Cuci ayam bersih, Masukkan ke dalam satu mangkuk. Satukan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Gaul sebati.
Masukkan pula sos tiram. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng ayam. Gunakan api sederhana ye. Jangan kuat. Sebab letak sos tiram takut dia hitam di luar di dalam mentah. Api sederhana sahaja.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga terbit wangi dan layu. Kemudian masukkan hirisan lobak merah. Gaul sebati.
Ads
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Masukkan hirisan cili padi. Nak lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Tambah sedikit serbuk perasa (pilihan). Gaul sekata. Jangan letak air. Masak ni kering-kering je ye. Biarkan seketika. Tutup api. Siap!
Hidangan Nasi 3 Budak Gemuk ni memang popular. Enak dan kena dengan selera orang Malaysia. Ada pula sambal padu dan telur dadar goreng, waduh…Kecur liur dibuatnya. Menerusi perkongsian saudari Siti Noor Hidayah Samah, beliau telah berkongsi resipi Ayam Kicap Pedas dan Sambal Gesek ala 3 Budak Gemuk yang boleh anda cuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK NASI ALA 3 BUDAK GEMUK
AYAM KICAP PEDAS ALA 3 BUDAK GEMUK
BAHAN-BAHAN: Ayam secukupnya- potong kecil & gaul dengan serbuk kunyit dan garam 2 tangkai daun kari 2 batang serai – ketuk 3 sudu makan sos tiram – beli online disini Kicap manis secukupnya – beli online disini Garam secukup rasa Air asam jawa – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan. 2. Panaskan minyak sekali lagi dan tumis bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan daun kari dan serai kemudian kacau rata. 4. Masukkan sos tiram diikuti kicap manis dengan secukupnya. 5. Seterusnya masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi diikuti air asam jawa dan secubit garam. 6. Kacau sekejap dan biar rencah mesra dengan ayam. 7. Tutup api dapur dan sedia dihidang.
SAMBAL GESEK
BAHAN-BAHAN: Cili padi merah – kisar halus Cili padi hijau – kisar halus Cili besar merah – kisar halus 1 biji bawang besar – kisar halus 2 ulas bawang putih – kisar halus Jus limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga sedikit kering. Sukatan cili boleh agak-agak sendiri ikut tahap kepedasan masing-masing. 2. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan reneh sekejap. 4. Tutup api dapur dan sedia dihidang bersama Ayam Kicap Pedas.
Menu ringkas, mudah dan cepat disediakan sering menjadi tarikan ramai si bujang untuk mencubanya di dapur. Biasanya konsep ala carte yang menjadi pilihan. Bagi anda yang baru pertama kali nak belajar cara masak paprik, resipi ini boleh anda cuba.
Memang sedap ayam masak style mamak. Rasanya cukup berempah dan cukup cita rasanya. Boleh cuba masak untuk berbuka puasa. Kadang kita makan nasi di kedai mamak atau restoran nasi kandar, kita rasa ayam dia tu sedap betul kan? Nak tau cara masak lauk ayam macam tu? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat untuk jamu seisi keluarga.
AYAM STYLE MAMAK NASI KANDAR
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng ayam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Bahan Kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
4 tangkai cili hijau
3 tangkai daun kari
1 inci halia
Caranya: Kisar semua bahan sehingga lembut.
Bahan Tumis
1 biji bawang holand (hiris bulat)
Rempah 4 sekawan
3 tangkai daun kari
Bahan Rempah
2 peket kecil rempah kari daging
6 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 sudu besar serbuk kas-kas
Caranya: Satukan Bahan Rempah dengan air dan kacau.
Cara memasak
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, tumis Bahan Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan bancuhan Bahan Rempah. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Tambahkan sos tomato dan sos cili 3
5. Tambah air sedikit dan masukkan ayam. Biar mereneh.
6. Hias dengan daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...