Cucur kulat sisir. Ada yang suka makan kulat sisir atau cendawan kukur ni? Selain masak lemak, sayur campur, masak sambal hijau dan lauk pauk lain, pernah cuba masak cekodok atau cucur kulat sisir?
Sedap rupanya cucur/cekodok kulat sisir ni. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Miswati Mohmad Sah atau Kak Chik ini. Senang sangat tapi sedap dan boleh dikira resipi rare jugak ni. Selamat mencuba!
Cucur Kulat Sisir
Bahan-bahan:
1 genggam kulat sisir
Ikan bilis (optional – kak Chik letak sebab bagi rasa lemak-lemak)
Sedikit lobak merah (potong dadu kecil-kecil. Ikut lah nak banyak mana)
Suku labu bawang besar (potong dadu) – boleh beli online di sini
8 sudu makan tepung gandum (atau secukupnya) – boleh beli online di sini
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Air
Minyak untuk menggoreng – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Rendam dulu kulat sisir kering. Kalau guna yang segar tak payah rendam Ini kerana guna yang dah dijemur dan dikeringkan supaya tahan lama. Bila nak guna, basuh dan toskan je.
Rendam hingga kembang. Kemudian toskan.
Satukan semua bahan untuk buat cekodok. Bagi air. Buat cair-cair sikit tapi jangan cair sangat, Agak-agaklah ye.
Panaskan minyak dalam kuali. Lepas itu, ceduk sedikit dan goreng dalam minyak yang panas. Setelah ia bertukar kekuningan, bermakna dah masak. Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap. Cicah sos. Memang ralit makannya!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kerepek Popia Sira Manis Dan Pedas, Dah Makan Susah Nak Berhenti
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI