Apabila cuaca panas kita lebih suka memilih sajian yang ‘sejuk-sejuk’ dan lembut untuk melegakan tekak. Kalau belum ada idea nak masak apa untuk sajian pencuci mulut petang ini, apa kata kita cuba masak Pisang Karamel Bersos Kastard Nanas. Ini resipi yang dikongsikan oleh Nurhayati Abd Malek Makan sejuk-sejuk terasa nyaman ditekak.
RESIPI PISANG KARAMEL BERSOS KASTARD NANAS
BAHAN-BAHAN:
1 sisir pisang
Sedikit mentega
1 sudu besar gula – BELI ONLINE
BAHAN SOS KASTARD:
2 tin susu cair – BELI ONLINE
1 sudu besar tepung kastard – BELI ONLINE
½ cawan air kosong
Secubit garam
Gula secukupnya
1 cawan nenas
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula kita ‘caramalizedkan’ pisangnya dulu. Letakkan mentega.
2. Apabila sudah elok mentega cair, bolehlah kita susun atur pisangnya begini. Terpulang pada kalian mahu belah dua dulu ke pisangnya atau tidak. Selepas itu taburkan gula.
3. Biarkan saja begitu. Selepas gula cair, bolehlah dibalik-balikkan pisangnya agar kesemua bahagian masak sempurna. Pisang karamel sudah siap. Ketepikan. Simpan di dalam peti sejuk.
4. Untuk membuat kuahnya pula, masukkan 2 tin susu cair bersama 1 sudu besar tepung kastard yang sudah dibancuh dengan ½ cawan air ke dalam periuk.
5. Kacau sehingga kuah pekat sedikit.
6. Masukkan nanas dan kacat. Kemudian tutup api barulah masukkan gula. Kenapa tutup api baru masuk gula? Untuk elakkan susu senang hangus. Susu cair memang mudah hangit terutama apabila awal-awal sudah diletakkan gula. Bila hangit pahitlah rasanya.
7. Begini keadaannya. Sudah siap! Bolehlah disejukkan kesemuanya dulu.
8. Inilah hasilnya pisang karamel. Baunya memang menyelerakan. Tuangkan sos kastard nanas. Hidangkan.
Sumber kredit: Nurhayati Abd Malek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sejuk Bekukan Sayur-sayuran EMAS Ini Dalam Peti Sejuk, Tak Adalah Menggagau Cari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI