Bagi penggemar Cheesy Wedges, anda tak perlu beli lagi kerana anda sendiri boleh hasilkan snek ini di rumah dengan cukup mudah dan tidak menggunakan banyak kos menggunakan resipi perkongsian saudri Ruby Suhana Said.
Campurkan sahaja beberapa bahan mudah, rasanya sangat enak! Dimakan pula bersama sos keju dan juga mayones, lagilah nikmat. Pendek kata, lebih sedap dari yang dibeli dari restoran makanan segera. Jom cuba!

RESIPI CHEESY WEDGES HOMEMADE HANYA GUNA 5 BAHAN

Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan
BAHAN-BAHAN:
Ubi kentang
Garam
Serbuk lada putih – beli online disini
Italian mixed herbs – beli online disini
Tepung goreng serbaguna – beli online disini
Serbuk cheese – bancuh
Mayones – beli online disini
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Mula-mula sekali, rendam ubi kentang seketika untuk membuang kotoran dan tanah. Tak perlu buang kulit pun tak apa. Janji cuci bersih.
Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan2. Kemudian potong kentang menajdi bentuk wedges @ baji.
Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan3. Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus kentang selama 5-7 minit. Ada yang suka rebus tapi empunya resipi suka kukus kerana rasa kentang tak hilang.
4.Ubi kentang yang sudah siap dikukus.
Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan5. Gaul ubi kentang tadi dengan garam, serbuk lada putih dan Italian mixed herbs dengan secukupnya.
Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan6. Tambahkan juga tepung goreng serbaguna. Ratakan.
Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan7.Bila semua bahan sudah digaul sekata, panaskan minyak masak dan goreng. Jika nak perap seketika pun boleh. Rasanya lebih sedap.Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan8.Dah siap. Boleh hidangkan dengan sos keju dan juga mayones.

Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan Homemade Cheesy Wedges, Resipi Mudah Hanya Guna 5 Bahan

Kredit resipi & foto: Ruby Suhana Said

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

IKLAN

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI