Ayam bahagian drumet ini memang sedap sebab isinya lembut. Salah menu yang enak untuk bahagian ini selain goreng adalah drumnet ayam bakar pedas manis.
Menu ini juga paling sesuai untuk diratah, atau dimakan bersama hidangan bihun atau nasi goreng. Kalau nak cuba sebaiknya buat banyak terus supaya puas makan. Selain drumet, boleh juga gunakan bahagian kepak ayam.
Bahan-bahan:
1 kg ayam bahagian drumet
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu secukupnya
Bahan rempah:
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Ads
Cara memasak
1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan ayam dan gaulkan hingga sebati.
2. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Ads
3. Susunkan ayam di dulang ketuhar. Kemudian masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4. Bakar kali pertama pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas drumnet ayam dan bakar lagi selama 10 minit.
5. Akhir sekali, campurkan madu dengan drumnet ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan (lebih kurang 10 – 20 minit, Bergantung pada ketuhar).
Ads
6. Keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada digoreng dengan minyak.
INFO : Rasa manis dan pedas boleh ikut cita rasa masing-masing.
Jom masak nasi goreng mudah janji rasanya memang sedap. Nasi goreng memang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk.
Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
1. NASI GORENG TOM YAM KAW
BAHAN-BAHAN:
250gm nasi putih
4 ketul ayam | dipotong kiub
½ sudu teh rempah tom yam
1 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang merah
2 biji cili merah | diketuk
½ biji limau nipis
20gm hirisan timun
20gm hirisan lobak merah
10gm tauge | hiasan
1/2 biji tomato | hiasan
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan. 2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika. 3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. 4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata. 5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata. 6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
2. NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi
100gm kacang buncis
2 ketul tauhu | goreng sedikit
4 ulas bawang merah | hiris nipis
3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
3 biji telur
1 batang lobak merah | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
3. NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
6 ekor udang bersaiz besar
3 cawan nasi putih
5 tangkai cili kering | dikisar halus
2 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Secubit belacan | dikisar
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang dan gaul hingga masak.
Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
4. NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
5. NASI GORENG AYAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minyak masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Bila nak masak tomyam, mestilah kena ada pes. Tapi macam mana pula bila nak masak, tapi pes pula habis. Nak keluar ke kedai semata-mata nak beli satu barang, agak kurang rajin. Jadi, cuba buat tomyam tanpa pes ni. Rasanya sedap dan lebih senang nak masak. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TOMYAM AYAM CENDAWAN TANPA PES
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam
2-3 ulas bawang putih – diketuk
3 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut
4 sudu makan sos cili
200gm bunga kobis
100gm cendawan
1 tangkai daun ketumbar
2-3 akar ketumbar – dibersihkan
2-3 batang baby corn
1-2 biji limau nipis – ambil jusnya
3-4 biji cili padi
5-6 biji tomato ceri
Gula dan garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan masukkan bawang putih, serai, akar ketumbar, daun limau purut dan cili padi. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu. Masak hingga ayam empuk.
Kemudian masukkan sos cili. Kacau rata hingga sebati.
Bila kuah mendidih, masukkan bunga kubis dan baby corn. Masak seketika hingga lembut.
Seterusnya masukkan cendawan dan tomato.
Perasakan dengan garam serta jus limau nipis. Lebihkan jika suka rasa kuah yang masam.
Ringkas tetapi sedap! Itulah gambaran bagi resipi chicken perattal yang dikongsi oleh Sheena Supramaniam. Tengok warna masakan itu sahaja sudah dapat merasai keenakan rasanya. Resipi yang patut dicuba kerana ia cepat dan mudah. Boleh buat menu Chicken Perattal untuk makan tengah hari nanti.
Nak buat roti homemade yang lembut dan gebu? Cuba resipi Wool Roll Bread ini. Mudah, sedap dan hasilnya macam roti bakeri profesional! Ikuti langkah-langkah lengkap di sini.