
Dapat daging bakar dengan hirisan daging yang manis dan empuk memang boleh layan. Tak usah lauk lain. Namun nak dapat daging dan pencicah yang menepati cita rasa memang susah. Korang boleh cuba resipi yang Cheyah kongsi ni. Puas hati weyy. Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah.
Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai
Perapan Daging
500gm daging lembu
3 sudu besar brown sugar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Untuk perapan ni, tumbuk dulu bawang putih, lada hitam dan garam.

2.Kemudian gaulkan semua sekali dengan semua bahan.

3.Nak tip bagi cun masa membakar, tambahkan sedikit minyak masak.

4.Perap dalam 4-5 jam. Baru dibakar hingga masak.


Sos Ala Thai
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*
* Tumbuk dulu dua ni bagi hancur dan lumat.
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar brown sugar
2 biji limau nipis
3 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji bawang merah (dimayang halus)
Daun ketumbar (dipotong halus)
Cara membuat:
1.Satukan sos ikan, sos tiram, brown sugar dengan bahan yang ditumbuk.

2.Kemudian, perahkan limau nipis.

3.Last sekali masukkan bawang, cili dan daun ketumbar.

4.Dah siap untuk dicicah.


Kredit: Cheyah Saripuddin
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
https://www.rasa.my/satay-sosej-roll-cheese-homemade/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Himpunan Resipi Aneka Bubur Tradisional Yang Sedap & Mudah

Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur tradisional sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur tradisional yang manis dan mudah masak yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG

BAHAN-BAHAN:
- 6 biji pisang nangka
- 100gm barli|rebus sehingga empuk
- 600ml santan
- 150gm gula
- 100gm gula merah
- 2 helai daun pandan|disiat&simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
- Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
- Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
- Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
- Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung pulut
- 2800gm gula
- 800ml santan pekat
- 2 helai daun pandan|disimpul
- Secubit garam
- 4 pewarna makanan pilihan
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
- Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
- Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
- Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
- Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
- Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN

BAHAN-BAHAN:
- 600ml santan pekat
- 200gm tepung gandum
- 250gm gula
- 250ml air perahan daun pandan
- 2 helai daun pandan|disiat & simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
- Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
- Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
- Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
- Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
4. BUBUR JAGUNG SAGU

BAHAN-BAHAN:
- 200gm jagung
- 100gm sagu|rendam hingga kembang dan tos
- 700ml santan
- 250gm gula melaka
- 100gm gula
- 2 helai daun pandan|disimpul
CARA MEMASAK:
- Satukan separuh santan bersama jagung, gula melaka, gula dan daun pandan.
- Didihkan sehingga gula menjadi hancur dan jagung menjadi lembut.
- Masukkan separuh lagi santan dan sagu.
- Didihkan hingga semua bahan sebati dengan menggunakan api yang kecil.
Info Chef: Untuk hidangan ini, gunakan jagung segar yang telah dihiris dari tongkolnya.
5. BUBUR PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN:
- 600ml santan
- 250gm pulut hitam
- 250gm gula
- 2 helai daun pandan|disiat dan simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Rendam pulut hitam di dalam periuk selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
- Di dalam periuk, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
- Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
- Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Rendam bubur hitam selama satu jam agar ia bersih dan kembang dengan sempurna
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
Resipi Donat Pandan Susu Gebu. Terlajak Mudah & Senang Nak Buat. Memang Wajib Cuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kiub Rempah Sup Homemade. Mudah & Sedap

Suka makan sup? Ini dia cara-cara untuk menyediakan pes sup @ kiub rempah sup homemade. Dengan adanya kiub rempah sup ni, kerja memasak jadi mudah dan membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Cubalah resipi perkongsian saudari Mas Lieyana ni. Pasti puas hati.
RESIPI KIUB REMPAH SUP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar | dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
- 2 inci halia | dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.

2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.

3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.

4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Kredit gambar & resipi:Mas Lieyana
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mok Teh, Pakar IT Hebat Memasak. Usahawan Ni Patut Jadi Ikutan.

Mok Teh atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib memang hebat memasak. Bukan sekadar ‘Chef’ di dapur restorannya tetapi juga Pengurus Syarikat IT yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer.

Pemegang Ijazah Sains Komputer dari Universiti Bradley , Illinois, Amerika Syarikat kini mengusahakan Restoran Mok Teh dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat bersama suaminya Wan Ameer Ruzman.

Mereka belajar di universiti dan bidang yang sama dan keduanya minat dan pandai memasak. Walaupun Mok Teh berasal dari Terengganu tetapi cukup arif dengan masakan Negeri Sembilan juga.
Masakan nogori diwarisi dari ibu mertuanya Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab manakala kepakarannya dalam masakan Terengganu pastilah dari ibunya Allahyarhamah Toh Puan Halimah Tahar .

Kembalinya dari Amerika Syarikat Mok Teh pernah berkhidmat sebagai Pengatur Cara Analisis di sebuah syarikat swasta selama 10 tahun dan akhirnya bersama suami menubuhkan syarikat IT mereka sendiri sedari 1995 hingga kini. Menjurus kepada pendawaian komputer dan Perunding ICT.
Walaupun belajar masak agak lewat selepas tamat pengajian di universiti namun bukan calang-calang kehebatannya dalam masakan Melayu . Atas nasihat suami yang tidak mahu Mok Teh mensia-siakan bakat memasaknya akhirnya mereka menceburi perniagaan makanan yang bermula dari rumah dan akhirnya menubuhkan Restoran Mok Teh di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang menyajikan sajian Terengganu.

Pembukaan restoran dua tahun ini adalah cadangan dari anak sulung mereka Wan Ameer Naqiuddin bekas graduan perakaunan yang mengurus operasi restoran, sementara urusan menu dan masakan dipegang oleh Mok Teh.

Jadi tiada istilah ‘lewat’ kalau nak belajar masak..Tengok Mok Teh ni walau belajar selepas universiti boleh juga jadi mahir memasak.

Nah,ini 4 resipi rendang Mok Teh yang dipelajari dari ibu mentuanya. Nak tahu hebatnya sajian ini kenalah cuba kan…
1. RENDANG AYAM CILI API

Bahan-bahan :
- 1 ekor ayam| dipotong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A :
- 30 biji cili api
- 2 inci kunyit hidup
BAHAN B
- 5 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 2.5 sm halia
- 2.5 sm lengkuas
- 7 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit
- 1 sudu kerisik
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12.
2.Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam.
3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis.
4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi.
5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam.
6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
2. RENDANG ITIK

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor itik |potong 12
- 1 kilo santan
BAHAN A
- 20 biji cili api
- 5 sudu cili boh
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 5 batang serai
BAHAN B
- 5 batang serai |diketuk
- 2 asam keping
- 3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
- 1 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
- Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Itik dibersihkan, disalai .
2. Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali.
3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali.
4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan.
5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C.
6. Masak sehingga agak kering.
3. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG

BAHAN-BAHAN :
- 2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
- 2 kg santan
- Segenggam ikan bilis
- Segenggam cili api
- 3 inci kunyit
- 5 ulas bawang merah |dihiris nipis
- 5 batang serai | dititik
- Garam
- Asam keping
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis.
2 .Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak.
4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan
4. RENDANG CAMPUR MAMA

BAHAN-BAHAN :
BAHAN A – Cuci dan Tos
- 250gm daging
- 250gm paru paru
- 250gm limpa
- 250gm jantung
- 250gm hati
BAHAN B – KISAR
- 250gm bawang merah
- 100 gm bawang putih
- 10 batang serai
- 50 gm halia
- 75gm lengkuas
- 50gm kunyit
- 100gmcili api | ikut kepedasan yang diingini
- 100gm cili boh| ikut kepedasan yang diingini
BAHAN C :
- 2 kilo santan
- 2 sudu makan kerisik
- 5 batang serai |diketuk
- Garam secukup rasa
- 2 keping asam keping
- Sedikit gula merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan
2. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik.
3. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

