Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
Ads
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota: – Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang. – Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Sambal kicap kalau kamu orang Johor memang wajib kena ada. Untuk penggemar tegar sambal kicap kamu perlu tahu macam mana nak simpan sambal kicap sampai tahan lama! Sambal kicap memang enak jika di makan bersama tempe goreng berempah atau apa juga jenis gorengan minum petang, memang sedap!
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak. – Tim
Bahan-Bahan:
1. Cili dan kicap mesti sama ratio.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.
Kalau nak pedas piaw pakailah cili api semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
2. Blender cili dan kicap sampai hancurrr setiap biji cili. Blender lama sikit.
3. Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Kicap 1 mangkuk
Cili 1 mangkuk
Cuka atau limau
Kisar sampai halus dan masak seketika dengan api pelahan. Dah siap. Boleh simpan berbulan bulan dalam peti ais.
Tip extra.
i. Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi. – Puan Aini
ii. Boleh campur belacan goreng pada yang suka. – Puan Nisa
iii. Goreng layu dgn sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak dan letak cuka. Sambal jadi berkilat. – Puan Fawzika
Nak masak lauk yang nampak simple tapi rasa dia buat orang ketagih? Inilah dia Daging Rebus Air Asam Kerisik. Daging lembut direbus empuk, kemudian disiram dengan kuah air asam berkerisik yang padu. Masam, pedas, dan ada rasa lemak berasap.
Lauk ni memang ‘game changer’ kalau dihidang masa makan tengah hari. Tak perlu lauk lain dah! Paling ngam dengan nasi panas, ulam dan sambal belacan. Jom kita tengok cara mudah nak buat resipi kampung yang tengah viral ni!
DAGING REBUS AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1/2kg Daging – direbus dan dipotong
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – Potong dadu
6 biji cili padi – hiris
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 tangkai daun ketumbar – hiris
BAHAN KISAR:
1 biji tomato
5 biji cili padi
1 inci belacan
1/4 cawan air asam jawa
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila sebut je ikan patin, mesti terbayang ikan patin masak tempoyak. Sebenarnya, banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba. Masakan-masakan ini juga ternyata sedap dan wajb anda cuba. Jadi, kami kongsikan 3 menu yang boleh anda masak di rumah. Selamat mencuba!