
Roti golok pernah viral suatu ketika dulu. Rasanya lemak manis. Kalau diikutkan, roti golok ni simple je. Nak buat pun senang. Jadi, kalau anda penggemar roti golok, boleh try buat sendiri. Puas makan. Lembut je teksturnya.
ROTI GOLOK
BAHAN A
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh BAHAN A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)
BAHAN B
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur ayam
1sudu besar susu tepung
(Ramas- ramas BAHAN B sampai rata)
CARA MEMBUAT
1. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik, rehatkan doh selama 30 minit.
2. Timbang doh 20 gram setiap satu sebanyak 3 ketul untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal ikut cita rasa masing-masing.
3. Susun dalam loyang.
4. Rehatkan lagi selama 30 minit atau sampai naik dua kali ganda. Sementara itu panaskan oven. Bakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing dengan suhu api atas bawah.
5. Tunggu roti sejuk baru sapu mentega. Tabur gula kastor atau gula halus.
Kredit Resipi: FB Pakcu Kek
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Focaccia Bread Istimewa Untuk Minum Petang Bersama Keluarga

Roti leper ini dikatakan berasal dari Italy. Ada pelbagai resipi focaccia ni, yang paling menonjol ialah Rosemary Focaccia. Bahagian atas roti ni boleh ditambah pelbagai bahan seperti hirisan buah zaitun, cincangan bawang putih, daun parsley/rosemary/thyme dan lain-lain.
Hari ini Chef Sue kongsi cara buat dua jenis focaccia bread. Satu jenis yang agak gebu dan satu jenis lagi yang leper dan garing. Tapi dohnya adalah dari resipi yang sama. Roti ni sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan sampingan. Kalau tekak melayu, makanlah cicah kuah kari ke, sambal tumis ke atau cicah dalam kopi O panas .
FOCACCIA BREAD
Bahan-bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1 1/3 cawan air suam (lukewarm)
1 cawan minyak zaitun
11grams yis kering-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan madu asli-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam halus
Cadangan bahan-bahan lain:
Cincangan bawang putih
Daun parsley kering/segar
Daun Rosemary
Minyak zaitun
Hirisan buah zaitun hitam/hijau
Flaky sea salt (jika suka)
Cara membuat:
1. Tuang air suam dalam mangkuk pengadun. Tabur yis kering dan kacau rata. Biarkan 5-10 minit hingga yis kembang/berbuih.
2. Masukkan minyak zaitun, madu asli, garam dan tepung gandum yang dah diayak ke dalam mangkuk pengadun berisi yis tadi. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk. (8-10 minit medium speed).
3. Bulatkan doh, letak dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap. Rehatkan doh 45-60 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
4. Keluarkan doh dari mangkuk dan tumbuk-tumbuk untuk buang lebihan angin yang terperangkap.
5. Canaikan doh menjadi empat segi (bulat pun boleh) pada ketebalan yang diingini. Saya buat 2 jenis, satu tebal sedikit (lebih kurang 1 inci) & satu lagi sedikit leper (1/2 inci). Letakkan doh ke dalam dulang yang dah disapu dengan sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung.
6. Gunakan hujung jari dan tekan doh (tapi jangan tekan sampai berlubang) pada beberapa tempat dan rehatkan doh 15-20 minit.
121599538_10224890857677901_1828255300071465520_n.
7. Sapu permukaan doh dengan minyak zaitun secukupnya. Susun daun Rosemary dalam lubang-lubang tadi. Tabur daun parsley dan flaky sea salt. (Boleh tambah bahan-bahan lain seperti dalam cadangan).
8. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit atau hingga roti keperang-perangan. Potong roti dan hidangkan panas
Kredit : #recipebychefsuearukin
Bertuah Bila Puan Sri Betty Saw Berkongsi Resipinya yang Ringkas Lagi Menyelerakan.

Temujanji dengan Puan Sri Betty Saw di kediamannya bagaikan satu penghormatan kepada min penulis yang sekian lama mengaguminya sebagai seorang yang pakar dalam bidang masakan. Beliau antara pelopor chef wanita Malaysia yang masih aktif walaupun lebih 30 tahun berada dalam industri.
Istimewanya, Puan Sri Betty adalah seorang chef yang pakar dalam pelbagai jenis masakan dari dari masakan tempatan (Melayu, Cina dan India) hingga antarabangsa, semuanya boleh disediakan. Malah lebih sedap bila diolah semula oleh beliau.Menurut Puan Sri, masakan dan baking adalah dua perkara yang sudah sebati dengan diri beliau. Hingga jika sehari tidak masuk dapur bagaikan tidak lengkap hari tersebut. Setiap hari ada sahaja idea untuk memasak,pendek kata tengok sahaja bahan resipi sudah ada dalam fikiran beliau.
“Sebagai seorang yang sentiasa memasak, seronok rasanya kalau tetamu datang bertamu dapat diraikan dengan air tangan sendiri. Sekurang-kurangnya secawan kopi dan mengudap satu atau dua kudapan ringan yang saya sediakan,” ujar Puan Sri yang berpisah tiada dengan masakan dan baking.
Patutlah beliau berulang kali menegaskan bahawa memasak adalah jiwanya . Dek kerana itulah, tidak ada istilah jemu atau bosan bila berekspremen dengan segala bahan masakan. Setiap hari ada sahaja masakan yang disediakan, sementelah lagi apabila beliau menerima tetamu. Bermacam juadah disediakan untuk meraikan tetamu beliau.
CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 200gm kobis | cincang halus
- 1/2 batang lobak merah |cincang halus
- 5 ulas bawang putih | kisar
- 150 gm tepung beras |ayak
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
- 2 batang daun bawang |cincang
- 175 ml atau 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
- Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
- Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
- Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
- Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
- Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
- Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
- Hidangkan bersama sos cili.
BOTOK UDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 150gm isi ayam | potong dadu ukuran 1cm
- 150gm udang | buang kulit dan cincang
- 1/2 sudu teh garam dan serbuk lada hitam
BAHAN CAMPURAN SANTAN:
- 75ml santan
- 2 sudu makan sambal tomato
- 2biji cili merah | buang biji dan hiris halus
- 3 biji cili padi | hiris halus
- 4 ulas bawang merah |hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1/2 sudu teh gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 10 helai daun Thai Basil | cincang halus
BAHAN LAIN:
- 2 batang daun bawang | cincang halus
- 2 biji telur | kacau rata
- 20 helai daun kesum
- Daun pisang ikut keperluan
- Lidi pencucuk secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL TOMATO:
- 20 cili merah | buang biji
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk belacan
- 1 1/2 sudu the garam
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 biji tomato | cincang
- 1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
- Masukkan hirisan ayam dan udang dalam mangkuk, taburkan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
- Masukkan campuran santan dalam mangkuk ayam dan udang. Gaul rata.
- Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau tadi, gaul rata dan perap lebih kurang 30 minit.
- Kemudian ambil daun pisang, letakkan di atasnya dua helai daun kesum. Diikuti dengan dua sudu bahan perapan tadi di tengah daun pisang.
- Bungkus dan kemaskan bungkusan dengan lidi pencucuk
- Lakukan sehingga bahan perapan habis.
- Panaskan pengukus, kemudian masukkan dalam pinggan dan kukus lebih kurang 20 minit.
- Cara membuat sambal tomato.
- Campurkan cili merah , bawang merah, bawang putih, garam, belacan di dalam mangkuk pengisar. Kisar hingga halus dan masukkan dalam mangkuk.
- Gunakan pengisar yang sama, kisar pula tomato, keluarkan dan ketepikan.
- Tuangkan pes cili tadi di dalam kuali, masak atas api sederhana.
- Kacau selalu hingga timbul minyak.
- Masukkan pula tomato kisar tadi, kacau hingga pekat dan tambahkan gula.
- Masak satu minit lagi, tutup api.
Roti Telur Kukus, Menu Mudah Hanya Guna 3 Bahan

Isi Kandungan
ToggleRoti Telur Kukus memang sedap dan mudah sediakan. Menurut empunya resipi saudari Siti Nornaim Keng, menu ini adalah kenangan makanan yang arwah ibunya selalu buat. Kalau ada roti yang tak habis atau roti yang sudah agak keras serta hampir tamat tempoh, mesti buat macam ni.
Roti yang baru dikukus, memang sangat sedap dan lembut. Seakan roti yang baru dimasak. Berbaloi sangat untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya. Anda sekeluarga pasti sukakan rasanya.
RESIPI ROTI TELUR KUKUS SEDAP & MUDAH. HANYA GUNA 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
Roti sandwich
Marjerin – beli online disini
Telur rebus
CARA MEMASAK:
1.Ambil kepingan roti dan sapu marjerin dengan banyak. Lakukan hingga habis. Paling sedap guna marjerin pelangi. Wangi baunya.
2.Kupas telur rebus dan hancurkan dalam mangkuk bersesuaian.
3. Sudukan telur rebus yang dihancurkan tadi atas roti banyak-banyak dan kepitkan dengan sekeping lagi roti. Potong dua.
4. Susun potongan roti dalam periuk kukusan. Kukus selama 10 minit.
5. Roti ini sedia untuk dinikmati. Lembut, gebu memang sangat sedap!
Kredit resipi & foto: Siti Nornaim Keng
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official