Nama laksa kuah putih atau juga dipanggil kuah mentah ini kerana dikatakan orang dulu-dulu buat kuah ini tidak dimasak. Kaedah membuat kuah ni hanya menggunakan air panas masa meramas/memerah santan dari kelapa parut.
Namun kini, tidak ramai lagi yang masih meneruskan kaedah tersebut. Menerusi perkongsian daripada Marhaini Awang ini, cara membuat kuah laksa ini sangat mudah, dengan syarat hendaklah menggunakan santan yang benar-benar segar.
Dan apabila hendak memakannya, perlu ada daun kemangi kerana ia membuatkan rasa laksa ini lagi bertambah sedap.
RESIPI CARA BUAT LAKSA KUAH MENTAH (PUTIH)
BAHAN-BAHAN:
2kg laksa kebok 5-7 ekor ikan selayang segar |rebus dengan asam keping dan sedikit garam, kemudian diperisikan ½ kg santan segar | kalau boleh elakkan santan yang disimpan dalam peti sejuk 5-7 biji bawang merah | ditumbuk – beli online DI SINI 1-2 sudu besar lada hitam – beli online DI SINI Limau nipis – beli online DI SINI Sedikit air asam jawa – beli online DI SINI
ULAM-ULAMAN (TERPULANG PADA STOK/CITARASA MASING-MASING)
Timun batang |dipotong macam batang mancis/diricih Daun ulam raja |dihiris halus Daun kesum | dihiris halus – beli online DI SINI Pucuk ketereh @ jambu golok @ gajus Daun serai kayu | dihiris halus Kacang panjang | dipotong Kobis | dihiris halus Daun kemangi/selasih (yang ini wajib ada) |dicarik-carikkan Bunga kantan | hiris halus
1. Ikan direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Apabila sudah masak dan sejuk, kemudian diperisikan. Ketepikan 2. Tumbuk bawang merah dan juga lada hitam. Kemudian, tumbuk juga isi ikan. 2. Kemudian, panaskan santan di atas dapur sekejap saja. Santan hendaklah sentiasa dikacau, tapi jangan sampai mendidih. Apabila hampir saja mendidih, padamkan api.
3. Dalam santan ini, masukkan bawang merah, lada hitam, isi ikan dan air asam jawa. Kacau rata. 4. Masukkan air rebusan ikan (tapis ya), garam dan perasa. Kacau lagi. Kalau pekat sangat, masukkan air masak dan perah limau nipis. 5. Memang kuahnya rasa manis-manis walaupun tak letak gula kerana santan segar dan ikan yang segar. 6. Hidangkan dengan ulam-ulaman dan juga belacan serta cili mesin.
* Kuah mentah (putih) biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan.
Boleh rujuk DI SINI untuk resipi Laksa Beras Homemade
Mi Bandung Muar memang istimewa rasanya. Air rebusan daging boleh maniskan kuah.
Ada pulak hirisan daging dan udang segar. Memang terbaiklah, dengan pes asli homemade. Boleh buat sarapan dan minum petang.
MI BANDUNG MUAR
BAHAN-BAHAN :
Bahan pes : 10-15 tangkai Cili kering (buang biji & rebus) 6 biji bawang merah 5ulas bawang putih 100g udang kering (kisar kering & halus) Minyak untuk menumis secukupnya Garam & Gula secukupnya
CARA MASAK : 1. Kisar cili kering,bawang merah dan bawang putih dan tumis hingga pecah minyak. 2. MasukKan udang kering. 3. Perasakan dengan garam/gula ikut tekak korang.
Bahan untuk mi bandung : 200gm mi kuning | dicelur
CARA MEMASAK : 1. Panaskan 4-5sudu besar pes mee bandung dalam air rebusan daging. 2. Bila dah mendidih sikit masukn udang, daging. Try la rasa dulu, kalau pedas adjust la dgn garam gula. Kalau tak pedas tambah pes lagi. 3. Perlahankan api. masukan tauhu/sawi & telur sebiji-sebiji. Jangan kacau. Bila telur dah masak, kuah sedia dihidang bersama mee kuning.
Nota: Original mee bandung muar takde sebarang rasa masam. Takde letak tomato ye. Kalau nak style Batu Pahat, boleh tambah kacang tanah.
Selamat mencuba 😊
Kredit : nisa liyana (mahn) Foto : simplysugarstudio
Ketahui makanan untuk penghadaman yang membantu perut lebih selesa, mengurangkan kembung dan menyokong usus sihat. Senarai mudah, ringkas dan berkesan.