Bagi yang tercari-cari sajian minum petang yang paling ringkas, ha…ini dia jawapannya. Cucur Ketam Bercili! Hanya guna crabstick dan beberapa bahan lain. Adun dan goreng. Fuhhh…memang sedap! Layan habis. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm tepung naik sendiri
150ml air
100gm filemen ketam @ crabstick |dihancurkan
3 tangkai kucai|dipotong kecil
1 biji cili merah|dicincang halus
1 biji bawang besar|dimayang halus
1 biji telur
5gm soda bikarbonat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo perkongsian saudari Izza Howzin. Ia juga dikenali dengan nama ApamManja. Nak cuba? Ini resipinya.
APAM TOKYO/APAM MANJA
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
BAHAN INTI KASTARD PANDAN:
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.
2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.
3. Padamkan api dan sejukkan inti.
4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.
7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
8. Sedia untuk dinikmati.
Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.
BAHAN UNTUK INTI KASTARD:
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.
BAHAN INTI KAYA:
CARA MEMASAK:
Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.
Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis. 2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.
3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.
4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.
5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.
6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.
7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.
8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.
9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.
10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.
11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.
Puding jagung manis berkrim ini menu sesuai kalau terasa nak pencuci mulut yang mudah tapi puas hati. Teksturnya lembut, rasa manis berlemak jagung memang cukup memikat hati. Senang disediakan, cepat siap, dan hasilnya confirm licin sebekas!
Puding jagung ni memang sesuai untuk apa jua majlis, dari makan santai di rumah, minum petang bersama keluarga, sehinggalah jamuan kecil-kecilan. Lagi best bila disajikan sejuk, setiap suapan buat tekak rasa lega dan bahagia.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda dah boleh hasilkan puding jagung yang lembut, manis dan berkrim. Hidangkan sejuk-sejuk, setiap suapan memang terasa nikmat dan menyegarkan. Resipi simple ni sesuai untuk anak-anak kecil hinggalah orang dewasa, semua pasti suka.
Jadi, tak perlu tunggu acara besar baru nak cuba. Buat saja di rumah untuk keluarga atau sebagai pencuci mulut selepas makan malam. Confirm sekali cuba, anda sendiri akan jatuh cinta dan pasti nak buat lagi dan lagi!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: