan isi ayam dan udang (jika suka). Tumis hingga ayam empuk. 4. Kemudian masukkan air, kiub pati ayam, garam dan lada sulah dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah dan juga bunga kubis. Masak lagi hingga lembut. 6. Masuk hirisan kailan dan fishcake, diikuti tepung jagung. Teruskan masak hingga kuah sedikit likat. 7. Tuang telur, kacau perlahan. 8. Letak bihun yang telah digoreng ke dalam pinggan dan tuang kuah Kungfu diatasnya. 9. Bihun Kungfu siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas-panas bersama cili jeruk.
Bihun | celur 15 ekor udang sederhana besar Bebola ikan / fishball secukupnya 1 kiub pati ayam 1 labu bawang putih | tumbuk 1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
BAHAN SAMBAL KICAP:
Cili padi merah / hijau secukupnya Cuka secukup rasa Kicap cair secukupnya
BAHAN HIASAN:
Sawi jepun celur Brokoli celur Kek ikan / fishcake goreng | hiris nipis Bawang putih goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak anggaran ½ cawan. Kemudian tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga perang. 2. Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi ke dalam mangkuk. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk. 3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk berisi bawang putih tadi. Jumlahnya terpulang pada banyak mana yang anda kehendaki. 4. Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball, udang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Reneh selama beberapa minit. 5. Untuk menyediakan sambal kicap, campur kicap cair, cuka dan hirisan cili padi merah dan hijau. Gaul rata dan sesuaikan rasanya dengan selera masing-masing. 6. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama sup bawang putih. Tambahkan juga bahan-bahan hiasan dengan secukupnya.
Bihun | dicelur Kubis | dihiris Daun sup | dihiris Bawang goreng Sos cili
BAHAN KUAH:
Bebola daging (beli yang siap) 2 liter air Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 3 biji buah keras | tumbuk terlebih dahulu 2 inci halia 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. 2. Masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 3. Tambahkan bebola daging dan masak hingga mendidih. Ketepikan.
BAHAN SAMBAL KICAP:
10 biji cili padi 5 ulas bawang putih Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian masak hingga pekat.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan bihun, kubis, daun sup, bawang goreng dan sos ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah dan bebola daging dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
8 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 batang serai 2sm halia 1 sudu makan lada hitam 3 liter air Minyak masak untuk menumis Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
15 biji bergedil ½ ekor ayam | direbus dan dicarik isi 200gm kacang tanah |digoreng 100gm taugeh |dicelur 100gm bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan kesemua bahan kuah. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik baunya. 2. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih. 3. Hidangkan kuah soto bersama bihun, bahan sampingan serta sambal kicap.
NOTA: Penambahan lada hitam dalam kuah soto menaikkan rasa pedas dan hangat pada kuah soto.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: