Siapa tidak kenal dengan wanita hebat ini. Sheila Rusly; nama gah yang dihormati dalam lapangan dunia seni sebagai pelakon, pengacara dan penerbit popular di Malaysia.
Mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak dari tahun 1986, tidak dinafikan isteri kepada Azman Hj Yahya @Jinggo ini punya aura serta karismanya yang tersendiri. Lihat sahaja setiap sentuhan karya seni yang dihasilkan beliau. Pasti ada yang melekat dan memberi kesan mendalam terhadap jiwa penonton.
Dalam bidang pengacaraan pula, selebriti yang manis berhijab ini banyak mengacarakan rancangan berkaitan masakan. Antara program yang menjadi ‘signature’ Sheila adalah Ketuk-Ketuk Ramadan. Setiap kali tibanya bulan puasa, rancangan inilah yang ditunggu-tunggu oleh kaum ibu. Masakan sedap, mudah malah celotehnya juga membuatkan penonton rasa terhibur.
Jangan tak tahu, Sheila Rusly juga ada koleksi buku masakan beliau sendiri tau. Antaranya ialah Ketuk-Ketuk Ramadan, Ketuk-Ketuk Sheila Rosly, Ketuk-Ketuk Sheila Rusly 2011 dan Ketuk-Ketuk Sheila Rusly: Mudah Lagi Berkhasiat.
Bagi yang follow selebriti ini di instagram, pasti tahu yang Sheila suka berkongsi pelbagai aktiviti beliau di laman sosial tersebut. Malah, beliau juga rajin berkongsi resipi dan video masakan dengan para peminat. Wow! Powerlah super mum nih! Jom skodeng apa menu-menu yang Sheila Rusly suka masak. Mana tahu boleh dijadikan idea masak nanti.
Salah satu menu yang paling laris jualannya bagi peniaga katering kecil-kecilan, Lyn Love ialah set nasi dengan lauk ayam goreng madu berempah. Justeru, ramai yang meminta resipi daripadanya.
“Saya tak kisah berkongsi resipi. Malah saya masukkan resipi tu di facebook saya. Semua boleh tengok dan cuba sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah. Kadang resipi sama, tapi air tangan tak sama. Kalau ada yang yang nak guna resipi tu untuk berniaga pun, saya tak kisah,” katanya.
Lyn ialah surirumah yang membuat bisnes katering di sekitar Shah Alam, Selangor. Ramai pelanggannya terdiri daripada surirumah juga dan juga syarikat korporat sekitar Shah Alam.
“Saya ambil katering paling banyak untuk 200 orang. Saya tak boleh ambil banyak kerana kediaman saya apartment dan ruangnya terhad. Kalau terima banyak, saya berkongsi rezeki dengan kawan-kawan yang juga buat katering,” katanya yang suka berkongsi rezeki.
Jom kita lihat resipi ayam goreng madu berempah yang dikongsikan oleh Lyn.
AYAM GORENG MADU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
8 ketul ayam
Tepung goreng ayam secukupnya
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
Daun kari
Madu secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam bersama tepung goreng ayam jenama Bestari.
2. Masukkan serbuk rempah kari daging dan daun kari. Gaul rata. Kemudian perap selama 7 minit.
3. Masukkan madu. Gaul lagi.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Jika ayam ini hendak diratah, tidak perlu dimasukkan garam.
6. Panaskan minyak masak.
7. Goreng ayam sehingga masak. Angkat. Boleh dihidangkan.
Ayam goreng berempah sedap dimakan dengan kuah kari kentang, sambal belacan dan ulam timun.
Selamat mencuba!
Selain ayam goreng berempah, Lyn turut mengambil katering menu pulut kuning dan rendang ayam yang menjadi kesukaan ramai orang. Sesuai untuk sarapan, minum petang dan juga sambutan majlis istimewa.
Pulut kuning dan rendang ayam.Pulut kuning berhias.Lyn turut menyediakan bouquet coklat harga bajet.
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu mencegah pelbagai penyakit. Antaranya sakit jantung, diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi. Ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan dalam masakan harian. Ia bukan hanya mudah tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, buntu juga kan? Jadi boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Dijamin enak dan menjilat jari. Mudah sahaja cara pembuatannya. Jadi, selamat mencuba!
RESIPI AYAM PERAP MAYO
BAHAN-BAHAN:
Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak
BAHAN PERAPAN:
Halia
Bawang putih
Mayones
Sos Tiram
Kicap manis
Madu
Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam
( **bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.