Daging masak hitam ini resipi dari jiran saya. Tak pernah saya makan daging masak hitam sedap sangat. Sampaikan suami suruh saya mintak resipi dengan akak belakang rumah saya ni.Lalu, saya meminta resipi ini dekat jiran saya. Alhamdulillah tak kedekut ilmu masakan.

Jadi saya cuba buat! Memang terbaik dan sedap! Ibu – ibu yang bekerja pon boleh buat masakkan ini.

 

DAGING MASAK HITAM
Bahan menumis A

Kulit kayu manis (1-2 batang)
Buah Pelaga ( 1-4 biji)
Bunga Lawang (1-3 biji)
Serai ( 2 batang diketuk)
Daun Kari ( ikut suka)

Bahan Menumis ( BLENDER)

Bawang Putih ( 4 ulas)
Bawang Besar ( 2 ulas)
Halia ( sebesar ibu jari)
Serai ( 2 batang)

Cara memasak:

1.Kisar bahan- bahan di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.

2.Seterusnya kisar sekali lagi bahan- bahan berikut:

Cili kering( agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak)
Bawang Besar ( 2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
Perencah Kari Daging ( jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )

3.Bila bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan yang baru dikisar tadi. Masak sampai pecah minyak.

4.Sambil- sambil tu rebus daging. Air daging jangan dibuang ya.

5.Dah pecah minyak masukkan air daging,daging, kicap kipas udang atau kicap mudim.

6. Last sekali masukkan garam,gula, ajinamoto, perencah masakan mengikut citarasa anda.

7.Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit tutup api dan hidangkan

 

SELAMAT MENCUBA

Credit : Najwatul Farhana Md Fazli
#mahn