
Kalau suka makan biskut , tidak semestinya tunggu musim perayaan. Boleh saja dibuat pada bila-bila masa. Biskut yang dikongsi oleh Watie ini hanya menggunakan empat bahan. Tukar sikit rasa, sedap seperti Biskut Arab😂
Bahan-bahan:
Tepung Jagung 2 Cwn
Susu Pekat Manis Separuh Cwn(Mama tak Nak Manis Sangat kalau Nak Manis Taruk 1Cwn Yea)
Butter Separuh Buku Sahaja(Cairkan)
Minyak Sapi 4 sudu Kecil
Cara memasak:
Campurkan Semua Bahan Tadi
Gaul Rata-Rata Dan Uli Menjadi Doh
Pastu Terpulang Ler Nak Buat Bulat Ke ,Atau Di Acukan…Pastu Bakar Ler….Siap…Sedap😂
Kredit : Watie Aiman
#mahn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Coklat Lembab, Sudah Pasti Gebu & Sedap

Kek Coklat Moist @lembab, memamg sedap dinikmati bila masa pun. Rasa lemak manis kaya bercoklat rugi kalau tak cuba.
Bagi June Ahmad kek ini memang cukup disukai ahli keluarganya. Dia telah mencuba resipi ini dan memang ternyata mudah menjadi.
KEK COKLAT LEMBAB
Resepi asal dr (Munira Baharum)
Bahan A:
⚘1 cwn serbuk koko (3/4 cwn pun ok)
⚘1 cwn susu cair
⚘3/4 cwn susu pekat
⚘3/4 cwn gula
⚘1 cwn minyak masak
*semua bahan di atas gaul sebati dan masak atas api perlahan…
*rehatkan kejap bila bahan sudah sebati…
Bahan B:
⚘3/4 cwn tepung gandum
⚘1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
⚘1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bahan ini diayak…
Bahan C:
⚘4 biji telur (blender jer)
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A.
2. Secara berselang seli dan gaul dengan senduk.
3. Bila dah sebati, masukkan ke dalam dalam loyang yang disapu minyak.
4. Kukus dlm 30-45 minit(bergantung saiz loyang).
*nak test, cucuk dgn lidi, kalau tak melekat adunan kat lidi tuh kira kek dah masak ler…
⚘P/s : Loyang tu kena panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi….
⚘ : Nak senang lagi sebelum tuang adunan, lapik je loyang dgn aluminium foil, gerenti adunan tak melekat kat loyang bila dah masak.
Bahan Topping:
⚘115 gm coklat masakan
⚘60 gm susu cair
⚘30 gm mentega
⚘Cairkan coklat masakan dgn cara double boiler.
CARA MEMASAK :
1. Masukkan susu cair, padamkan api.
2. Masukkan mentega kacau hingga sebati dalam coklat masakan tadi.
Resipi asal Munira Baharum
FB June Ahmad
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/kek-mentega-mudah-buat/
DAN JUGA VIDEO INI :
Ini Cara Buat Kek Buah Kukus Yang Sedap

Kek buah kukus merupakan antara kek tradisional yang kekal popular hingga kini dan ia memang sedap. Tak rugi kalau kita belajar untuk membuatnya kerana tak ramai yang pandai membuat kek ini. Salah satu yang menarik perhatian ialah resipi kek buah perkongsian Puan Hasniza Hassan ni.
Menurut beliau, kek buah kukus ini ada sejarahnya yang tersendiri buat keluarga dimana resipinya dipelajari oleh ibu Puan Hasniza sendiri daripada emak kawan baiknya. Hampir 50 tahun ibu beliau buat kek kukus buah ini untuk dihidangkan kepada tetamu dan sebagai buah tangan terutamanya di Hari Raya.
Kini diusia 76 tahun, kepakaran ibu telah diwariskan kepada Puan Hasniza dan beliau juga berhajat untuk berkongsi resepi ini dengan semua yang ingin mencuba.
KEK BUAH KUKUS KLASIK
BAHAN A:
- 600gm tepung gandum
- 4 sudu teh Cream of Tartars
- 2 sudu teh Bicarbonate of Soda
- 300gm Mixed Fruit
(gaul semua dan ketepikan)
BAHAN B:
- 450gm marjerin planta
- 225gm gula halus (biasanya mak Kak Has akan kisar halus gula kasar)
- 5 biji telur ayam gred B/A
- 3 sudu teh esen vanila
(pukul semua bahan sehingga ringan)
BAHAN C:
- 225gm gula kasar
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas berlainan, masukkan planta dan gula kisar halus. Pukul hingga ringan.
3. Masukkan telur satu persatu. Kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
5. Tambahkan campuran bahan A ke dalam adunan B. Gaul hingga sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan seketika.
6. Untuk bahan C, goreng gula kasar dalam kuali hingga mendidih dan berbuih. Jangan masukkan air.
7. Sentiasa kacau gula semasa menggoreng supaya semua gula larut sekata.
8. Setelah gula berbuih, tutup api dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek. Gaul rata. Sekiranya lambat, gula akan mengeras.
9. Paling baik jika ada 2 orang membuatnya. Seorang tuang gula, seorang lagi kacau adunan. Namun perlu berhati-hati kerana gula panas.
10. Gaul rata gula yang digoreng dalam adunan.
11. Masukkan adunan yang dah siap ke dalam loyang kek.
12. Mak Kak Has suka guna bekas mangkuk tingkat bersaiz 8 inci ini. Guna sekali dengan penutupnya. Boleh juga guna periuk atau loyang kek.
13. Adunan ini perlu ditutup rapat. Walaupun dah ditutup dengan penutupnya, masih dibalut dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali. Tujuannya supaya wap daripada kukusan tak masuk ke dalam kek.
14. Sementara nak buat kek tadi, siapkan kukusan untuk mengukus kek. Didihkan air dalam 2/3 bekas kukusan.
15. Masukkan kek dalam kukusan dan kukus selama lebih kurang 4 jam 15 minit.
16. Setiap 45 minit, periksa air kukusan. Tambahkan dengan air mendidih ke paras 2/3 bekas. Jangan tambah guna air biasa. Selalu yang kami buat ialah didihkan air tambahan di sebelah kukusan.
17. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi, video & foto sepenuhnya: FB Hasniza Hassan
Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kek Coklat Moist Kukus Dengan Topping Melimpah Ruah. Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Resipi Kek Kukus Masam Manis Paling Mudah Dicuba & Rasa Sedap!

Kek lama yang punya ramai peminat. Teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu dinikmati. Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi di bawah ini antara yang terbaik dan mudah.
KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 250gm mentega
- 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh baking powder
- Kepingan Haw Flakes secukupnya
- Pewarna hijau dan merah jambu- ikut suka
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar lagi.
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna merah jambu. Kukus sekali lagi hingga masak. Ulang langkah hingga adunan habis. Pastikan pada lapisan paling atas, letak kepingan haw flakes.
10. Setelah masak, angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Masura Mastori