Pernah cuba makan Cucur Roti Sandwic? Sangat sedap dan mudah disediakan. Patutlah viral. Bagi anda yang ada lebihan roti sandwich yang hampir luput tarikh atau roti yang sudah keras, boleh olah menjadi sajian cucur ni. Sangat mudah dan tidak membazir. Anak-anak pun suka. Saudari Noriza Jaja ada kongsikan cara-caranya. Istimewanya resipi ni ia tidak menggunakan telur. Jadi bagi anda yang ada alahan dengan telur, menu ini memang terbaik untuk anda. Nak makan pada bila-bila masa pun tiada masalah. Sarapan, makan pagi, minum petang atau malam. Semuanya sesuai. Paling penting, enak dan digemari ramai. Selamat mencuba.
CARA MUDAH MEMBUAT CUCUR ROTI SANDWIC VIRAL
BAHAN-BAHAN: 5 keping roti sandwic 2 cawan tepung gandum – beli online disini 1 biji bawang besar – hiris Daun bawang secukupnya – hiris halus Cili merah secukupnya – hiris halus Kucai secukupnya – hiris halus Lobak merah secukupnya – hiris halus Tauge secukupnya Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya – hiris kecil Garam dan serbuk perasa secukupnya Sedikit serbuk kunyit – jika suka Anggaran 2 cawan air
Ads
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk termasuk roti yang dicarik halus. (kecuali air).
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul hingga jadi adunan yang pekat.
3. Panaskan minyak dan sudukan bancuhan adunan tadi.
4. Goreng cucur roti hingga garing. Angkat, toskan dan sedia dinikmati pada bila-bila masa. Enak juga dicicah dengan aneka sos kegemaran.
Ayam percik selalunya dijual di pasar malam. Namun sekarang boleh dikatakan susah juga nak jumpa ayam percik di lokasi pasar malam.
Jadi, kalau anda teringin menikmati ayam percik, apa kata buat sendiri. Resipinya tidaklah terlalu susah. Boleh ikut resipi dari instagram Dapur syira Lokman ini. Senang sungguh. Bolehlah nikmati sepuasnya ayam percik yang anda inginkan.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM PERCIK SIMPLE
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
10 ulas bawang merah kecil (kisar)
1 inci halia (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 batang serai (kisar)
3 tangkai cili kering (kisar)
7 tangkai cili padi (kisar)
1 ekor ayam (belah 2 atau 4 dan bersihkan)
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
Air
1 cawan santan pekat
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Kemudian masukkan ayam, garam dan gula.
3. Tambah air dan masak sehingga ayam empuk.
4. Tambahkan santan dan biarkan seketika hingga agak pekat.
5. Sediakan pemanggang di sebelah. Kemudian, angkat ayam lalu bakar ayam di atas pemanggang. Biarkan sehingga sedikit hangit.
6. Lebihan kuah percik tadi kacau rata sehingga pekat dan boleh tutup api.
7. Bila ayam dah siap bakar, boleh letakkan ayam atas pinggan dan limpahkan kuah percik.
Di Malaysia ni ada pelbagai jenis laksa dan setiap satunya punya rasa dan keenakan yang tersendiri. Hari ni RASA kongsikan tiga resipi laksa yang boleh dicuba. Memang sedap!
1. LAKSA PENANG
BAHAN BAHAN:
1 bungkus laksa
2kg ikan kembung | rebus dan ambil isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
15 keping asam keping
2 bunga kantan | belah 4
1 ikat daun kesum
Garam
BAHAN HIASAN
Telur | rebus dan belah 2
Timun | hiris
Salad | hiris
Bawang besar | hiris
Cili hidup | hiris
Limau kasturi | belah 2
Daun pudina | jika suka
Cili padi (jika suka)
Otak udang (jika suka)
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah.
Kisar isi ikan jangan sampai hancur untuk dapatkan kuah yang terasa isi ikannya.
Kisar bahagian kepala ikan dan tulang. Kemudian tapis airnya.
Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan.
Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan isi ikan yang di kisar tadi.Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih.
Masukkan garam dan sesuaikan rasa serta kepekatannya.
Bolehlah dihidangkan bersama kuah laksa dan bahan hiasannya.
Info chef: Pastikan ikan kembung adalah segar untuk mendapat kuah laksa yang benar-benar enak.
2. LAKSA LEMAK PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
2kg laksa basah
8 ekor ikan selayang | direbus dan ambil isinya
2 cawan santan pekat
2 cawan air untuk tambahan | untuk sesuaikan pekat/cair
1 labu bawang besar | kisar
8 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
½ sudu teh lada hitam | tumbuk halus
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa
BAHAN SAMBAL LADA:
Cili padi
Garam
Belacan
BAHAN ULAM-ULAMAN/HIASAN:
Tauge
Kacang panjang | hiris halus
Timun | hiris halus
Bunga kantan | hiris halus
Kubis| hiris halus
CARA MEMASAK KUAH:
Kisar isi ikan bersama air hingga halus.
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus.
Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kacau hingga mendidih.
Sesuaikan rasa dan tutup api.
CARA BUAT SAMBAL LADA:
Satukan semua bahan dan kisar sehingga halus.
Sesuaikan rasanya.
Info chef: Jika kuah terlebih pekat boleh masukkan sedikit air panas.
3. RESEPI LAKSA SARAWAK
BAHAN–BAHAN PES LAKSA SARAWAK (200gm)
8 biji bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
10-12 tangkai cili kering | kisar halus
1 inci lengkuas | kisar halus
1 sudu teh ketumbar | kisar halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 biji buah keras | kisar halus
2-3 batang serai | kisar halus
1 inci belacan bakar | kisar halus
1/4 cawan kacang tanah | digoreng dan dikisar halus
1/4 cawan bijan | digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KUAH:
200gm pes laksa
Isi ayam secukupnya | direbus dan dicarik halus
1/2 kilo udang basah
1 bungkus bihun | direndam dan dicelur
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
2 batang serai | diketuk
250ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Taugeh | dicelur
Sedikit daun ketumbar | diracik
Limau kasturi secukupnya | dibelah dua
BAHAN SAMBAL UDANG KERING :
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan bakar | dikisar
Segenggam udang kering | dikisar halus
4-5 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
CARA MEMASAK PES:
Satukan semua bahan yang telah dikisar halus.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
CARA MEMASAK KUAH LAKSA:
Panaskan 2 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.
Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang tadi dan kacau menggunakan api perlahan. Boleh tambah air jika perlu.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.
CARA MEMASAKSAMBAL UDANG KERING:
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
Info chef: Simpan pes di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk menyimpan dalam tempoh lama.
Sponge Milky Chocolate Cake ni sangat sedap dimakan begitu sahaja. Menurut perkongsian FB Azlina Ina Fans,” Siapa siapa nak buat makan kosong, sedap siapa nak untuk kek birthday. Gebu sangat dan sedap dimakan.”
.
Resipi dah dibuat dan di dapur Red House Bakeri 14 Rawang.Ramuannynya pun mudahb selain serbuk ko, emulco coklat susu kotak coklat menjadikan ia kaya bercoklat dan lembab gebu.
Bahan lain:
1/2 cawan mentega cair |boleh juga guna minyak jagung 70-80ml
CARA MEMASAK
1. Adunkan semua dalam mixer @ mesin pengadun guna kelajuan rendah (kecuali mentega cair).
2. Dah sebati guna kelajuan tinggi sampai warna perang tua (dark brown) jadi perang cerah (soft brown) bergantung kelajuan mixer masing-masing.
3. Matikan mixer
4. Masukkan 1/2 cawan mentega cair,kalau tak ada minyak jagung pun boleh(70-80g)
5. Alas loyang 6 inci dengan baking paper.
6. Tuang adunan 420gm akan dapat 2 loyang
.
7. Panaskan oven dulu 180 darjah C selama 5 minit.
8. Hentak sedikit loyang dan bakar suhu 170C, masa 45 minit, api atas bawah
9. Dah siap terbalik kan di board yang dilapik tisu dapur kemudian terbalikkan semula ya.
10.Dah siap.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...