Dah lama tak merasa mi kari. Hari ini kita masak mi kari style Chinese Ipoh. Menu ni tidak menggunakan banyak rempah berbanding mee kari biasa. Kuahnya tidak pekat memang sedap nak hirup. Bolehlah buat nanti.
Mi KARI STYLE CHINESE IPOH
Bahan A
Kisar halus.
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 batang serai- titik.
Bahan B
4 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
1 kotak santan kara
Segala jenis fishball fishcake tofu kosong
Ads
2 ketul kiub ayam
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan C (hiasan)
Taugeh -tak perlu celur
Daun bawang
Cara membuat:
Ads
1.Panaskan minyak,goreng serai sampai naik bau.
2.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
3.Masukkan rempah kari dan cili kisar yang dah dibancuh air. Tumis 3x kering air.
4.Tambah air secukupnya dan 1 kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula. 5.Masukkan segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.
*Minyak jangan byk, sbb nak makan dengan mee, nanti cepat muak. Kuah kari ni kene cair-cair saja. Cukup rasa rempah dan santannya. Ngam kalau makan dengan fucuk ikan goreng.
Mi goreng basah ini selalu jadi pilihan menu untuk dihidangkan kepada tetamu datang beraya. Cuma masalahnya, hidangan ini tak boleh dibiar lama. Kalau tak dimakan terus, kuah akan diserap dan mi jadi kembang. Bila dah begini, rasanya akan kurang sedap.
Sebenarnya untuk memastikan mi goreng basah ini kekal basah dan berkuah ada caranya. Kalau ikut tip yang dikongsi oleh Riana Samad, masak mi basah awal pun tiada masalah. Mi ini akan kekal berkuah likat.
Tip buat mi basah tak kembang, kuah tak serap
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning – rendam dan tos
3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah -kisar
1/2 sudu cili giling
Secubit asam jawa
Sotong, bebola ikan, daging – hiris
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – potong 4
5 sudu sos cili,
5 sudu sos tomato
5 sudu sos tiram
Kicap manis
Sayur
Cara membuat
1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai masak dan naik bau wangi
2. Masukkan semua sos, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sesuku cawan air baru kemudian masukkan udang daging dan bebola. Tumis lagi sampai masak.
3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.
4. Masukkan mi dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa.
6. Bila me hampir masak, masukkan tauge jika suka. Bila dah sebati tutup api.
TIP EKSTRA
Sebelum letak garam dan gula rasa dulu kerana mi itu sendiri dah masin. Selain itu kicap, sos cili tomato dan tiram tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mi. Lebih-lebih lagi kalau guna cili boh segera. Memang dah sedia masin.
Air jangan banyak sebab nanti mi jadi kembang dan kuahnya akan kering.
Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah dan berkuah mi? Ok ni tipnya, sos tomato, cili tiram kena banyak. Jangan kedekut sos ya. Sos inilah yang memekatkan mi bukan air.
RASA kini tampil dengan rancangan masakan ‘online’ terbaru, Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi. Menampilkan Chef Imelda Harris sebagai pengacara, pada setiap minggu Chef Imelda akan berkongsi resipi masakan menggunakan bahan-bahan dari bakul misteri. Kalau nak salin resipinya, saksikan Dapur Rasa: Campak-Campak Jadi secara live di FacebookMajalah Rasa dan Youtube ChannelMajalah Rasa pada setiap hari Rabu, jam 11.30 pagi.
Episod pertama yang bersiaran hari ini, Chef Imelda telah berkongsi dua resipi mudah, sedap dan membuka selera menggunakan bahan-bahan yang ada dalam bakul misteri iaitu Yee Mee Goreng Cendawan dan Sekaya Labu Pulut. Nak cuba masak menu-menu ni untuk keluarga tersayang? Jom lihat resipi di bawah.
1. YEE MEE GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 paket yee mee kering | celur hingga lembut
2 keping dada ayam | hiris nipis
3 biji telur
8 biji cendawan shintake kering | rendam dan hiris
2 paket cendawan enoki
1 paket kecil cendawan tiram
12 biji ceri tomato
1 batang lobak merah | sagat halus
1 ikat sawi hijau | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 cawan sos tiram
1 cawan kicap manis
2 sudu makan minyak bijan
5 ulas bawang putih | hiris
1 inci halia | hiris halus
Minyak untuk menumis
Garam dan lada hitam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kuning keemasan. 2. Masukkan isi ayam dan cili merah. Tumis sehingga ayam separuh masak. T 3. Tuangkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sehingga sebati lalu tambahkan sedikit air. 4. Tuang kesemua cendawan dan halia. Biarkan merenih seketika. 5. Seterusnya gaul yee mee dan kuah sehingga sebati. Masukkan lobak merah, sawi, minyak bijan dan reneh sehingga mee masak. 6. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Pecahkan telur dan tutup api. Pastikan mee masih berkuah dan tidak kering. 7. Taburkan dengan bawang goreng dan daun bawang sebelum dihidang
2. SEKAYA LABU PULUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu | saiz sederhana
5 biji telur ayam gred A
1 cawan gula perang
1 cawan santan pekat
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa
BAHAN PULUT:
1 cawan beras pulut | dibersihkan
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan air
1 sudu teh minyak masak
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK:
1. Sediakan periuk kukusan dan pastikan air yang dimasukkan mencukupi untuk mengukus nanti. 2. Satukan beras pulut, santan, air, minyak masak dan garam ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak dalam periuk tekanan ( pressure cooker) sehingga pulut masak. Boleh juga masak menggunakan periuk nasi elektrik. Sejukkan. 3. Ambil labu dan bersihkan kulitnya. Potong bahagian atas labu ( kawasan tangkai) dengan cermat untuk dijadikan penutup. 4. Angkat penutup, keluarkan biji labu dan basuh bersih bahagian dalamnya. Toskan seketika. 5. Dalam bekas berasingan, kacau gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanilla, santan serta susu. Kacau sebati dan tambahkan garam. 6. Isi pulut dan bancuhan telur ke dalam labu. Tutup penutupnya dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. 7. Angkat labu dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN
JOM TONTON: DAPUR RASA: CAMPAK-CAMPAK JADI ( EPISOD 1)
Teringin nak makan spageti tapi nak ikut tekak Melayu. Nah, ini dikongsikan resipi yang admin buat sendiri tau. Mudah sangat ye, boleh cuba tak sampai 15 minit siap dan tak perlu nak macam-macam bahan. Guna je sayur mayor yang ada dalam peti sejuk, tumis dan kacau gaul dah siap…
Nyam-nyam sedap boleh jadi hidangan sarapann esok ye.
SPAGETI AGLIO OLIO ALA MELAYU
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti | rebus dan tos
1 keping dada ayam | hiris kecil
6 biji cendawan shitake | hiris
4 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji tomato | potong dadu
1 biji bawang Holland | potong dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk oregano | jika suka
Garam, gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK STEP BY STEP:
Step1: Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.
Step 2: Masukkan hirisan cendawan dan kacang panjang, kacau rata.
Step 3: Seterusnya masukkan spageti, kacau rata dan masukkan pula tomato.
Step 4: Perasakan dengan garam, gula dan serbuk pati ayam, kacau lagi.
Step 5: Tambahkan pula dengan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
Step 6: Kacau rata. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.