Pizza antara snek kegemaran kanak-kanak. Jika anak anda gemarkan hidangan ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri di rumah menggunakan resipi pizza homemade sedap perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Bahan-bahannya sangat mudah malah cara memasaknya juga sangat sempoi. Guna kuali non-stick (tahan lekat) dan masak atas dapur gas je. Tak perlu ketuhar pun! Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

PIZA HOMEMADE TANPA KETUHAR

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 2 cawan air suam
  • 1 paket mauripan
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan gula
  • Secubit garam

BAHAN INTI ( TOPPING):

  • Sos pasta tradisional – apa-apa jenama
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit hirisan bawang holland
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
  • Hirisan sosej, isi ayam, cendawan butang, hirisan nanas, tomato, keju atau aneka makanan laut

( boleh pelbagaikan ikut citarasa)

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

CARA MEMASAK:

1. Sediakan inti terlebih dahulu. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan hirisan sosej, ayam dan cendawan.

2. Tumis sampai masak dan perasakan dengan garam serta lada hitam. Ketepikan.

IKLAN

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

3. Untuk doh, ambil 1 cawan air, tuang mauripan dan masukkan secubit gula. Biar selama 2-3 minit. Bila muncul buih-buih, ia menandakan ia sedia untuk digunakan.

4. Gaul tepung bersama minyak. Tambah air dan bancuhan mairipan tadi. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila doh dah tak melekat di tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

5. Selepas 1 jam, doh akan naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar.

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

6. Bahagikan doh kepada 5 bahagian atau lebih.

IKLAN

7. Bentukkan doh menjadi bulat dan leper. Kemudian letakkan di dalam kuali.

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

8. Sapu sos pasta kemudian isikan inti/topping piza yang dimasak tadi. Tabur keju dengan secukupnya.

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

IKLAN

9. Masak doh guna api kecil sahaja selama 10-15 minit ikut ketebalan pizza yaang dibuat. Pastikan tutup menggunakan  tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau lapik di dalam kuali.

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

10. Bila keju cair dan pizza telah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

Cara Masak Pizza Homemade Yang Sedap Guna Kuali Non-Stick

INFO:

  1. Kalau suka kerak piza yang rangup, masak doh terlebih dahulu sebelum isi inti/topping.
  2. Jika nak piza yang lembut macam roti, letak inti/topping atas doh mentah kemudian baru masak.
  3. Keju akan ambil masa 3-4 minit untuk cair.
  4. Jika nak lebih cepat, boleh guna roti nan atau roti arab.

 

Kredit resipi & foto: Murni Rahmat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI