Ramai yang tahu oat boleh bantu turunkan berat badan. Namun tak ramai yang mampu nak telan oat sebab rasanya yang kurang menyelerakan. Wanita yang menggunakan facebook dengan nama Kak Long Faizah berkongsi resipi oat yang sedap namun boleh bantu turunkan berat badan.
Jom ikuti kisah Kak Long Faizah.
Bila facebook throwback gambar Kak Faie sebelum bermula bertukar gaya hidup sihat dan pemakanan sihat ni. Mulalah nak throwback jugak macam mana tekad nya diriku ini. Tiga bulan on off MC aka cuti sakit sebab pergelangan kaki membengkak. Hampir menangis bila nak berjalan pun seksa yang amat tau.
Bila pi satu klinik ni doktor suh buat check darah sebab dia suspek Gout. dah keluar results rupanya daku ada penyakit Rheumatoid Athiritis. Lebih kurang 2 bulan sementara nak hilang sakit selepas dapat ubat yang betul memang seksa sangat. Lepas pergelangan kaki dia serang sendi-sendi di tangan. Nak buat susu, nak tepuk baby twin tidur semua menangis tau. Sakittt.
Alhamdulillah akhirnya amik keputusan nak ubah berat badan nak susut kan badan supaya darah dalam badan jadi elok semula. Agak lama jugak nak sampai ke tahap ni hampir 2 tahun dari berat 91.6 kg kepada 67 kg. Perghhh.
Jom try buat Bubur Oat Lambuk.
Ads
BUBUR OAT LAMBUK
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 keping dada ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
3 sudu besar rolled oat (rendam sekejap)
2 cawan air
2 biji buah pelaga
Lada hitam
Garam
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan ayam dan lobak merah. Tunggu hingga ayam masak.
2. Masukkan rolled oat, 2 cawan air, buah pelaga, lada hitam dan garam. Biar sehingga oat kembang dan masak.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak kek cantik kena sabar masa menuangkan adunannya. Tuang sikit-sikit baru cantik kejadiannya. Lepas tu lorekkan di atasnya, baru cantik kejadian kek majerin tu.
Apa pun kita tengok resipi dari Puan June Ahmad. Siap tunjuk cara tuang. Kata June resipinya sama sahaja dengan Soft Butter Cake cuma dia tukar majerin, salah satu adunan (lapisan tu) boleh letak serbuk koko biar rasa coklat sedikit.
SambalBilis geprek? Selalu kita dengan ayam geprek, rupanya memang ada sambal bilis geprek ini. Kalau dah bosan makan ayam boleh tukar kepada menu ini pula.
Resipi sambal bilis geprek ini dikongsi oleh Neny Lai Han, katanya ia memang menjadi kegemaran keluarga. Jika di bulan puasa ini, sambal bilis geprek ini sesuai sangat untuk lauk waktu sahur.Untuk pastikan ikan bilis dalam sambal kekal rangup, ada juga cara yang dikongsi.
Sambal bilis geprek
Bahan-bahan
2 gengam ikan bilis halus – basuh, tos dan goreng garing
Garam, gula, serbuk perasa
Kicap pedas Ikhwan
1 labu bawang besar
Bahan tumbuk
Segengam cili api kampung – ikut tahap kepedasan sendiri
5 tangkai cili hijau
4 tangkai cili merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan bakar
1 sudu kecil udang kering
Cara membuat
1. Tumis bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sampai pecah minyak. Kemudian hiriskan bawang besar dan tumis sampai layu.
2. Perasakan sambal dengan gula, serbuk perasa. Renjiskan juga kicap pedas. Kacau sebati kemudian matikan api. Biarkan seketika sambal dalam kuali.
3. Bila sambal dah agak suam-suam masukkann bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Ikan bilis jangan gaul dengan sambal yang masih panas kerana ikan bilis akan jadi lemau, tak rangup.
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran 'semi fine dining' yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan...