Anak-anak suka makanpizza? Kalau beli, pasti jarang sekali kerana harganya agak mahal. Ni ada resipi doh pizza/’pizza base’ perkongsian saudari Rasyidah Nur Hayatiyang boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut cita rasa. Memang berbaloi untuk dicuba.
250gm adunan doh roti asas ( yang di sejuk bekukan. Boleh guna mana-mana resipi roti asas yang ada dikongsi. Nyahbeku sebelum digunakan)
Ads
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan A ke dalam Bread Maker. Set fungsi ‘knied’ 45 minit. 2. Pada 15 minit akhir ulian, masukkan bahan B. Teruskan uli sehingga selesai. Doh tidak perlu terlalu elastik. 3. Ambil doh, timbang 127gm. Kadang-kadang adunan dapat 130gm. Ubah timbangan supaya semua doh sama berat. Jumlah doh dapat ialah 5 biji.
4. Bulatkan doh, tutup bekas dengan kain atau plastik dan rehatkan selama 10 mi nit. 5. Tabur tepung pada permukaan papan. Canai leper sehingga saiz 8 inci. Jangan cuak jika adunan jadi nipis. 6. Celup doh yang sudah dicanai dalam tepung suji / tepung semolina. Rehatkan selama 25 minit. 7. Cucuk doh guna lidi. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 160C, menggunakan api atas bawah selama 10 minit. ( sebelum tambah topping).
8. Keluarkan, sejukkan doh. Kemudian tambah topping dan bakar kembali pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga pizza masak dan keju cair. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya Pasta Carbonara Mayones ni. Sesekali layankan selera ala Itali ni memang buka selera juga. Cara penyediaannya pun ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba resipi perkongsian KieSha IzzRul ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
CARA MASAK PASTA CARBONARA MAYONES
BAHAN-BAHAN:
1 pek pasta Fettuccine – direbus dengan minyak dan garam
2 tin sos Carbonara (tin biru)
1/2 botol sederhana Mayones – boleh letak lebih. Ikut selera.
2 tin air (guna tin biru tadi) – jika kuah terlalu pekat, boleh lebihkan.
Daging kisar secukupnya
Sayur campur secukupnya
Cendawan butang
Bawang besar dan bawang putih – dipotong dadu. Jumlah ikut citarasa
Sedikit garam
Serbuk pati ayam
CARA MEMASAK:
Rebus pasta hingga lembut. Ketepikan untuk dihidangkan kemudian.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
Masukkan daging kisar.Goreng hingga masak.
Seterusnya tambahkan sayur campur diikuti hirisan cendawan butang. Kacau lagi.
Kemudian masukkan sos carbonara dan air.
Masukkan mayones. Kacau lagi hingga semua sebati.
Perasakan dengan serbuk pati ayam dan juga garam. Sebelum tambah perisa, sebaiknya cuba dulu kuah bagi mengelakkan rasa masin yang melampau.
Biar hingga kuah mendidih. Angkat dan nikmati bersama pasta yang telah direbus tadi.
Ini salah satu lagi resipi sambal yang memang legend. Sedap sesangat pulak tu. Boleh dimasak untuk dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam. Resipinya simple saja tapi memang sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
Bahan-Bahan
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap. 5. 5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Bagi penggemar sajian sambal, resipi Sambal Geprek perkongsian saudari Juwita Afifah ini antara yang harus dicuba. Katanya resipi ini sedikit berbeza namun kena dengan selera beliau. Malah ia diperolehi dari blog orang Indonesia dan merupakan resipi asal Sambal Geprek dari Jogjakarta.
Menerusi perkongsian beliau juga menerangkan mengenai perbezaan antara Sambal Penyet, Sambal Geprek dan Sambal Gepuk. Jika Sambal Penyet, ia perlu dimasak dua kali atas api. Sambal Geprek pula tidak perlu dimasak, sama macam Sambal Gepuk. Hanya letak minyak panas. Cuma bezanya, Sambal Gepuk tidak perlu digaul dengan ayam manakala Sambal Geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Wow…nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL GEPREK PALING ENAK
BAHAN-BAHAN: 20-30 biji cili padi Cili besar – dicincang kasar 4 ulas bawang putih 10-12 biji kacang gajus 3 sudu makan minyak panas bekas goreng ayam Ayam tanpa tulang – digoreng celup tepung. (empunya resipi guna ayam celup tepung readymade)
CARA MEMASAK: 1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Jika ada lesung cobek boleh juga guna.
2. Lumatkan semua bahan menggunakan lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Ambil terus dari kuali semasa sedang panas adalah paling bagus supaya sambal masak sedikit.
5. Gaul rata semua bahan hingga lumat.
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprekkan ayam tersebut bersama dengan sambal.
7. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih.
NOTA: Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...