Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
WARONG AMBO
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Ads
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Dekat Shah Alam dah ada Chicken Royale. Korang yang suka menikmati ayam bersama sos peri-peri, wajib singgah ke sini. Dengarnya ramai yang suka datang ke sini sebab portion besar dan dah tentu sedap menunya.
Outlet ke enam di Shah Alam tampil dengan desain ala-ala hipster. Sesuai untuk family dan remaja,santai dan selesa.
Krew Makan Di Mana sempat merasa menu killer di sini. Memang besar portionnya. Pendek kata memang puas makan dan boleh kongsi makan dengan yang tersayang.
Set Bersiong
Antara menu yang kami cuba ialah Set Bersiong. Menu best seller kat Chicken Royale. Cheese panas-panas sekuali dicurah atas Set Bersiong ni. Sesuai dimakan 4-5 orang. Tip nak makan set ni, lepas cheese dituang atas side dish,korang terus tarik cheese waktu panas-panas. Jangan biarkan lama nanti tak syok.
Set ni dihidangkan dalam talam besar dan didalamnya ada Ayam Peri-Peri,Nasi arab ,nugget,fries,wedges,sayur & sos yogurt,sos peri-peri,sos nachos &sos cili.Siapa craving cheese wajib ambil set ni.
Parameswara Special
Saiz burger ni sangat besar, Pastikan perut sedia nak terima. Boleh juga dikongsi bersama teman.
Di dalamnya ada ayam dan hirisan daging itik salai. Lain macam sedapnya.
Nasi Teja (Ayam PeriPeri)
Nasi Basmathi Berempah dihidangkan dengan Ayam Peri Peri ,Salad Timun bersalut Yogurt dan Sos Peri Peri.
Nasi Teja ni , dibuat menggunakan beras basmathi yang dimasak dengan rempah nasi arab. Tapi bukan nasi arab, bukan nasi beriani tapi nasi ciptaan pemiliknya sendiri. Lauknya ialah ayam Peri Peri panggang dan ada Salad Timun bersama Sos Youghurt. Sos tu memang rare sebab resipi oleh pemilik sendiri. Tak lupa ada Sos Peri Peri .
Pendek kata makan di sini, gerenti kenyang dan jika tak habis boleh dibawa pulang. Bolehlah datang nanti merasai keenakan menu di sini.
Melalui facebook Tengku Yusrisna Ayud, dia memberitahu kita semua ada sebuah lokasi makanan bajet di Paroi, Negeri Sembilan. Menariknya, kedai makan itu menawarkan hidangan pada harga yang terlalu murah iaitu RM2 sepinggan.
Pada mulanya dia menyangka hidangan itu dalam portion sedikit seperti menu kanak-kanak. Namun portionnya tetap sama sebagaimana orang dewasa. Cumanya jangan disangka ada udang atau sotong.
"Korang, acik nak share satu port kedai makan budget. Selalu kedai barang je RM2 kan. Ni kedai makan RM2. Asal acik ingat 3 suap je makanan dia. So acik oder la macam-macam. Semua menu dia acik oder. Sekali ambik kau. Hongeh nak habiskan."
Ini senarai menu yang ada dijual di D'river Corner. Nasi goreng cina
Nasi goreng sardin
Nasi goreng cili api
Mi goreng
Mihun goreng
Kuetiau goreng
"So far sedap. Tapi korang janganlah impikan udang sotong. Ayam boleh tahan banyak juga. Yang penting berasa makanan dia. Walaupun harga RM2 tapi tak la sikit sangat. Kalau korang yang jenis memang makan sikit tu cukuplah. Tapi kalau macam acik ni kena makan 1 dan 1/2 pinggan.
Lagi satu yang istimewa di sini, kedai ni tepi sungai. Kalau datang waktu petang mesti dapat tengok orang memancing. Kalau kaki pancing bawalah joran sekali. Acik bagitahu, ini warung tau. Bukan kedai atau kafe hipster. Kang ade pulak yang cakap kedai apo la acik rekemen ni. Tapi makanan dia, acik rekemen sangat."
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nasi Lemak adalah antara hidangan popular di kalangan rakyat Malaysia. Menu ni boleh didapati dan dinikmati pada setiap masa. Dari pagi hingga ke tengah malam, anda boleh menikmati sajian Nasi Lemak ni dengan mudah. Jom lihat lokasi-lokasi nasi lemak best di sekitar Lembah Klang dan Petaling Jaya ni yang boleh anda cuba. Mungkin ada dalam senarai ni yang anda belum ‘test’ lagi.
1. Nasi Lemak Wak Wanjor
Nasi lemak Wak Wanjor adalah nasi lemak yang popular di kalangan warga kota yang mana difahamkan telah dibuka sehjak tahun 80an lagi. Terletak di Kampung Baru, nasi lemak ini memang menjadi pilihan ramai. Nasinya dijual dengan harga serendah RM3 dan terdapat pelbagai pilihan lauk pauk lain seperti lauk sotong, ayam, daging, paru, limpa dan banyak lagi.
Lokasi : Jalan Raja Muda Musa (Kampung Baru), 50300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Nasi Lemak Tanglin terletak di Medan Selera Tanglin berhampiran dengan Klinik Kesihatan Tanglin dan Masjid Negara. Ia memang popular sejak dahulu lagi dan menjadi kegemaran warga kota. Menurut review dari para pelanggan, Nasi lemak Sambal Sotong adalah antara menu yang paling mendapat sambutan. Nak tahu sedap ke tak? Kena cuba ya.
Lokasi : Medan Selera Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Bagi yang tinggal di kawasan Gombak dan Setapak pastinya tahu akan keenakan nasi lemak di Mali’s Corner ini. Bagi yang tercari-cari restoran nasi lemak yang enak, disini memang lokasi yang anda wajib tuju. Nasinya yang lembut enak, ayam goreng garing serta sambal yang ‘perfect’. Memang puas makan. Selain nasi lemak, Mali’s Corner juga terkenal dengan keenakan Char Kuey Teow nya. So, anda boleh cuba.
Alamat: Platinum Walk, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Salah satu port makan yang menghidangkan sajian nasi lemak yang best! Nasi lemaknya yang berwarna kuning memang ‘berhantu’. Ramai yang datang sanggup beratur lama untuk menikmati keenakan nasi lemak disini. Lauk pauknya pun banyak. Ada sotong, udang, ayam dan banyak lagi. Pilih sahaja. Di cawangan Shah Alam ini, Nasi Lemak Royal Kedah beroperasi pada 7.00 pagi hingga 1 pagi setiap hari.
Lokasi : Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor & Jalan Ampang Putra, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.
Jika teringin nak makan nasi lemak untuk makan malam atau ‘supper’, Nasi Lemak CT Garden ni memang sesuai. Terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pastinya lokasi ini mudah untuk anda tuju. Bagi yang tidak biasa, waze sahaja. Pasti jumpa. Disini anda boleh menikmati nasi lemak bungkus bersama pilihan lauk pauk yang banyak. Jadi, pilih sahaja ikut selera dan citarasa anda.
Nasi lemak lobster? Wow! Mendengar namanya sahaja boleh buat anda ternganga. Agaknya berapalah harga nasi lemak ni kan? Jangan risau, ada juga nasi lemak lain yang boleh anda pesan. Harganya pula serendah RM3 bagi nasi lemak biasa. Selain lobster, ada juga nasi lemak udang galah jumbo, sotong bakar, ayam dara goreng, udang garlic butter dan banyak lagi. Memang sedap! Anda yang mahukan kelainan, boleh cuba nasi lemak disini.
Lokasi :21 Jalan PJU 1A/20A, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Village Park Resturant ternyata tidak perlu diperkenalkan lagi. Bagi yang biasa, pasti tahu akan keenakan juadah disini. Paling istimewa, sajian nasi lemaknya yang menjadi bualan ramai. Restoran ini juga merupakan tempat makan yang menjadi kegemaran serta pilihan selebriti tanah air, ahli-ahli politik serta para VVIP. Antara yang pernah menjamu selera disini ialah Perdana Menteri; Dato Seri Najib Tun Razak, jaguh badminton negara; Dato’ Lee Chong Wei dan ramai lagi.
Sajian paling popular di restoran ini adalah Nasi Lemak Ayam Goreng. Bunyinya agak biasa tapi percayalah, rasanya memang luar biasa! Nasi dimasak lembut dan wangi, dihidang bersama sambal enak serta dilengkapi dengan ikan bilis garing, kacang tanah rangup, hirisan timun segar, potongan telur yang direbus sempurna dan dialas dengan daun pisang. Fuh!!! Memang beraroma dan rasa sempurna.
Jika tak terasa nak makan nasi lemak, usah risau. Anda tak akan pulang dengan perut kosong! Ini kerana terdapat pelbagai lagi pilihan lain yang boleh dicuba. Antara yang ada dan mendapat komen baik dari pelanggan ialah Lontong, Soto, Mi Udang Penang, Assam Laksa, Mi Rebus Singapure, Mi Kari, Rendang Daging dan Set Nasi Dagang. Malah anda juga boleh menikmati Chee Cheong Fun, Ipoh Hor Fun Soup, dan Pan Mee. Bagi yang tak nak makan sajian berat, ada juga disediakan Roti Sambal, Roti Kukus, Roti Bakar dan bermacam-macam lagi.
Lokasi: 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Ketahui cara memilih kerang segar yang manis, berisi dan berkualiti. Ikuti 7 tip penting untuk memastikan kerang yang dibeli masih hidup, selamat dimakan dan lebih sedap dimasak.