1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul mentega dengan gula kastor dan gula perang sehingga kembang.
2. Tambahkan telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi. 3. Masukkan esen vanilla. 4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati. 5. Masukkan badam cincang dan chocolate chips.
6. Gunakan sudu penyukat saiz ½ sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies.
Boleh dikatakan ramai orang terutama kanak-kanak memang suka ayam panggang, terutamanya bahagiaan dada kerana ia senang disediakan, tiada tulang dan cepat masak. Cuma ramai emak-emak bila sebut ayam panggang macam rasa susah nak buat kat rumah, sebab sebut je panggang ingat masakan barat yang tak biasa masak. Sebenarnya tak susah pun, ia semudah goreng ayam cuma bahan berbeza dan perlu dibakar, itu je.
.
Jom kita buat sendiri di rumah dengan cara paling mudah, hanya 20 minit dada ayam panggang masak dan sedia dihidang bersama nasi ataupun dengan mashed potato, coslow mahupun salad.
Bahan perapan terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Jika tidak mahu pening fikir soal resipinya, ini bahan perapan paling mudah boleh korang cuba.
Ini dia bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan:
2 keping dada ayam tanpa tulang
1 1/2 sudu makan mentega
1 biji lemon | parut kulitnya
1/2 sudu teh cajun
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
.
Gaulkan bahan perapan ini dengan isi dada ayam perap seketika kemudian bakar. Untuk membakar terpulang kepada anda sama ada ingin membakar menggunakan kuali atau ketuhar.
Untuk menikmati ayam bakar ini anda boleh hidangkan bersama sos lada hitam, sos cendawan atau sos mustard dan tambah dengan kentang lenyek atau salad pilihan anda.
Makanan dalam tin tidak kurang enaknya kalau kreatif mengolah resipi menjadi menu baru yang cepat, mudah dan sedap. Sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan boleh juga menjadi menu terdesak jika ada tetamu datang mengejut. Oleh itu, makanan dalam tin boleh menjadi penyelamat. Tidak tahu nak masak apa, ini Rasa sediakan 10 resipi mudah olahan makanan dalam tin untuk anda semua cuba.
IKAN SARDIN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia | kisar
2biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
Kacau hingga kuah pekat.
Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
INFO CHEF:Hidangkan sardine bakar dengan sos berasingan atau dituang terus di atas ikan.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah kering, tutup api.
Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Cara mudah untuk terbalikkan telur dadar, tekapkan telur dengan piring atau pinggan di atasnya kemudian terbalikkan kuali. Telur akan masuk dalam piring dengan cantik.
IKAN MACKEREL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
4 biji bendi
1 biji tomato | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah dua
3 pucuk daun kesum
1/2 cawan air asam Jawa
Air secukupnya
2 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan mereneh seketika sehingga timbul minyak. Tutup api,
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jangan kacau selalu untuk mengelakkan isi ikan hancur.
SAMBAL SOTONG & PERIA
BAHAN-BAHAN:
1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
2 biji peria katak | buang biji & hiris nipis
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
Panaskan minyak, goreng peria separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
Kacau sebati masukkan pula peria.
Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Tujuan peria digaulkan dengan garam untuk mengurang rasa pahit.
GULAI DAGING LENGKUAS BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
2 tin sup daging dalam tin | toskan kuahnya
250ml santan kotak | campur 1/2 cawan air suam
1 potong nanas | dadu sederhana
1 biji tomato | belah empat
4cm lengkuas| hiris nipis dan titik
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
5 tangkai cili kering
5 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan serai dan lengkuas hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan santan, setelah mendidih masukkan daging bersama nanas.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan hirisan tomato.
Setelah cukup masak, tutup api.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan masak terlalu lama kerana daging dalam tin sudah empuk.
AYAM MASAK THAI
BAHAN-BAHAN:
2 tin sup ayam dalam tin
2 batang serai | titik
3 helai daun limau purut | carik-carik
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 sudu makan sos cili
1sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji limau kasturi | ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
1cm halia
1cm kunyit hidup
6 biji cili padi
1 biji cili merah
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
Masukkan sos cili, tomato, tiram dan air limau nipis kacau seketika.
Seterusnya masukkan ayam, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan hirisan bawang Holland dan daun limau purut.
Kecilkan api, kacau perlahan untuk elakkan ayam dalam tin lembut isinya.
Setelah masak, tutup api. Ayam Masak Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika menggunakan ayam biasa, anda boleh goreng separuh masak dahulu. Ia lebih sedap.
KERABU KERANG TOMATO BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin kerang dalam tin | buang kuah
1 kuntum bunga kantan | hiris halus
1 biji tomato | potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 biji limau nipis | ambil jus
3 biji cili padi | hiris
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lalukan kerang yang telah ditoskan air di bawah air paip mengalir. Tos dan ketepikan.
Masukkan semua bahan hirisan, daun ketumbar dan kerang dalam mangkuk.
Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!
Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.
Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.
Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan
BAHAN-BAHAN:
500g tepung beras(kurang pun xpe)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2-3 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
Secubit kapur makan
CARA MEMASAK:
Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT!Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.