1. Kupas dan potong kentang. Kemudian basuh bersih dan bilas. 2. Rebus kentang yang sudah dikupas ke dalam air panas selama 10-15 minit. Pastikan sehingga lembut untuk mengelakkan sukar untuk dilenyek.
3. Angkat kentang tadi dan sejukkan dalam air tapis.
4. Lenyek kentang yang sudah lembut direbus sehingga hancur dan sekata.
5. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk lada putih sekali. Tambah sedikit air ke dalam kentang yang sudah dilenyek.
Ads
6. Gaulkan sehingga sebati. 7. Bentukkan mengikut kesukaan 8. Goreng dalam api yang panas sehingga warnanya menjadi perang. Dah siap!
Kredit resipi: Multazimah Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi roti memang tidak pernah mengecewakan kalau dibuat dengan cara yang betul. Tidak kisah sama dibakar ataupun dikukus, memang sedap dimakan panas-panas kan.
Resipi roti kukus gebu yang dikongsi Khairunnisa Mohammad ini, memang senang nak dibuat dan naik dengan gebu dan cantik.
Sesuai untuk dijadikan menu hidangan minum petang atau juga buat sarapan buat keluarga.
ROTI KUKUS GEBU
BAHAN-BAHAN:
150g tepung gandum – beli online di sini 2 biji telur 1 sudu besar gula – beli online di sini 1 sudu kecil yis 1 sudu kecil esen vanila Secubit garam 1 sudu besar minyak masak – beli online di sini Gula & mentega yang dicairkan untuk topping
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. 2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. 3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. 5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda. 6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit.
7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus. 8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
NOTA KAKI:
*Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. *Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. *Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
Pada zaman media sosial sekarang, segala jenis resipi boleh dicuba. Resipi ringkas dan sedap pasti cepat mendapat perhatian.
Antaranya resipi ayam goreng viral yang dikongsikan Affieyza Isahak ini, sangat mudah dan sedap serta cepat siap.
Penggunaan bawang putih ketika menggoreng, mesti kejadiannya wangi dan sedap. Katanya, bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan.
Ayam (boleh guna ½ ekor – dipotong) 2 sudu besar sos tiram – beli online di sini Kiub pati ayam (ikut anggaran ayam banyak mana yang digunakan) Serbuk perasa & gula 2-3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa. 5. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
6. Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan.
7. Tapi saya goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Bila dah masak, angkat dan toskan.
Jika ada satu snek ringkas yang sentiasa menang dari segi rasa, aroma dan kepuasan, jawapannya sudah tentu Tempe Goreng Pedas Daun Limau. Hidangan ini asalnya popular dalam komuniti peminat tempe di Jawa, Indonesia tetapi kini sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Aromanya yang wangi, teksturnya yang rangup dan rasa pedas beraroma yang mencuit hidung memang cukup memuaskan. Pendek kata, sekali makan memang tak boleh berhenti!
Dalam artikel kali ini, kita bukan sahaja berkongsi resipi lengkapnya, tetapi juga rahsia menjadikan tempe lebih rangup, tidak berminyak dan kekal sedap walaupun sudah sejuk.
Resipi Tempe Goreng Pedas Daun Limau ini sangat sesuai dijadikan hidangan sampingan, kudapan petang, lauk makan tengah hari, atau “snack party” bila berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan.
Masukkan bawang putih, cili padi merah, cili padi hijau, daun limau purut, tepung jagung, tepung beras, garam, serbuk perasa, serbuk lada putih, serbuk ketumbar, baking powder dan air ke dalam blender. Kisar sehingga teksturnya halus dan sebati.
Pastikan air tidak terlalu banyak, cukup sekadar untuk membantu proses kisar. Adunan yang sedikit pekat akan menghasilkan salutan yang lebih rangup.
Potong tempe mengikut saiz kegemaran anda sama ada bentuk batang, kiub atau nipis seperti kerepek.
Masukkan tempe ke dalam mangkuk besar, kemudian tuangkan bahan kisar tadi. Gaul rata sehingga setiap potongan tempe disaluti adunan pedas beraroma daun limau. Biarkan selama 5–10 minit supaya perasa meresap.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak. Api sederhana adalah yang terbaik untuk memastikan tempe rangup sekata dan tidak cepat hangus. Masukkan tempe sedikit demi sedikit. Goreng hingga keperangan dan garing. Aroma daun limau yang naik dari kuali waktu ini memang buat air liur meleleh!
Setelah tempe masak, angkat dan toskan atas tisu dapur untuk kurangkan minyak. Susun atas pinggan bersama salad atau hidangkan begitu sahaja sebagai kudapan.
Daun limau purut mempunyai bau yang kuat dan menyegarkan. Apabila dikisar bersama cili dan bawang, ia menghasilkan aroma sitrus yang sangat memikat. Setiap gigitan tempe terasa lebih naik dan wangi lain macam!
Kombinasi cili padi merah dan hijau memberikan rasa pedas yang seimbang. Tidak terlalu menyengat tetapi cukup untuk buat sesiapa pun terangkat.
Rahsianya terletak pada campuran tepung jagung, tepung beras dan sedikit baking powder. Ia menjadikan lapisan tempe rangup tetapi masih lembut di bahagian dalam.
Keseluruhan proses memasak boleh siap dalam 20 minit sahaja. Ini antara snek paling mesra dapur untuk semua peringkat umur.
Tempe Goreng Pedas Daun Limau adalah hidangan yang membuktikan makanan ringkas pun boleh jadi luar biasa. Ia pedas, harum, rangup dan sangat menyelerakan. Resipi ini juga fleksibel. Sesuai untuk snek, lauk pauk, hidangan berbuka, bekal ke pejabat atau hidangan kumpul keluarga hujung minggu.
Paling best, kosnya berpatutan tetapi rasanya tetap “mahal”. Kalau anda peminat tempe, resipi ini wajib masuk senarai! Kalau bukan peminat pun, sekali cuba memang boleh jatuh cinta.