Kata orang kalau dah rezeki tidak kemana. Berkongsi resipi pun adalah amal jariah, walaupun resipi brownies meletop ni adalah salah satu menu perniagaannya, Asmawati Ayob tak lokek berkongsi resipi.
Siap tunjuk cara step by step membuatnya. Malah di kala PKP ni , jualan dan permintaan untuk brownies tetap ada.
Jom semak resipi dari wanita gigih ini. Kalau ikut teknik yang diberi pasti mudah. Mulakan dengan baca bismillah ya, insyallah menjadi.
BROWNIES MELETOP
BAHAN-BAHAN :
100gm mentega
100gm gula | tak kisah kastor ke atau kastor, boleh aje
90gm gula perang
2 biji telur grade A
40gm choc chip/coin
1sudu kecil serbuk kopi| apa jenama pun boleh,kalau tak suka pahit2 kopi
boleh kurangkn ke 1/2 sdk okay 😘
100gm tepung gandum
40gm serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
*adunan ni cukup untuk utk loyang 7×7 inch. Asmawati buat dua loyang jadi gandakan adunan.
IKLAN
CARA MEMASAK : 1. Satukan mentega, gula dan gula perang didalam kuali. Nyalakn api kecil. Kacau sampai rupa mcm ni. Sampai nmpk mcm ada minyak2 naik tepi2 atas tu kan,dah cun la tu. Tutup api. Jgn smpai didih ok.
2.Tunggu kejap dlm 7 -8 minit camtu bg suam2 panas sikit baru kita masuk telur. Kalau masuk telur cepat sgt time panas,karang jd brownies telur dadar pulak kamu niiii!🤭
3. Proses2 seterusnya ni tak perlu buka api dah ok. Teruskan mengacau dlm kuali yg sama ni ja ok. So now masukkan telur. *jgn konfius..ni sy buat 2 adunan…tu pasal ada 4biji. 4. Masukkan choc chip.
5. Kacau-kacau lagi smpai choc chip tu cair n adunan kita dh jd kaler gelap.
IKLAN
6. Tambah serbuk kopi segera,tak kisah brand apa. Kopi perlu utk naikkan rasa ummph coklat kita tadi. Kemudian kacau sekata.
7. Pastu masukkan tepung gandum,serbuk koko dan garam. Kacau-kacau semua perlahan2. Jangan kasar sangat, comot pulak dapur jadinya nanti
8..Haaa,dh kacau sebati jadilah macam ini, bolehlah panaskan oven sementara kita nak masuk loyang sempatlah oven ready panas.
IKLAN
9. Masukkan dlm loyang 7×7 inch. Bakar suhu 180°C 35minit…plus minus time dia bergantung jenis oven
10.Siap. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang dan potong.
Orang utara mesti tahu masakan apa ni. Inilah masak parpu teloq. Makan dengan nasi panas-panas, tak usah lauk lain pun dah sempurna. Kalau masak parpu teloq ni, mesti nak kena letak telur rebus dengan telur pecah, baru best.
Parpu teloq Bahan-bahan: Kacang parpu-perlu rendam semalaman Telur -terpulang nak rebus atau pecah Santan- BELI ONLINE DI SINI Serbuk kunyit-sedikit-BELI ONLINE DI SINI Garam Serbuk perisa-jika nak Ubi kentang,tomato -belah 4
Bahan kisar: Bawang besar Bawang putih Halia
Bahan tumis darat: Bawang besar-hiris Bawang putih-hiris Daun kari Cili kering potong-potongkan-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Rebus kacang parpu yang direndam semalaman dalam periuk atau kuali. 2.Tuang bahan, kisar dengan serbuk kunyit, letak sedikit minyak. 3.Kemudian rebus sampai parpu lembut. 4.Bila dah lembut, boleh letak ubi kentang. 5.Bila ubi dah empuk letak santan, telur, garam dan serbuk perisa. 6.Kemudian letak tomato. 7.Kemudian tumis bahan yang tumis darat tadi dengan sedikit minyak. 8.Bila dah agak-agak garing,boleh tuang atas masak parpu kita tadi.Pastikan kuah mendidih dulu.Kemudian tutup api danboleh dihidang.
Apa kata sesekali kita buat makaroni goreng untuk hidangan seisi keluarga. Mesti mereka suka sebab makaroni goreng ni memang ramai yang suka. Sesuai juga untuk dijadikan hidangan untuk majlis rumah terbuka bersempena Syawal ni.
MAKARONI BAKAR
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis
5 biji bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
3 sudu besar rempah kari
500 gram daging kisar (dicencang)
Garam secukupnya
1 tin susu cair ideal dan 1 tin air
Sedikit bawang goreng
2 cawan makaroni (direbus sampai lembut)
Sedikit parutan keju mozarella atau cheddar
4 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit daun bawang atau sup
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak jagung dan mentega. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng. Kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang sudah direbus, ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang sudah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata.
6. Tambah keju.
7. Masukkan dalam dulang atau loyang pembakar. Tuangkan telur ayam di atas macaroni, tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Taburkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 170°C atau hingga masak.
TIP
Boleh tambah lada benggala, cendawan dan tomato yang dipotong dadu.
Selalu sayur hanya jadi lauk pelengkap. Tapi korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Misalnya lauk sambal terung ni. Sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi. Boleh juga dimakan dengan lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
sambal terung mama fb.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.