
Menu gebu ni memang tidak pernah menjemukan. Hari ni saya buat donut super gebu. Dapat banyak,tak sempat kira berapa biji sebab asal angkat masuk pinggan ja tiga minit licin dikerjakan anak-anak. Memang akan jadi menu ulangan sarapan untuk hari yang mendatang
DONUT
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega-cairkan
1 biji telur
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 peket yis
3 cawan tepung gandum …kalau lembik tambahlah sikit2 smpai bole uli..jgn byk sgt kang keras
Cara memasak:
1. Larutkan gula, air suam dan susu pekat. Masukkan yis. Biar dalam 10 minit sampai buih.
2. Pukul telur campur dalam mentega cair tadi kemudian masukkan dalam yis tadi.
3. Masukkan semua campuran tadi ke dalam tepung gandum sikit-sikit.Kacau jer guna sudu pun ok. Kemudian uli-uli sikit. Saya uli manja-manja sebab adunan agak lembut. Kalau melekat-lekat di tangan tabur tepung sikit dekat adunan . Biar adunan selama 45minit.
4. Lepas adunan dah naik,keluarkan semua sekali dan leperkan di atas papan atau lapik yang dah ditabur tepung.
5.Kemudian tekap bulat-bulat. Susun atas dulang yang juga telah ditabur tepung. Biar sekejap agak dah naik kembang,boleh goreng dengan api sederhana. Balik-balikkan sampai perang. Untuk simpan dalam peti sejuk, goreng sekejap, jangan sampai perang, agak-agak masak dalam pun dah ok.
Kredit: As Ayob
3 Resipi Juadah Petang Yang Colourful. Salah Satunya Kek Span Versi Indonesia
Oh Macam Ni Rupanya Nak Buat Karipap Pusing. Barulah Betul-Betul Jadi!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

Kuih Goreng warisan orang lama kita memang sedap dinikmati sepanjang zaman. Mudah dibuat dan kosnya pun murah aje.
Boleh dibuat sarapan dan sajian petang, ni 4 resipi min kongsikan untuk dibuat esok pagi nanti ya. Korang try lah nanti ya…
1. SARDIN ROLL
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 500 gm tepung gandum
- 150 gm marjerin @ mentega
- 1 biji telur
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
- 1 tin kecil sardin
- 2 sudu makan cili kisar
- 3 ulas bawang putih /ditumbuk
- 3 biji cili padi /dicincang
- 1 biji bawang besar /dicincang
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 biji ubi kentang /dipotong dadu
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
- Panaskan minyak masak dalam kuali.
- Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
- Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
- Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
- Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
- Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
- Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
- Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
- Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
- Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
- Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
- Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
- Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
2. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- Minyak masak untuk menumis
- 1/2 biji kelapa parut
- 100 gm udang kering /direndam dulu
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang kecil
- 7 biji cili merah
- 1 sm halia
- 1 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
- 250 gm keledek /rebus dan lenyek
- 4 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
- Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
- Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
- Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
- Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
- Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
- Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
- Ulang sehingga doh dan inti habis
- Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
3. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan gula
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
- Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
- Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
- Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
- Kemudian perap 8 jam atau semalaman
- Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
- Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
- Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
- Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
- Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
- Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
4. KUIH BOM

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3.Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
- Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
- Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
- Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Resipi Kuih Keria Keledek Oren Sesuai Untuk Juadah Berbuka

Resipi kuih keria keledek oren ini memang sesuai untuk dihidangkan ketika berbuka puasa. Dapat pula hidangkan hasil air tangan sendiri buat keluarga. Bahagia sangat kan?
Tak susah sangat nak buat kuih keria keledek oren ini. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Husni ini ye.
Resipi Kuih Keria Keledek Oren
Bahan-Bahan:
1kg ubi keledek oren
2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini
1/2 sudu majerin/planta – beli online di sini
1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini
Minyak masak untuk menggoreng – boleh beli online di sini
Bahan Untuk Sira Gula:
1 cawan gula – boleh beli online di sini
1 cawan air
Cara Memasak:
Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.
Masuk semua bahan yang lain ke dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.
Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat doh tu. Kemudian tekan dan buat lubang di tengah-tengahny, macam buat donat. Buat saiz kecil sikit supaya senang nak makan nanti.
Sudah siap, panaskan minyak, gunakan api sederhana besar ye. Gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan keemasan. Angkat dan toskan.
Untuk membuat air gula, masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api sederhana. Masak hingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat dan bertali. Tutup api.
Masuk kuih keria tadi. Gaul cepat-cepat ye bagi sira gula salut rata semua kuih keria Gaul sampai gula tadi kering dan salut elok pada kuih keria tu. Siap!
EKSTRA: Jangan tutup bekas kuih keria yang dah disira ketika masih panas. Nanti kuih jadi lembik dan gula akan cair.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Kuih Akok Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Kuih Bakar. Lembut & Garing Memang Sangat Sedap

Kuih Bakar memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan tapi garing diluar, memang puas hati. Namun, agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni? Tak susah pun. Jom cuba!
CARA MASAK KUIH BAKAR YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1¼ cawan tepung gandum – beli online disini
7 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan gula – beli online disini
1/4 sudu teh garam – beli online disini
1 sudu makan bijan – beli online disini
4 biji telur = 1 cawan
Minyak masak secukupnya (sapu pada loyang)
CARA MEMASAK:
1. Kisar 7 helai daun pandan bersama 1 cawan air. Tapis.
2. Sediakan bekas besar, gaulkan telur, gula dan santan. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan air pandan. Kacau.
4. Masukkan tepung dan garam. Gaul lagi sehingga sebati.
5. Sediakan loyang yang telah disapukan minyak dan tapiskan adunan tadi serta masukkan ke dalam loyang.
6. Taburkan bijan sebagai hiasan di permukaan kuih.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 180c.
8. Bakar kuih sehingga keperangan dan sehingga masak. Anggaran masa antara 40-45 minit namun mungkin sedikit berbeza mengikut saiz dan ketuhar masing-masing.
9. Kuih Bakar siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Kalau nak kisar semua bahan pun boleh. Tapi jangan kisar sekali dengan daun pandan. Pastikan buat air pandannya terlebih dahulu kemudian barulah kisar bersama bahan-bahan yang lain.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official