Melalui facebook Rasa Share Resipi, Hidayati Hana telah berkongsi resipi kuih permata zamrud. Kuih ini nampak sangat mewah dengan rona hijau putih. Ditambah pula dengan inti kelapa yang dimasak bersama gula merah. Manis-manis lemak gitu.
Kuih Permata Zamrud adalah salah satu kuih tradisi yang masih diminati sampai sekarang. Rasanya lemak manis dan sangatlah menawan selera. Orang lama pastinya suka makan kuih ini. Bolehlah cuba buat nanti ya.
.
Ads
BAHAN INTI KELAPA
3/4 cawan gula merah
1 sudu besar gula putih
1/2 cawan air
Sehelai daun pandan (disimpul)
1 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
1 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
. Inilah intinya.
CARA MEMASAK INTI KELAPA
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan.
RESIPI ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung pulut (BELI DI SINI)
1 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
Secubit garam
1/2 cawan air
Pewarna hijau
CARA BUAT ADUNAN HIJAU
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna hijau. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan.
ADUNAN PUTIH
2 cawan santan
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras (BELI DI SINI)
2 sudu besar tepung jagung (BELI DI SINI)
2 sudu besar tepung gandum (BELI DI SINI)
Secubit garam
Sehelai daun pandan
Ads
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.
CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
. Wow!.
Durian antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai. Selain dimakan begitu sahaja, raja buah ni juga enak dicampur dalam pelbagai sajian. Antaranya ialah kuih Seri Muka Durian ni. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Kisar semua bahan lapisan atas. Kemudian tapis dan masak di atas api perlahan sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 3 minit. Adunan kena sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
Kukus kuih Seri Muka selama 40 minit. Buka tudung periuk kukusan dan kukus lagi selama 5 minit bagi mengeringkan air pada permukaan kuih.
Padamkan api dan sejukkan selama beberapa jam. Potong kuih menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang cantik.
Enaknya minum petang dengan kuih muih melayu.Antara yang disukai ramai ialah karipap. Makan pula panas-panas confirm tak cukup satu. Ada pelbagai jenis karipap yang boleh anda cuba. Dikongsi resipi karipap pilihan anda.
1.KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan air kapur jernih
1 sudu teh garam
400ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
Di dalam bekas besar, tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas tadi.
Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ini adalah tip nak merangupkan kulit karipap.
Tambah sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga doh tidak lekat di tangan.
Doh yang siap diuli.
Masukkan doh ke dalam plastik dan biarkan selama 30 minit.
Ambil doh dan bulatkan kecil. Masukkan kembali ke dalam plastik dan perap selama 1-2 jam. Sementara itu bolehlah buat intinya.
BAHAN INTI KARIPAP DAGING:
2kg kentang – didadu 300gm daging dicincang 2 biji bawang merah besar – didadu 2 ulas bawang putih – diracik 2 sudu makan rempah kari daging 2 sudu makan cili kisar Sedikit daun sup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Tumis lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
Perasakan dengan garam, gula & perencah cukup rasa. Jumlahnya agak-agak sahaja jangan terlalu berlebihan.
Kemudian masukkan ubi kentang. Kacau rata.
Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu tambah air kerana kentang akan mengeluarkan air. Bila sudah masak, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan daun sup dan gaul rata. Alihkan inti ke dalam bekas.
Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak inti dan tutup doh.
Kelim hujung doh dengan cantik dan kemas.
Karipap yang telah siap di kelim.
Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing. 2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.) 3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air. 4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti. 5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati. 6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper. 8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
1.Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.
2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.
3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.
4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.
5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.
6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.
INTI KENTANG AYAM
Bahan-bahan inti:
1 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.
BAHAN DOH A 1/4 cawan minyak 2 sudu besar marjerin 3 cawan tepung gandum Sedikit garam Air ais secukupnya
CARA MEMBUAT DOH A 1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih. 2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati. 3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut. 4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.
BAHAN DOH B 120 gram tepung beras 100 gram marjerin
CARA MEMBUAT DOH B 1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh. 2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air. 3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.
CARA MENYATUKAN 1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola. 2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung. 3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap. 4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.
Menu gebu ni memang tidak pernah menjemukan. Hari ni saya buat donut super gebu. Dapat banyak,tak sempat kira berapa biji sebab asal angkat masuk pinggan ja tiga minit licin dikerjakan anak-anak. Memang akan jadi menu ulangan sarapan untuk hari yang mendatang
DONUT
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega-cairkan
1 biji telur
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 peket yis
3 cawan tepung gandum …kalau lembik tambahlah sikit2 smpai bole uli..jgn byk sgt kang keras
Cara memasak:
1. Larutkan gula, air suam dan susu pekat. Masukkan yis. Biar dalam 10 minit sampai buih.
2. Pukul telur campur dalam mentega cair tadi kemudian masukkan dalam yis tadi.
3. Masukkan semua campuran tadi ke dalam tepung gandum sikit-sikit.Kacau jer guna sudu pun ok. Kemudian uli-uli sikit. Saya uli manja-manja sebab adunan agak lembut. Kalau melekat-lekat di tangan tabur tepung sikit dekat adunan . Biar adunan selama 45minit.
4. Lepas adunan dah naik,keluarkan semua sekali dan leperkan di atas papan atau lapik yang dah ditabur tepung.
5.Kemudian tekap bulat-bulat. Susun atas dulang yang juga telah ditabur tepung. Biar sekejap agak dah naik kembang,boleh goreng dengan api sederhana. Balik-balikkan sampai perang. Untuk simpan dalam peti sejuk, goreng sekejap, jangan sampai perang, agak-agak masak dalam pun dah ok.