wadeng kepeing

Kuih Wadai Kepeng, di kalangan masyarakat Banjar kuih ini sangat popular . Kuih ni sangat sedap kerana kekenyalan tepung pulut yang dibentuk bulat kemudian dileperkan dan dipijitkan di tengahnya. Dimakan dengan kuah santan yang lemak manis, Ada orang guna campuran gula Melaka pada kuah, ada yang guna gula pasir. Apapun terserah pada citarasa korang nak buat. Pokoknya kuih ini sedap dan senang je membuatnya.

Jom Buat Wadai Kepeng Yang Sempoi Sedap Ni.

IKLAN

 WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning
  • Secubit garam

BAHAN KUAH SANTAN:

IKLAN
  • 1 keping gua melaka
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Sedikit gula | jika kurang manis

CARA MEMASAK:

  1. Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
  2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
  3. Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
  5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
  6. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
  7. Sementara itu, sediakan kuah santan.
  8. Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
  9. Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
  10. Apabila mendidih, tutup api.
  11. Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI