Orang sekarang kalau makan nak sedap, pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur. Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit. Sambil tunggu nasi masak bolehlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat untuk si bujang atau mak-mak yang bekerja.
DAGING GORENG SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
- 1 biji bawang besar| dihiris bulat
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2cm halia | dihiris memanjang
- 3 batang serai| dihiris serong
- 1 biji cili merah| dihiris memanjang
- ½ biji cili benggala
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
- Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
3. Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan sos tiram
4. Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5.. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mi Kolok Sarawak Simple & Sedap.
Terasa nak cuba Mi Kolok yang femes dekat Sarawak tu? Inilah resipinya dan anda boleh cuba di rumah. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula. Sedap! Pasti anda sukakan rasanya.
MI KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 gulung mi sanggul
- 1 sudu makan perencah sup
- 100gm daging
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 8 biji cili api
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 4 sudu makan minyak masak
- 5 sudu teh kicap manis
- 1 sudu teh kicap pekat
- 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
- 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
- 1 sudu teh cuka
- Daun bawang & daun sup | dihiris
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
- Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
- Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
- Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
- Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
- Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
- Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
- Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Gaul rata.
- Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
- Susun hirisan daging di atas mi dan nikmati bersama sup dan sambal.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
- Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa
Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yang luas dan peribadinya yang sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yang mengenalinya.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pada Datin sudikah untuk berkongsi resipi dari air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.
Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dari air tangan beliau jauh dari apa yang diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua makan.
Turut meriah pada hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yang merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam gini, sambil makan sambil bertukar cerita,” akui beliau.
Masakan yang digemari keluarga
Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan makan makanan berkoleksterol tinggi memandangkan dalam keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan, anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yang berebus.
“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.
Akui beliau banyak mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dengan asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.
“ Tak ada rahsia dalam masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dalam keluarga yang pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.
Dalam mencari bahan basah untuk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yang menawarkan barang yang segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.
Menurut beliau, tiga masakan utama pada hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka makanan laut. Boleh dikatakan setiap minggu makan ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop makan atau masak makanan laut,” ceritanya.
Sempat juga berkongsi tip masakan, bagi masakan bercili, cili perlulah digoreng hingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak makan. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.
KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Bahan B
15 biji cili api-kisar
2 biji cili merah- kisar
2 inci kunyit hidup-kisar
1 cawan air
Cara memasak:
- Masukkan bahan yang dikisar. Ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
- Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
- Perasakan garam dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
SOTONG MASAK KICAP
BAHAN A
3 ekor sotong (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong empat)
1 pokok daun bawang (dipotong kecil)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
BAHAN B
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.
- Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
- Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.
- Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN A
500 gram udang
30 biji petai
1/2 cawan air asam jawa
3 tangkai serai (diketuk)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam & gula secukup rasa
1 labu bawang besar
BAHAN B (DIKISAR)
20 tangkai cili kerlng
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.
- Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak Memang Tiada Tandingan
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri. Contohnya seperti menu pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak. Memang mengembalikan nostalgia lampau. Resipi yang dikongsi oleh
SuiSan Aliezsha menjadi kegemaran kerana ibunya sering memasak menu ini untuk mereka sekeluarga.
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak
Bahan-bahan:
Pisang muda- cuci bersih-bersih. Rendam dengan air garam dan asam keping (saya guna pisang emas,ada pisang kapas lagi sedap)
Cili api(ditumbuk)
Kunyit hidup (dtumbuk)
Tempoyak (ikut suka korang letak banyak mana)
Asam keping & ikan bilis
1 1/2 biji kelapa parut (perah amik pati)
*Pisang tu ikut korang banyak mana. Kalau lebih sesisir jangan lupa lebihkan kelapa.Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.
Cara memasak:
1.Sediakan kuali,masukkan santan,asam keping,cili api,ikan bilis dan pisang. Masak, kacau sehingga mendidih.
2.Agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak.
3.Pastikan garam secukup rasa..
4.Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Kredit:SuiSan Aliezsha
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.